Friday, December 13, 2019

Secangkir pilu menusuk kalbu



Namanya,
 melambangkan bangsaku.
Lahirnya lebih awal dari kemerdekaan,
29 haribulan Mei 1939.
Melaluinya, 
kita dikhabarkan berita dan cerita semasa
di dalam dan luar negara.
Melaluinya,
kita diberi pendidikan Bahasa Jawi.
Melaluinya,
 ramai yang boleh berkarya
dengan menulis cerpen, sajak, puisi 
pantun dan seloka.
Melaluinya,
kita mendapat berita hiburan,
berita sukan
ekonomi dan politik.
Bertapa dia menjadi kuda tunggangan politik
selamat bertahun lamanya.
Melaluinya,
ramai yang dapat menyara keluarga 
dengan bekerja keras, ikhlas, bangga 
dan dengan penuh rasa tanggungjawab
terhadap
 Agama, Bangsa dan Negara 
Bertapa banyaknya jasa kepada kita.
Namun, 
tiada yang kekal selamanya.
Rabu, 9 haribulan Oktober 2019,
Utusan Melayu terpaksa melabuhkan sauhnya.
Maka berakhirlah satu episod yang panjang 
setia ia berkhidmat kepada 
negara tercinta.
Akhirnya kau pergi jua.......
Semalam,
bilaku melawat kilangnya di Taman Shamelin,
menyaksikan hari-hari akhirnya,
hatiku menjadi sayu dan pilu.
Sedih melihat proses pemergiannya,
Sedih mengenang nasibnya,
Sedih memikirkan pengorbanannya,
Sedih memikirkan warganya.
Maka terkuburlah sebuah institusi
yang sinonim dengan bangsaku Melayu
Wahai Utusan Melayu,
kau
 sentiasa dalam ingatanku...








 Selamat Tinggal rakan sepejabatku......
.beginilah nasib 800 orang warga Utusan Melayu.





No comments:

Post a Comment