Hujan malam menambah resah
Hati sepi sejak kau tiada
Semakin hari semakin rindu
Biarpun bada terpisah jauh
Bagi patah tak tumbuh lagi
Bagai hilang tidak berganti
Bagai terbawa separuh diri
Bersama pergimu yang tak kembali
Bukanlah gurauan
bukan sekadar mainan
perasaan
Apa yang tersurat
Itulah yang tersirat
Namun kurela
Dalam doaku
Kusebut namamu
Tenanglah dikau sayangku
Aku bagai musafir lalu
Menyusulmu sudahlah tentu
Di sana kasih kekal abadi
Suci dan kudus janji Illahi
nyanyian bersama Dato Ramli Sarip dan Dayang Norfaizah
(sila tekan untuk dengar lagunya)
Setiap kali mendengar lagu ini, fikiranku langsung melayang mengenangkan semua arwah-arwah yang telah mennggalkanku. Meraka adalah kedua orang tuaku, kedua mertuaku, nenek moyang, datuk nenek, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga dan kenalanku.
Ramai sudah shabat-sahabat yang sama menuntut ilmu di Maktab Perguruan Kuala Terengganu dari tahun 1981-1983 sudah mendahului aku dan semua TURTLES!. Sahabat-sahabat yang amat kami sayangi dan hormati telah pergi buat selamanya. Allahyarham Ali, Allahyarhamah Norlaila, Allahyarhamah Nani, Allahyarham Salim, Allahyarham Roslan dan terkini Mendiang Sreedharan. Pemergian yang tidak ada gantinya.
Sama-samalah kita berdoa semoga Allah mengampuni segala dosa mereka dan sama-samalah kita menyambung tali persahabatan kita dengan tidak memutuskan hubungan dengan ahli keluarga mereka .
TURTLES ada mengujudkan kumpulan tadarus bulanan. Setiap orang memilih juzuk pilihan mereka dan setiap bulan kita khatam satu AlQuran. Kita sedekahlkan pahala bacaan kita untuk ahli keluarga dan sahabat-sahabat kita yang telah meninggal dunia dan juga yang sedang diuji dengan gangguan kesihatan. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan Allah dan semoga bacaan kita menjadi bertambah baik. Jika ada lagi sahabat-sahabat TURTLES yang ingin turut serta dalam tadarus ini adalah digalakkan....
Bersedialah kita semua kerana kita akan menyusuli mereka. Semoga kita semua mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment