Sunday, November 7, 2010

Satu perjalanan yang jauh...



Salam dari Rabat, Morocco. Perjalanan dari tempat asal kita sangatlah jauh dan memenatkan.Namun kerana ingatan kepada seorang sahabat karib, kami berlima sahabat berpakat melawatnya. Golden girls vacation!!!!
Kami menaiki pesawat Emirates ke Dubai. Perjalanan mengambil masa selama 7 jam. Nasib baik kami diberi tempat duduk di hadapan...nombor 9...dapatlah kami melunjurkan kaki. Yang melucukan ialah DKH yang mempunyai bentuk badan yang comel molek, tidak dapat merasakan nikmat menaikkan kaki ke dinding kerana kakinya tidak sampai....hahahhahha.
Sampai di Dubai, kami di arahkan ke Gate 122. Setelah melalui Imigresen, kami terus bergerak menuju ke Gate tersebut. Semakin jalan terasa semakin jauh. Dengan muka yang tak malu, aku bertanyaa dgn pemandu buggy yang lalu lalang di situ....Gate 122 please...Gate 122 please! Rupanya laku juga jeritanku itu. Hai, meriah kami menaiki buggy tersebut tetapi yang sedih tu, Gate 122 sangat jauh dari kawasan membeli belahnya. Maka, kami tida pilihan lain, selain dari duduk buat bodoh sajalah! Hahahhahha.
Semasa hendak menunggu untuk boarding, seorang pegawai airport menulis tagging untuk hand carry kami lalu ditampalkannya di beg kami. Sangkaan kami, itu adalah normal normal , jadi kami biarkan sahaja. DR risau kerana begnya tidak diambil hirau oleh pegawai tersebut. Kami melihat saja gelagatnya....agak lucu jugak cara dia bertanya.....
Bila tiba masa untuk masuk ke pesawat, setibanya kami di pintu , pegawai tadi telah mengambil beg aku dan beg DSNK. Tanpa memberitahu mengapa, terus diambilnya beg kami. Hairan! Bukan kerana apa, beg itu kecil dan tidak berat. Bodoh betul tapi untuk tidak merosakkan percutian yang baru hendak bermula, kami redho. Selepas beberapa lkangkah, teringat aku akan iPad aku yang tertinggal dalam beg itu. Aku pusing ke belakang dan mengambilnya. OOOOiiiii itu nyawaku...
Tempat duduk kami nombor 41...nun jauh dibelakang. Di kiri kanan belakang kami adalah tandas. Kami redho! Bagus juga, mudah untuk melepaskan hajat!!
Anak-anak kapal Emirates sagat baik, berfikiran positif dan dedikasi. Kami yang dibelakang jelas nampak pelbagai gelagat penumpang penumpang lain yang masuk kemudian dari kami. Disitulah dapat aku menilai integriti anakanak kapal tersebut. Kagum aku! Dalam padsa memandang dan berfikir, tibab tibaa masuklah seorang hamba Allah ni dengan segaknya dan duduk 4 baris di hadapan kami. Sebaik saja dia muncul, aku rasa macam dunia aku berpusing ligak hingga ke peringkat nak pengsan, Begitu juga denga teman temanku! Bau ketiaknya sangat busuk. Terbalik hidung kami dibuatnya. Berebut rebutlah kami mencari minyak angin...hahhahhahahhahah. Perjalanan selama 7 jam 35 minit membuat kami seronok dalam tersiksa....Namun pujian harus diberi kepada anak anak kapal yang sangat efficient!
Tepat jam 12.10 tengahari, pesawat kami mencecah bumi Casablanca. Bersyukur kami kerana sudah hampir 18 jam perjalanan, dengan pelbagai pemandangan yang boleh dijadikan pengajaran dan peringatan dan dalam keadaan natural beauty kami yang tanpa mandi, tanpa bedak dan bergincu...kami samapi jua di tanah Morocco.
Urusan imigresen Casablanca sangat lembab. Bila kami lihat ada baris lain yang kosong , kami dilarang bertukar lorong. Mereka ni tidak mahu bekerjasama dalam membuat kerja, Hairan! Namun setelah lama menunggu, kami akhirnya yang paling akhir dari pesawat tersebut yang keluar dari situ. Terus ke tempat bagasi. PSSJ sudah lama selesai mengendalikan bagasinya. Kami uruskan bagasi kami sendiri dan terus menuju ke jalan keluar. Malangnya DOIS tiada di situ. Katanya akan menunggu di bahagian luar tapi tiodak kelihatan di mana2. Langsung aku menelefon suamiku dan meminta bantuan agar carikan nombor kedutaan kita di Rabat. Manalah tahu, takut-takut DOS terlupa! Dalam panik, aku keluar dari bangunan dan scroll through contacts aku dan Alhamdulillah, rupanya aku simpan semua nombor pejabat dan handphone DOS. Pembantu peribadinya meyakinkan aku bahawa TYT sudah berada di sana. Rupanya, bila kami bertemu akhirnya, dapatlah kami tahu bahawa beliau menunggu kami di terminal 1 sedangkan kami di terminal 2! Katanya di paparan, dinyatakan terminal 1!!!!
Perjalanan kami dari lapangan terbang Casablanca ke Rabat mengambil masa selama 2 jam dan pemandu kereta adalah Tariq dan Imad. Tariq pandai sedikit berbahasa Melayu tetapi Imad tetap dgn Peranchis, Arab dan Morocconya....dan sedikit Bahasa Inggeris!

Wednesday, October 27, 2010

Selamat Bertemu Penciptamu.......



Lahir tahun 1924 tetapi tidak ketahuan sehingga akhirnya tarikh dan waktu sebenar kelahirannya. Berasal dari Kampar, Indonesia. Di bawa berhijrah ke Tanah Melayu ketika masih kecil. Bapanya seorang yang berharta dan sangat pemurah. Cukup umur matangnya, dia dikahwinkan dengan seorang pemuda yang juga datang dari tempat yang sama yang berhartakan sebilah parang sahaja. Hiduplah mereka bahagia dan dikurniakan anak serama 7 orang . Dua orang meninggal ketika masih bayi kerana kurang zat makanan dan tinggallah lima orang iaitu dua perempuan dan tiga lelaki.

Pasangan ini sangat rajin bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Mereka menoreh getah dari sesudah Subuh dan selesai kerja sebelum Zohor dan berkebun jagung , ubi dan keledek serta menanam padi huma di waktu petang. Pokok pangkalnya, tiada masa yang terbuang dan terluang.....apa sahaja pekerjaan dilakukan asalkan yang mendatangkan hasil untuk membeli makan dan buku untuk anak-anak yang masih kecil. Kedudukan rumah di tepi sekolah dan kemahiran pertukangannya, Ayah mengambil upah membaiki kerusi meja dan bangunan sekolah yang rosak. Anak perempuan yang sulong hanya mampu disekolahkan sehingga darjah enam sahaja untuk mengambil tanggungjawab menjaga adik-adiknya yang masih memerlukan pemerhatian. Lagi pun pada zaman itu, anak perempuan tidak digalakkan berilmu tinggi....duduk rumah dan uruskan rumahtangga!
Pada tahun 1985 ketua keluarga meninggal dunia. Arwah seorang yang sangat penyabar, pemalu dan pendiam. Tidak banyak berbicara. Kesukaannya merokok Rokok Daun yang digulungnya sendiri dan tidur! Sememangnya kuat tidur adalah penyakit turun temurun keluarga ini!!!! Dunia seolah-olah gelap buat keluarga ini tetapi bernasib baik kerana mempunyai isteri yang berhati kental, cekal dan kuat. Si ibulah yang mengepalai keluarga ini.
Alhamdulillah anak-anaknya semua berjaya dalam bidang masing-masing. Atas rezeki yang Allah beri, dapatlah membawa Mak ke merata tempat samada jarak dekat atau jauh. Mak mengerjakan Haji bersama anak sulungnya pada tahun 1989 dan selepas itu setiap tahun mengerjakan Umrah sehinggalah beberapa tahun kebelakangan ini kerana pergerakannya yang sudah mula perlahan. Dia tidak suka menyusahkan orang khasnya anak-anaknya. Baginya, anak-anaknya adalah nyawanya! Itulah Mak. Pada tahun 1997, anak lelaki bongsunya meninggal dunia dalam usia muda 39 tahun. Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua pasang anak yang berusia 1 hingga 13 tahun. Ini adalah peristiwa yang amat menyedihkan Mak dan seluruh keluarga sehingga Mak merana atas dua kehilangan besar ini. Semenjak itu, semangatnya mula pudar sedikit demi sedikit.
Pada 26 Oktober 2010, tanpa memberi kami sedikit petunjuk sekali pun, tiba-tiba Mak terjatuh di atas Sajadahnya dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hanya semalam aku dan suami pulang berjemaah Maghrib dan Isyaq serta bertahlil bersamanya dalam suasana yang sangat indah lagi tenang. 

Arwah Mak seorang yang sangat lurus. Jika arwah berjumpa doktor, dia akan mengikut nasihat doktor itu dengan tekun. Jika kita berkata , baginya kita serius walaupun kita bergurau sahaja. Baginya, janji mesti ditepati dan kata mesti di kota. Hartanya jangan diusik kerana baginya itu adalah hasil dari mata pencariannya! Suka mengulang-ulang kata dan sangat berdisiplin dari segi masa. 

