Friday, September 6, 2019

Hujung Minggu bersama jiran dan keluarga. Ogos 2019.

       Pepagi hari, celik saja mata, anak-anak dah teringat air. Gosok gigi dan terus terjun dlm sungai.  Anak-nak Kelah juga turut gembira berenang bersama mereka.  Lihat sajalah kegembiraan yang terpancar di wajah mereka.


          Selepas solat Subuh, sebagaimana yang telah ditetapkan, semua peserta yang berminat turun ke padang Futsal LTER. Tepat jam 8.30 acara riadah bersenamrobik bersama dua orang  jurulatih professional. Pergerakan yang dilakukan adalah bersifat rendah dan relaks dan amat sesuai untuk semua peringkat umur. ua muda, dewasa dan kanak-kanak, lelaki dan perempuan sangat gigih mengikuti pergerakan yang  jurulatih. Muziknya pula sangat menarik. Ada lagi Melayu, Indonesia, Siam dan Inggeris. Pergerakannya pelbagai Cha-cha, Salsa, Zumba, Inang dan macam-macam lagi. Bukannya boleh diikuti kesemua pergerakannya tapi yang pasti badan tetap bergoyang! Syabas jurulatih LTER.
Anak kecil ini juga dapat mengikuti pergerakan senamrobik.

Kaum ibu.

Kaum bapa pun sangat sporting.

Selama sejam kami bersenam dan kemudia dihidang pula dengan sarapan yang sangat sedap..... Nasi Kerabu, Laksam, Pulut Pagi, Roti Bakar, Bubur Air dan lain-lain lagi. Mana nak letak niiii? Hahahahhah. 
Menikmati Sarapan Pagi.

Selesai makan, masing-masing dengan agenda masing-masing. Ada yang terus naik ke Air Terjun Temir dan mandi berendam di sana.



Ada yang dibawa CDS ke kebun durian dan mengenali pokok-pokok herba yang ditanam di sana. Antarannya Pokok Tongkat Ali, Mahkota Dewa dan lain-lain lagi. Penerangan yang diberi oleh CDS amat menterujakan.



Baru kenal Pokok Tongkat Ali
          Ada yang belum puas berendam di Lata Temir.  Alasan yang diberi ialah cucu nak berenang, walhalnya atok dan nenek yang lebih.....Tapi ALhamdulillah, LTER amat perihattin. Keluarga Dato Fauzi dibawa ke Latar Temir. 

Comelkannnn,,,,,,kenderaan rasmi LTER!
          Ada yang duduk bersembang di ruang makan sambil menikmati alam semula jadi.

Menikmati masakan Chef Hajjah Wan Remlah.
Tempat terbaik untuk lepak bersama adik beradik.

Jumpa duriannn....seronoknya.....budak budak pun hairan dibuatnya! hahahhha

     Setelah selesai menjalankan aktiviti masing-masing, setiap orang bersiap sedia untuk makan tengahari dan pulang. Tetapi sebelum itu, masing-masing mengambil durian-durian yang telah ditempah lebih awal untuk sibawa pulang. Ada yang beli sebiji-sebiji dan ada yang beli durian yang telah dikotakkan. Apapun, rasanya tetap rasa durian! Baunya pun bau durian!hahhahahhha.

Orang yang nak makan durian ni tak dapat datang tapi isterinya membawa pulang untuknya......




           Percutian hujung minggu bersama jiran dan keluarga amat menyeronokkan. Aktivit seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan keluarga malah mrngeratkan juga ukwah sesama jiran. Ini amat penting dalam kehidupan kita khasnya apabila saudara-mara kita tinggal berjauhan. Jiranlah segalanya.

          Segala perancagan percutian ini berjalan dengan baik. Kami berharap untuk mengadakan lebih banyak aktiviti kekeluargaan dan kejiranan yang sebegini di masa hadapan. Otak sedang memikirkan lokasinya! Ada cadangan? 





Sunday, September 1, 2019

Rio Gemilang.......

           Ketika kita lena dilamun mimpi indah, ketika kita sibuk bersembang dengan sahabat handai, ketika kita sedang bergembira bersama anak cucu....rupa-rupanya di ketika itu juga pintumu diketuk.....tepat jam 10.10 minit malam.

           Osman Saidon dikunjungi Malaikat Maut kerana Allah menjemputnya pulang. Pergilah dia sendirian meninggalkan segala yang disayangi, dicintai dan segala usaha yang dia kerjakan ....segalanya. Yang dibawa bersama hanyalah amalannya semasa di dunia. 

           Osman Saidon yang aku kenali adalah seorang insan yang sangat baik, lembut dan tinggi budi bahasa, ikhlas memberi pendapat, tidak pernah bercerita buruk tentang orang lain. Dia tidak pernah mengharapkan apa-apa pun dari sesiapa tetapi dia lebih banyak memberi dari meminta! Baginya semua orang baik. Seingatku, setiap kali aku memandangnya , Osman tidak pernah lekang dari senyuman walaupun aku tahu dia dalam kesakitan.

            Osman Saidon yang aku kenali adalah seorang pengusaha kedai bunga Rio Gemilang di Rembau.  Pelbagai jenis pokok boleh didapati di premisnya. Seingat aku, sempat tiga kali aku mengunjungi premisnya itu. Tidaklah besar . Namun pilihan pokoknya banyak dan dalam keadaan sihat dan subur. Tetapi nikmat yang aku dapat ialah ilmu penanaman dan penjagaan pokok darinya. Sesungguhnya Osman tidak kedekut langsung dalam mengongsi ilmunya.

            Semalam, setelah mendengar berita sedih pemergiannya, aku langsung ke taman bungaku, menitis juga airmataku mengenangkannya. Sebak rasa dihati. Dia bukan abang, saudara tetapi dia manusia yang hebat.  Sambil mencantas dahan-dahan pokok yang aku beli darinya, aku berdoa semoga setiap helai daun dan setiap biji buah yang terhasil dari pokok itu akan dapat menyalurkan pahala kepada Allahyarham Osman. Semoga dia berbahagia di sana.

           Semoga Allah mengampuni segala dosa dan kesalahannya semasa hayatnya dan semoga Allah menempatkan rohnya bersama orang-orang yang beriman.  Bagiku, Allahyarham ibarat seorang abang yang baik. Aku pasti merinduinya.

Allahyarham Osman Saidon seorang yang rajin dan bekerja keras.