Sunday, December 29, 2019

As I was passing



As I was passing
Down the memory lanes
Everything came back to my mind
all I could see was.... yesterday.

Yesterday will never come back
Yesterday has already left us
Yesterday moulded us
Yesterday prepared us
To be the person we are today.

As I was passing
The place called home
I saw them standing
Hand in hand
Smiling broadly
Their eyes gazing 
A captured moment....

That love birds
Gave birth and raised me
Gave endless love and care
Unconditionally
Free of charge...

As I was passing
Their place of rest
My heart sank
I wished I could have done more
I wished I could have given more
But....
Yesterday was long gone
Along with the love birds
Only the memories live on
In my mind
In my heart
Al Fatihah.....


@HT56 Jalan Duku
Muar, Johor.
28.12.2019
1.30pm

Monday, December 16, 2019

Nilai airmataku.........



Hanya yang teristimewa
 dapat merasakannya.
Hanya disaat-saat tertentu sahaja
 kau bisa melihatnya.
Jiwaku kecil
Aku insan kerdil.
Sedikit kekasaran aku mudah terkucil.
Namun....bukan air mataku.
Aku bukan kememeh, ngembeng atau cengeng
tidak seperti orang lain 
air mataku ini sangat mahal
amat bernilai.
Berbanggalah jika aku menangis 
kernamu....
dan untukmu 
tetapi......ingatlah...
airmata yang menitis itu jatuh.....
dengan rasa sedih dan kesal
seiring dengan doa buatmu.
Namun, 
takutilah kamu.
Kerana derainya airmataku berserta
sumpahanku....
Aku tidak menangis buta
Aku tdak menangis tuli.
Bila perasaan terusik,
hati nulari merintih sedih...
dirobek
dihinjak
bak di siat-siat dan di carik-carik...
Jantung berdegup laju...
dab dub dab dub dab dub
fikiran melayang
 nun jauh melayang
mengenangkan masa silam
memikirkan masa hadapan
disulami dengan fikiran yang kusut
maka ketika tulah 
aku kan menangis
Namun
Aku bukan pendendam....
Setiap malam kau kumaafkan.
Itulah nilai airmataku......

Friday, December 13, 2019

Secangkir pilu menusuk kalbu



Namanya,
 melambangkan bangsaku.
Lahirnya lebih awal dari kemerdekaan,
29 haribulan Mei 1939.
Melaluinya, 
kita dikhabarkan berita dan cerita semasa
di dalam dan luar negara.
Melaluinya,
kita diberi pendidikan Bahasa Jawi.
Melaluinya,
 ramai yang boleh berkarya
dengan menulis cerpen, sajak, puisi 
pantun dan seloka.
Melaluinya,
kita mendapat berita hiburan,
berita sukan
ekonomi dan politik.
Bertapa dia menjadi kuda tunggangan politik
selamat bertahun lamanya.
Melaluinya,
ramai yang dapat menyara keluarga 
dengan bekerja keras, ikhlas, bangga 
dan dengan penuh rasa tanggungjawab
terhadap
 Agama, Bangsa dan Negara 
Bertapa banyaknya jasa kepada kita.
Namun, 
tiada yang kekal selamanya.
Rabu, 9 haribulan Oktober 2019,
Utusan Melayu terpaksa melabuhkan sauhnya.
Maka berakhirlah satu episod yang panjang 
setia ia berkhidmat kepada 
negara tercinta.
Akhirnya kau pergi jua.......
Semalam,
bilaku melawat kilangnya di Taman Shamelin,
menyaksikan hari-hari akhirnya,
hatiku menjadi sayu dan pilu.
Sedih melihat proses pemergiannya,
Sedih mengenang nasibnya,
Sedih memikirkan pengorbanannya,
Sedih memikirkan warganya.
Maka terkuburlah sebuah institusi
yang sinonim dengan bangsaku Melayu
Wahai Utusan Melayu,
kau
 sentiasa dalam ingatanku...








 Selamat Tinggal rakan sepejabatku......
.beginilah nasib 800 orang warga Utusan Melayu.





Tuesday, December 3, 2019

Insan istiewaku....



Dia...insan istimewa
Dia bukan saudara
Bukan sekadar sahabat
Tetapi dia......ibarat Adik!
Kami berlainan keturunan
Berlainan susur galur
Tiada kena mengena
TETAPI
Bagiku
Dia.....insan istimewa

Sentiasa memberi masa untukku
Sentiasa sedia membantuku
Sentiasa ceria bersamaku
Menyayangi anak cucuku
Dia...insan istimewa

Dialah segalanya
Dalam susah senangku
Dalam tangis tawaku
Ketika nun aku di atas
Dan ketika aku jatuh terjelepok
Hampir berputus asa
Dia sentiasa disisiku
Melindungiku
Pembakar semangatku
Dia...insan istimewaku
Selamanya
Dia istimewa di hatiku

Tak termampu aku membalas budimu
Namun, kau sentiasa dalam doaku
Semoga kau kekal istimewa di hatiku......