Sepanjang hidupnya, Mak mengendalikan dirinya dengan sendiri....maksudnya dari segi pembersihan dirinya sendiri. Kita cuma perlu memerhatikan pergerakannya sahaja untuk memastikan keselamatanya. Makan minumnya ikut masa...begitu juga waktu rehatnya Mak memang tidak suka menyusahkan orang lain. Sakitnya semua ditanggungnya sendiri sehinggalah dia tidak tahan lagi. Sungguh kuat semangatnya. 

Segala urusan Mak dibantu sepoenuhnya oleh kakak iparku yang sulong iatu Uwo. Banyak pengorbanannya yang tak termampu kami membayarnya. Uwo akan menyediakan segalanya untuk arwah Mak tetapi adatlah, kalau jauh bau bacang, kalau dekat bau taik! Begitulah nasib Uwo. Namun, dia tetap tabah dan redho dengan keadaannya yang masih lagi dara dan berjorban diri untuk memastikan adik-adiknya semua berjaya dan keluarganya gembira. Allah sahaja yang akan membalas jasa baik Uwo. Semoga Allah emmanjangkan umurmu agar dapat kami membalas budi baik Uwo dan mengembirakan Uwo. Semua anak-anak buahnya mencintai manusia ini!

Sepanjang menjadi menantunya hubungan kami sangat rapat. Oleh kerana akulah satu-satunya menantunya yang punya banyak masa, dapatlah aku membawa arwah Mak dan Uwo(kakak ipar sulongku) bercuti. Kami ke Pulau Langkawi ( arwah naik kereta kabel), Kuantan(beberapa kali untuk menziarahi satu-satunya adik iparnya yang ada), Kuala Penyu di Sabah (menziarahi anak saudaranya), Tasik Kenyir(naik bot ke Pulau Herba dan sekitarnya), Kuala Terengganu, Kota Bharu, Tasik Banding, Utara semenanjung dan banyak lagi. 

Arwah Mak memang suka berjalan dan waktu makan minum dan penggunaan tandasnya mesti diatur sebaik mungkin agar dia tidak tertekan. Setiap satu jam perjalanan, mesti berhenti untuk dia berehat dan meluruskan kaki! Pernah, ketika mula menimang cucuku Muhammad Ammar, Mak sedih kerana aku tak membawa dia berjalan seperti dulu. Sejak itu aku mulakan kembali tugas membawanya berjalan-jalan. Arwah Mak paling suka melihat laut. Kami bawanya ke Pantai Remis dan itu sangat mengembirakannya!

Kini Mak dah pergi selamanya. Yang tinggal hanyalah kenangan hari semalam bersamanya. Tiada kekesalan dalam hati tetapi rindu yang Allah sahaja yang tahu. Semenjak arwah ibuku meninggal dunia tahun 2003, arwah Maklah tenpat aku bermanja. 

Kebanyakan sahabatku mengenali arwah dan amat menyayanginya kerana setiap kali aku balik kampung, pasti ada yang mengikut. Kasih mereka kepada arwah begitu mendalam sehingga ada bersama-samaku mengendalikan jenazahnya dan menyediakan makanan untuk malam ketiga Majlis Tahlil untuk arwah. Begitu ramai sekali yang menziarahi dan menyempurnakan solat Jenazah buatnya, lelaki dan perempuan! Di duniapun Allah sudah tunjukkan rezekinya yang murah. Semoga di alam barzakh lebih lagilah hendaknya.

Aku berdoa semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosanya, memurahkan rezekinya di alam barzakh, melapangkan dan menerangkan kuburnya serta mengasihaninya sebagaimana dia mengasihi anak-anaknya semasa mereka masih kecil. Masukkanlah dia ke dalam Syurga Ya Allah!

Monday, October 18, 2010

Ubi Rebus dan Nyanyian Serambi....

