Bila si Virus yang diberi nama COVID19 singgah dan tersebar di seluruh dunia, Malaysia tidak terkecuali. Kita sangkakan ia tidak mungkin sampai ke negara kita sebab bermulanya di Wuhan, China. Dikatakan pula berpunca dari pemakanan mereka! Tapi meleset sungguh sangkaan kita. Dalam masa beberapa minggu sahaja, setelah kita lihat keadaan di Wuhan yang terpapar di televisyen, tiba-tiba terdapat kes yang sama di negara kita!
Pening seketika! Akan terjadikah situasi yang sama sebagaimana yang kita lihat dalam peti televisyen! Ya Allah! Takutnya! Tetapi masih kita menidakkan. Degil sungguh orang kitakan! Ada segelintir tidak ambil hal langsung. Untuk memastikan keadaan tidak bertambah buruk, pemimpin kita kenakan perintah berkurung! Ambik kau!!!! Ramai yang tidak bersedia untuk menghadapi keadaan ini. Panik! apa tidaknya, sekolah tutup, kedai tutup, pejabat tutup.....pening!!! Boleh keluar tetapi dalam lingkungan 10 km sahaja. Boleh ke kedai membeli barang dapur tetapi seorang sahaja....pilu dibuatnya! Sana-sini polis jaga. Siap tutup jalan untuk kawal pergerakan.
Bagi yang bekerja, tiba-tiba 24 jam kena duduk rumah. Kalau dipejabat, dapatlah juga menyembang dan membawang...kali ni dengan keluarga sendiri. Siang malam, itulah lubang hidung yang kita hadap. Dua tiga hari pertama, boleh terima lagi. Dah masuk hampir sebulan, pandang pun menyakitkan. ditambah pulak dengan hingar-bingar gelagat anak-anak di rumah. Semua benda menyakitkan hati.......cubalah belajar mengenali dan bersabar....
Bagus juga perintah berkurung niiii.....banyak hikmah yang tersirat yang Allah sampaikan kepada umat manusia. Alam pun boleh menghela nafas kerana manusia semua direhatkan. Masa untuk alam membaiki diri, menyuburkan dan mengepak.....
Namun apa pun, Aidil Fitri yang jatuh hari ini, 24 Mei 2020, adalah sambutan Hari Raya yang paling sunyi. Tiada peluang Solat Sunat Aidil Fitri di Masjid, tiada kunjung mengunjung, tiada sanak saudara datang bersalaman dan berpelukan.....hanya kita sendiri sahaja. Semoga, segeralah selesai pendemik ini supaya kita dapat bermasyarakat semula. Tetapi, percayalah, selepas ini, cara hidup kita, sosial kita akan berubah. Kita tidak akan seperti dulu lagi. Lupakan nak berpelukan dengan rakan, bersalaman pun jangan. DG Kesihatan dah bagitahu, paling awal kita begini ialah 2 hingga 5tahun. Virus seolah-olah semakin hilang tetapi sebenarnya tidak. Oleh kerana kita terkurung dan tidak berjumpa dan bersosial, rantaiannya terhenti tetapi ia masih ada! Harap-harap, selepas Aidil Fitri, graf kita tidak naik kerana difahamkan, ada juga manusia yang degil balik kampung.... Polis pun naik pening!Sesungguhnya tak berfikiran panjang....mungkin ada 7 nyawa.
STAY HOME,,,
STAY SAFE......