Showing posts with label kebahagiaan. Show all posts
Showing posts with label kebahagiaan. Show all posts

Monday, May 4, 2009

Expression...

If a picture tells a thousand words, then why can't I paint you.....
If I could, I will paint the sky to show how I feel

Tiada kata, secantik bahasa, nak kupuji kekanda
Tiada gambar seindah lukisan, nak ku tunjukkan perasaan...

Cuba bayangkan bertapa tidak seronoknya kita jika kita tidak dapat menggambarkan dan membayangkan sesuatu event or view or something about your feelings inside to share with others. A painter will express his feelings through his painting, a poetry will do it through is poems and and writers will write. But what if we are unable to find the right words to do so.....well, those feelings will just die within you..sayangkan!! What a waste!!!!
A friend sent me a bouquet of flowers with a card and a scroll of hand written poetry inside plus a book. It's a birthday wish for me from her and her wonderful children. Without realizing, dadaku terasa sebak dan airmataku mengalir kerana aku tahu mengapa mereka bertindak begitu. Bagiku, apa jua kebaikan yang aku lakukan datangnya dari Allah.Tidak pernah aku mengharapkan apa-apa balasan...tidak sama sekali wahai sahabat Aku lakukan kerana aku terlalu mencintai persahabatan kita. Tapi aku berterima kasih wahai sahabatku DCM serta anak-anaknya 3 Umis and Ejat. Keluarga kami bukaan hanya bersahabat tetapi kami juga adalah jiran. Anak-anak kami juga berkawan baik. What amazed me is that selama aku bersahabat dengannya, tak pernah ku tahu yang dia pandai mengarang sajak. Ada bakat terpendam rupanya. Aku ingin berkongsi sajak yang DCM tuliskan buatku....

Di mana gerangannya rakan yang boleh kau cari....
Turut merasa suka dukamu
Turut bersama gelak ketawamu
Turut menangis dengan deritamu

Di mana gerangannya rakan yang boleh kau perolehi...
Menyokongmu sepenuh hati
Membantumu setiap detik
Membelaimu setiap masa

Hanya satu dalam jutaan bintang dilangit
Hanya satu dalam jutaan titisan embun dirumput

Penyinar jalan yang kelam
Penyejuk hati yang rawan
Secantik budi pekertinya
Seindah budi bahasanya
"Noorlailee Mohd Yunos"
Dialah anugerah Allah SWT
Yang terindah dalam hidup ini

Selamat Hari Jadi Sayang
Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkatimu
Mudah-mudahan Allah sentiasa merahmatimu
Dianugerahkan kebahagiaan selama-lamanya
Di dunia ini dan di akhirat kelak

CWM
4 Mei 2009

Ini adalah hadiah hari lahir yang terindah buatku. Terima kasih wahai sahabat. Doaku buat kau dan keluarga juga begitulah hendaknya. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dan menunjukkan kita jalan yang lurus. Insyaallah.