Lama hidup banyak dirasa. Itulah resam hidup kita. Bila orang tua berkata, mereka punya pengalaman tertentu yang mahu di kongsi bersama untuk menyuluh jalan hidup orang muda. Mereka dah lama merasa garam...eloklah kita dengar. Hidup ini penuh pancaruba. Tak kira di mana pun kita berada.
Sebagai orang Islam, jika keluarga kita telah menyediakan kita dengan asas pengetahuan agama, InsyaAllah akan berpatah balik juga akhirnya. Tetapi, mengapa mesti tunggu sampai akhir? Akhir tu bila? Sebenarnya, kita akan dipanggil Allah bila-nila masa sahaja. Sebab itulah sebelum tidur, kita berdoa dan mengucap dahulu. Manalah tahu kita mati dalam tidur! Umur? Tua? Mati tidak ikut umur. Bayi yang baru seminit lahir pun boleh mati. Oleh itu sedarlah bahawa nyawa kita sebenarnya dihujung tanduk....jangan kita terlalu keduniaan sehingga lupa akan akhirat. Kita dilahirkan di dunia atas satu sebab sahaja iatu untuk menyembah Allah...membesar-besarkannya. Dunia ini bersifat sementara dan di Mata Allah, kita ini seperti hama sahaja....
aku risau sebenarnya dgn dunia kita sekarang...ramai yang sudah alpa pasal agama malah yang munafik pun ramai sudah.....sedih...sungguh sedih!
Aku punya ramai kenalan dari pelbagai latar belakang dan fahaman. Dari sudut politik, ekonomi. pendidikan mahupun seni.Ramai kenalan, maka aku boleh buat analisa tentang mereka. Kesemua mereka punya keistimewaan masing-masing.
Seorang insan seni yang aku kenali dan senangi.Dia hanya seorang insan biasa namun punya banyak kelebihannya. Punya hati dan punya jiwa yang halus. Setiap tutur kata datang dari hati yang ikhlas yang mengamit satu perasaan yang indah dari dalam diri kita. Susah hendak diperkatakan tetapi itulah hakikatnya. Sepanjang berkenalan dengannya, tidak pernah sekali dia memburuk-burukkan rakan artis yang lain. Sentiasa memberii pendapat yang positif terhadap insan sesamanya. Aku kagum. Tiada hasad dengki maupun irihati dalam dirinya. Bicaranya selalu tentang dirinya, kariernya, masa depannya, lagu ciptaannya dan kisah hidupnya. Bukan jenis yang suka melepak di kedai minum untuk jual muka malah dia seorang insan yang sangat pemalu. Tinggi budi pekertinya.
Sifat dan gayanya yang tersendiri menyebabkan dia antara yang tersohor dan diminati ramai oleh semua golongan dan semua peringkat umur. Nampak ganas tetapi sebenarnya seorang yang berjiwa lembut dan sentiasa bersyukur. Baginya, muzik itu satu anugerah dan mesti dipelihara. Baginya disitulah punca pendapatan untuk keluarganya dan mesti di jaga dengan baik. Harus bekerja keras supaya mendapat keberkatanNya.
Setiap lagu nyanyiannya mesti ada jiwa dan ada roh. Wah! Hebat sungguh manusia ini. Pendiriannya tentang muzik dan nyanyiannya sangat unik. Kesungguhannya persembahannya membuatkan naik bulu roma kita. Bila ada konsertnya, aku dan suami pasti bersama. Malah semasa Majlis Persandingan anak sulongku tahun 2007, dia datang bersama semua ahli pancaragamnya menghiburkan pengantin dan tetamu kami. Kami amat berbesar hati kerana kesudiannya dan sehingga hari ini, masih ramai yang mengingati majlis itu. Alhamdulillah. Itulah penangan keikhlasan hati.
Aku bersyukur kepada Allah atas pertemuan kali pertama kami di Johor pada tahun 2005 dan semenjak itu kami menjadi sahabat baik. Bila ada kelapangan masa, dia pasti akan memenuhi jemputanku. Kegemarannya memakan Ubi Rebus yang dicicah dengan Sambal Tumis menjadi satu kemestian bila ke rumahku. Katanya kita mesti ingat akar umbi keturunan kita....ingat kesusahan mereka dan dengan itu sedar akan diri kita....bak lirik lagunya...

andai kasturi hilang harum,
mawar tak berkuntum,
cinta tak bersambung....
biar emas setinggi gunung,
kan ku rebut rimbun ampun,
rahmat yang Maha Agung

Dalam bahasa mudahnya ialah, sekiranya apa yang kita miliki kini hilang ke tangan orang lain, maka kita akan kehilangan segalanya.Peliharalah apa yang kita miliki sekarang ini dengan memohon rahmat dan keampunan dari Allah Subhanahuwatala. Bayangkanlah limau kasturi yang hilang wanginya, ia tidak mendatangkan makna lagi....ia seperti satu benda yang tiada nilainya lagi.....begitulah juga diri kita!
Bila A'mmar, cucuku dilahirkan, bersusah payah dia datang untuk manimang cucu kami dan membahasakan dirinya Tok Mok! Kini A'mmar sudah hampir 2 tahun dan semalam dapat bertemu semula dengan Tok Moknya di rumah kami bersarapan pagi bersama dengan hidangan Ubi Rebus!! Tok Mok A'mmar ialah Papa Rock Ramli Sarip!

Tuesday, September 14, 2010

Salam Aidil Fitri

Sepanjang bulan Ramadhan, umat Islam berebut-rebut melipatgandakan amal ibadah dengan mengaharapkan ganjaran pahala yang banyak sebagaimana yang dijanjikan Allah SWT. Berebut-rebut mengadakan majlis berbuka puasa dengan menjemput mereka yanmg kurang bernasib baik seperti ibu ibu tunggal, anak-anak yatim dan orang miskin. Sebak hati melihatkan kedaifan mereka. Timbul rasa syukur dengan rezeki yang Allah berikan selama ini. Bersyukurlah dengan rezeki yang melimpah ruah...dapatlah kita mengeluarkan zakat, bersedekah dan berbelanja ke jalan Allah. Semoga Allah menerima usaha murni itu.
Kini kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1431Hijrah. Tahun ni, adalah kali pertama dalam hidup aku tidak berbelanja besar....ala kadar saja. Mungkin sebab faktur usia. Kuih pun aku tak beli kecuali dua bungkus kerepek perasa BBQ dari Tanjung Malim. Kuih yang berlambak atas meja di rumah aku tu adalah pemberian para sahabat.....17 jenis semuanya!!! MasyaAllah. Bukan sahaja banyak dan pelbagai tetapi sedap pulak rasanya! Semoga Allah memurahkan rezeki mereka! Sebut pasal baju .....tahun ni keluargaku mengenakan pakaian lama sahaja. Kalau ikutkan hati memanglah nak beli tetapi mestilah berpijak dibumi yang nyata. Pakaian lama yang masih cantik dan muat lagi penuh tergantung dalam almari......takut aku jadi orang yang tamak. Suamiku ada juga menyebut yang aku sudah lama tidak membeli baju baru tapi aku diamkan sahaja. Bagiku cukuplah dahulu...bila perlu nanti, aku belilah!!!
Bagiku sambutan Aidil Fitri tidak sehebat aku dan seisi keluarga menyambut Ramadhan. Aku cuba terapkan keindahan dan kebesaran bulan Ramadhan kepada semua ahli keluargaku dengan melakukan pelbagai aktiviti seprti menghadiri kelas-kelas Ilmu Agama, mengaji , ke masjid untuk Solat Tarawwikh dan Qiamulail setiap malam sebelum bersahur. Aku merasa puas melakukan semua itu dan berharap agar kami diberi kekuatan dan semangat untuk meneruskan selama-lamanya. Insyaallah!
Malam Raya, rumahku di datangi sekumpulan jemaah Masjid untuk bertakbir Raya. Seperti biasalah, aku yang sememangnya tidak mempunyai pembantu rumah, terpaksa memulakan tugasku lebih awal dari orang lain. Kena kemas rumah, susun hiasan, susun kuih Raya dalam balang, sediakan buah tangan untuk tetamu, masak Kuzi Ayam dan Kuzi Kambing (terima kasih kepada sahabatku Cikgu Ikram dan isterinya Cikgu Akhtar yang mengajarku), pergi beli roti dan sebagainya...sehinggakan membuat label makanan dan menyusun meja ...semuanya tulang empat kerat inilah yang melakukannya!! aku sendiri pun tak percaya dengan kudrat yan Allah berikan ini. Aku bersyukur kepada Illahi kerana memberi aku kesihatan yang baik, fikiran yang tenang dan kebijaksanaan. NAsib baik rumah kami adalah rumah terakhir....kena tunggu hingga jam 12.20 malam baru sampai dan selesai kemas dapurku tepat jam 2.30 pagi......
Kerana letih yang tidak terhingga, walaupun jam telah kami kunci jam 4.30pagi, kami terjaga jam 6.08pagi. Ketika itulah aku bertanya pada diriku sendiri...adalah sudah alpa aku akan kewajipan kepada Illahi? Adakah aku sudah mula lalai? Adakah amalanku selama Ramadhan tidak diterima? Nauzubillah Min Zalik!!! Itu menakutkan aku! Langsung aku memohon keampunan dariNya dan memohon agar aku tidak lupa dan lalai lagi. InsyaAllah!!
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan Selamat Berpuasa Enam. Rebutlah peluang membuat pahala yang Allah berikan kepada kita untuk Syawal ini....

Monday, August 23, 2010

Kejirananku yang terbaik!! Alhamdulillah...

Anak-anak yatim dari Rumah Kamariah yang diraikan.
Bulan Ramadhan al Mubarak ini, Allah berjanji akan memberi kita ganjaran yang berlipat kali ganda. Just for one month...seolah-olah MEGA SALE lah ni. Sepatutnya kita berebut-rebut mengambil peluang ini untuk membuat amal ibadah dan amal kebajikan sebanyak yang boleh.Apa taknya, ustaz kata, pahala yang diberi berlipat kali ganda dan setiap pekerjaan sunat kit di beri pahala amalan fardhu!!! Mengapa kita masih berkhayal? Mengapa kita masih tidk mahu percaya? Mengapa kita mesti waste time for nothing??? Inilah masa untuk kita berubah ke arah kebaikan.

Kesempatan ini, sahabat jiran tetanggaku yang dikenali sebagai RSSB tidak ketinggalan. Alhamdulillah, Allah menempatkan aku di sebuah kejiranan yang sangat unik, akrab dan bersatu hati. Kami sebtiasa menghidupkan bulan Ramadhan dengan pelbagai aktiviti seperti bertukar-tukar juadah berbuka, bertadarus dan kerkhatam, iftar dan bertarrawih berjemaah dan sebagainya. Tahun ini kami perhebatkan aktiviti bulan Ramadhan kami dengan memasak bubur lambuk secara bergotong royong yang akan diadakan pada Hari Nuzul Quran bersamaan 27hb Ogos 2010. Pada tarikh yang sama juga akan diadakan Majlis Berkhatam AlQuran bagi mereka yang bertadarus semenjak awal Ramadhan lagi. Alhamdulillah.
Jelas keakraban kejirananku.

Semalam, kami mengadakan Majlis Iftar dan Solat Tarrawikh berjemaah bersama 50 orang anak-anak yatim dan 10 orang ibu-ibu tunggal! Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci alQuran oleh seorang doktor muda yang hafiz dan merupakan anak lelaki kepada salah seorang dari ahli jawatankuasa penganjur majlis tersebut. Beliau membaca Surah AlBaqarah Ayat 182 hingga 186! Sejuk hati mendengar bacaannya. Ini sangat bagus untuk anak-anak remaja kami kerana ia akan menyedarkan mereka bahawa apa saja boleh dicapai jika ada kemahuan. Kamu boleh menjadi seorang yang hafaz AL Quran tetapi dalam masa yang sama memegang jawatan yang penting dalam apa juga bidang yang diceburi....Better late than never! Yang penting ada keinginan dan usaha yang gigih.
Ibu-ibu tunggal beratur untuk menerima sedikit cenderahati dari RSSB dan ahli-ahlinya.
Solat Maghrib, Isyaq dan Tarrawikh berjemaah diimamkan oleh Ustaz Farid Ravi. Masyaallah, bacaanya menyusuk kalbu!! Selepas solat Isyaq, Ustaz telahmemberi sedikit tazkirah tentang kebesaran bulan Ramadhan. Nampaknya semua khusyuk mendengar ceramah ringkas beliau. Terima kasih Ya Ustaz!! Sem oga Allah menerima usaha muni kami ini.
Khusyuk mendengar ceramah ringkas oleh Ustaz Farid Ravi.

Wednesday, August 18, 2010

Perniagaan yang rugi.......???

Baru-baru aku menghadiri satu majlis ilmu dan antar pengisiannya ialah 5 perkara ghaib yang manusia tidak akan tahu kecuali Allah iaitu....
1....Hari Qiamat
2....Hari Hujan
3....Kandungan seorang ibu
4....Rezeki yang masuk dan keluar
5....Tempat kematian kita

Cuba baca Surah Luqman Ayat 34....maksudnya dalam bahasa Inggeris...
Surely Allah is He with Whom is the knowledge of the hour. and He sends down the rain and He knows what is in the wombs; and no one knows what he shall earn on the morrow; and no one knows in what land he shall die; surely Allah is knowing, Aware.

Semalam cuaca sangat panas. Sepanjang hari aku tersenyum dan tersengih mengenangkan kain baju yang dicuci awal pagi di jemuran pasti akan kering garing. Mula aku membayangkan bertapa wanginya kain baju tu dan bertapa cantiknya hasil lipannya nanti...mmmmmmm.

Dalam kesibukan menyediakan juadah berbuka puasa, sesekali mataku tersilau dek cahaya matahari, bajuku dibasahi peluh.....panas betul. Maklumlah wet kitchen aku di luar rumah, berataplah tapi tidak berdinding. Open airlah katakan. But I really like it! Sambil memasak, biasalah tumpuan diberi sepenuhnya pada aktiviti terkini sehinggalah selesai tugasku. Kemudian ku pun kunci pintu dapur dan bergegas ke kamarku di tingkat atas untuk membersihkan diri dan bersedia untuk berbuka bersama keluarga dan tetamu.

Selesai berjemaah Maghrib bersama suami, aku berkemas pula untuk ke masjid. Ada pulak sahabat yang nak ikut serta, jadi kami perlu keluar rumah lebih awal. Azman anakku ke masjid lain. Tak kisahlah asalkan dia nak solat Tarawwikh. Alhamdulillah.

Setelah hampir selesai solat Tarawwikh, baru aku teringat tentang kain baju di belakang rumah. Hilang sekejap konsentrasiku! Aku lupa nak angkat kain baju yang dah kering garing tadi. Lepas salam aje aku piun bergegas keluar dari masjid...hujanlah pulak!!! Terlopong mulutku...Aku katakan kepada suamiku yang hari ini perniagaanku rugi! Suamiku kata, Allah nak beri pahala lebih tu....sejuk sikit rasa hati tapi ,mulutku asyik membilang-bilang tentang kerugian itu hingga suamiku menegur. dengan lembut. Terdiam aku!

Aku akur dengan percaturan Allah ini. Aku pasti ada sebab disebaliknya. Teringatlah pulak cerita pendekar Bujang Lapuk.....dialognya berbunyi,"Ani.....angkat jemuran...hari nak hujan...." Hehehehehhe.

Apa pun, kain baju tu perlu dicuci semula.....padan muka aku!

Friday, July 30, 2010

Lagi belajar lagi banyak yang tak tahu?

Syukur Alhamdulillah, kalau dipanjangkan umur, InsyaAllah kita akan menyambut bulan yang paling mulia dan penuh dengan keberkatan, bulan yang menjanjikan pelbagai ganjaran, di mana pada bulan ini, sekiranya manusia itu tahu akan kebesarannya, pasti akan meminta Allah Ramadhan sepanjang tahun seumur hidup!

Itulah kehebatan bulan Ramadhan. Semasa kecil dulu, semasa muda dahulu, semasa kehidupan untuk duniawi sahaja dahulu, yang kita tunggu-tunggukan adalah bulan Syawal. Sibuklah ibubapa kita membeli belah untuk persiapan Raya. Ada yang sanggup bergolok bergadai untuk tujuan memeriahkan lagi suasana hari lebaran. Masing-masing bersungguh-sungguh membuat persiapan dari pakaian, hiasan ryumah sehinggalah ke kuih muih. Kerana kesibukan itulah, kita lupa dan lali untuk membuat amal ibadah yang lebih di bulan puasa. Kadang-kadang, atas tipisnya iman, semasa sibuk membakar kuih dan membeli belah, puasa pun sanggup dibatalkan. Usahkan itu, solat Tarawwih juga dipandang ringan. Ceteknya iman kita. Ternyata itu kesilapan yang jelas kita lakukan kerana kurang ilmu. Bukan disengajakan, cuma tidak diberatkan.

Tetapi sekarang kefahaman tentang agama kian mendalam. Kalau di Shah Alam, tempat tinggalku ini, celik saja mata di waktu pagi, jenguklah di mana-mana surau, madrasah, pusat belia dan masjid, pasti ada kelas agama yang diberi secara percuma kepada masyarakat di sini.
Banyak pelajaran yang diajar dan disampaikan oleh Ustaz-ustaz yang hebat-hebat belaka. Pokok pangkalnya, mahu atau tidak mahu. Banyaklah persoalan tentang hidup, mati, sejarah agama berlandaskan Al Quran dan Hadis disampaikan kepada para jemaah. Lagi banyak kita pelajari, sebenarnya lagi banyak yang kita tidak ketahui. Sebab itulah Islam mengalakkan kita mencari ilmu. Biar miskin harta, jangan miskin ilmu!!

Malangnya, yang datang belajar hanyalah dikalangan suri-suri rumahtangga, ibu-ibu dan juga nenek-nenek dan para lelaki yang hadir adalah terdiri dari mereka yang yang sudah pencen! Sepatutnya anak-anak mudalah patut menghadirinya kerana perjalanan hidup mereka masih panjang lagi. Bila ilmu sudah penuh di dada, maka penyakit masyarakat yang menular sekarang pasti akan dapat dibendung. InsyaAllah.

Kesilapan dan tindakan yang mengikut hawa nafsu dikalangan generasi muda sekarang adalah kerana muflis ilmu agama. Bagi mereka, apa yang dilakukan adalah urusan mereka. Sebab itulah tanpa segan silu melakukan pelbagai perkara mungkar. Jangan sekali-kali menyalahkan ibu bapa, guru, media dan sebagainya setelah terjebak dan jatuh tersungkur. Lihatlah diri sendiri, nilailah diri sendiri dan buatlah pilihan yang bijak untuk diri sendiri. Kembalilah kepada agama dan rujuklah pada AlQuran dan Hadis tetapi mestilah berguru. Mencari ilmu mesti ada guru yang mengajar kerana guru akan mengupas dan memberi penerangan tentang isi pelajaran serta menjelaskan maksud disebalik ayat-ayat yang dibaca. Kembalilah ke pangkal jalan.

Friday, July 16, 2010

My three pads......mmmmmmm.............

Bukan ketandusan idea, bukan tak ada cerita..bukan...bukan...bukannnn! Tetapi sejak akhir-akhir ni banyak sangat perkara yang berlaku dalam satu masa dan perlu ditangani satu persatu mengikut masa dan waktu yang tertentu. ALhamdulillah selesai sudah....kini masa untukku.

Apa cerita? Yang terkini ialah hadiah-hadiah Hari Lahir, Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Buruh yang ku terima dari suami, anak-anak dan menantuku....Kesemuanya yang memang aku suka dan sangatlah berguna ...untuk sensasi lagi ...... yang kuimpikan! Hahahahhaha.

Azman belikan aku Notebook lap pad yang berserta dengan kipas dan pembesar suara yang canggih keluaran Logitech! Wah meriah aku menggunakannya! Tak sibuk lagi nak menungging-nunggingkan Notebook tu supaya tidak panas bahagian bawahnya. Thank You Angah. Just love it. He sent it all the way from Melbourne....by post!


My Logitech Notebook lap pad.


Hana dan suaminya Asim pulak tahu kegemaran masa lapangku ialah melukis...bukanlah pandai sangat tapi boleh dikatakan terrorlah jugak....hahahahha. Satu hari mereka ke Plaza Low Yatt dan belikan aku Sketch Pad.....wow best betul. Now I can draw as much as like without dirtying my fingers!! Already managed to draw a few and so happy about it. Thanks to this lovely couple, I'm loving it!!!

My Sketch Pad
Hasil lukisan menggunakan Sketch Pad
(Ibu Mertuaku bersama Aik Iparnya di Melaka)
My nephew Azlan just came back from the States. My darling hubby asked hime to buy a 64G Ipad which cost him abou USD900! Here in Malaysia the price is around RM4800.00! It's a wonderful gadget, friendly user, lasting battery (10 hours!), light dan I'm one of the few to use it !! Thank you dear hubby. I will use it to the maximum!


My iPad

So...you can imagine the time that I spent everyday playing with my newfound toys! That is the reason for not blogging. But besides that I have loads of activities to handle and fulfil. Just hope everything will be OK and my life will be back to normal! InsyaAllah!!


Hasil lukisan menggunakan Sketch Pad

Saturday, June 12, 2010

Ditelan mati Mak, diluah mati Bapak!

Ditelan mati mak diluah mati bapak..itulah yang aku tanggung sekarang. Not an easy decision to make but I have to make a choice. Yang satu anak dan yang satu sahabat yang juga jiranku......

Sudah dua bulan anak dan menantuku merancang untuk membawa dua keluarga sebelah Shah Alam dan sebelah Alor Setar untuk bercuti bersama di Pulau Langkawi. Tujuannya ialah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara kedua keluarga ini. Tarikh pertama dipilih, tetapi Pak Ali ada tugasan yang tak dapat dielakkan. Jadi tarikh pertama ditangguhkan. Kemudian, tarikh kedua dipilih, tetapi Shakir pulak ke Turki, tangguh lagi....Kesian budak-budak tu. Kali ketiga, diputuskan pada 25, 26 dan 27 Jun memandangkan semua orang ada kelapangan pada waktu itu. tetapi seperti biasa, sejak dari awal dibuat rancangan, suamiku memang tidak dapat pergi bersama. Itu amat kami faham dan anak-anak pun menerima hakikatnya.

Tetapi, tarikh ini juga menyebabkan aku di dalam dilema. Rancangan anak-anak yang murni itu terpaksa aku timbangkan kerana pada 26 Jun, sahabatku yang merupakan jiran kembar rumahku dan juga ahli G15, telah merancang untuk mengadakan sambutan Hari Lahir bersama beberapa orang ahli yang lain. Tarikhnya sudah di tetapkan, tempatnya sudah di tempah, aku pulak sebagai ketua G15, serba salah dibuatnya! Tapi aku terpaksa membuat pilihan walaupun akan mengecewakan satu pihak.

Walaupun tidak kusebutkan disini, yang mana pilihanku, I have made up my mind! But I will try my very best to please both party. Ibarat menarik rambut dari tepung. Rambutnya tercabut dan tepungnya tidak tumpah!! Win, win situation.......

Fahamilah pendirianku hendaknya! Maafkanlah aku.....kerana aku terpaksa!


KERANA TERPAKSA

oleh

FRANCISCA PETER

Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati
Gementar tubuhku dengan keputusan ini
Biarpun pedih ku teruskan jua

Di antara kita mengapa ada dia
Biarpun hanya kawan biasa
Tapi ku rasa berlainan caranya
Hingga mencakar perasaanku
Terpaksaku
Terpaksaku membuat pilihan
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu

Kerna terpaksa aku rela sendiri
Kerna terpaksa lalu aku menangis
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi
Tidak ku tahu bila kan terbuka