Sunday, May 10, 2020

Ramadhan ini.....

Hari berganti minggu,
Minggu berganti bulan,
Bulan berganti tahun....
Ramadhan memberi salam,
membawa keberkatan,
membawa ketenangan....
Tahun ini amat berlainan,
Allah menurunkan sedikit ujian
untuk umat keseluruhannya
siapa pun kita, 
di mana pun kita,
ujiannya sama..
COVID19 diberi nama
bermula di Wuhan, China 
menebar dan menyinggah ke seluruh dunia
hingga kini tiada penawarnya..
terkurunglah semua,
kurang pergerakan,
ibarat burung di dalam sangkar...
walau sangkar rotan,
walau sangkar emas,
nampak di luar tetapi tidak mampu keluar..
rupanya Allah mengingatkan manusia
Allah ingatkan amanah dan
tanggungjawab kita
untuk kembali ke yang sepatutnya
bersama anak, isteri dan keluarga
melakukan segala bersama
dan bukan menggila berkerja...
Ramadhan ini...
ikatan keluarga menjadi erat
mengaji Al Quran bersama
berterawwikh bersama
bersahur dan berbuka bersama
dan
berjemaah lima waktu bersama
membimbing anak dengan ilmu
bertapa Allah menyayangi kita...
perasankah kita?
setiap musibah pasti ada hikmahnya.
Ramadhan ini pasti dikenangi
kerana keistimewaannya...
Alhamdulillah




Monday, May 4, 2020

Bertambah umur....

          Tanggal 4hb Mei setiap tahun, keluarga, saudara, sahabat-handai dan jiran tetangga tidak putus-putus menghantar ucapan Selamat Menyambut Hari Lahir buat aku beserta dengan doa-doa  yang baik..... Aku mengamiinkan setiap doa yang kuterima dan berdoa kepada Allah supaya mengurniakan yang sama buat mereka.

           Semenjak kebelakangan ini, setiap kali tarikh keramat ini muncul, aku kerap merasa sedih. Menangis bukan kerana diri semakin berusia tetapi mengenangkan apakah pencapaianku dalam membaiki diriku selama ini. Cukupkah bekalan untuk diriku untuk kupersembahkan kepadaNya? Sekuat mana aku berusaha untuk mendidik diriku ini, tetap aku merasa banyak lagi kekurangannya. Ini menyebabkan aku menjadi risau dan takut. Apakah pekerjaanku selama ini boleh menjamin untuk membela diriku di sana nanti? Kupujuk hatiku sendiri dengan menyakini Allah Maha Mengetahui....Maha Mengasihi lagi Mengasihani.


             Sejujurnya, setiap tahun di waktu ini, aku akan menziarahi pusara kedua orang tuaku yang telah lama meninggal dunia. Allayarhamah Mak pergi pada tahun 2003 dan Allayarham Abah pula lima tahun lebih awal. Semoga kedua roh mereka tenang di alam barzakh dan semoga kami dapat bersama sebagai satu keluarga di Jannah nanti.  Aku sentiasa memikirkan bertapa besarnya pengorbanan mereka melahirkan, membesarkan dan mendidik kami dengan cara yang mereka tahu dan mampu. Benarlah bahawa sebanyak mana sekalipun yang diberikan untuk mereka, tidak akan termampu membayar jasa mereka...tidak akan terbayar.  Cara terbaik sebagai anak ialah membuat sebanyak-banyak kebaikan, bersedekah dan mengaji Al Quran dan berdoa semoga pahala itu disalurkan untuk mereka di sana dan menerangkan kubur mereka. Itulah yang kita semua harapkan.


          Ramai yang bertanya, apakah hadiah istimewa yang aku dapat dari suamiku...soalan sama setiap tahun dan jawapanku juga sama setiap tahun. Suamiku tidak membeli hadiah buatku. tetapi, setiap hari khasnya pada hari kelahiranku, dia akan memelukku dan berdoa kepada Allah dan bermula dengan bersyukurnya dia mempunyai isteri sepertiku. Kemudian dia akan berdoa, doa yang terbaik buatku.....

memberiku kesihatan yang baik, 
memberi aku kekuatan mental dan fizikal, 
memberi aku ketenangan hidup, 
memberi aku kesabaran dan 
mengurniakan kebahagiaan disampingnya dan seluruh keluarga kami. 
Apa lagi yang aku mahu.....
Ya Allah makbulkanlah doa suamiku.

          Tahun ini genap 59 tahun umurku. Tahap ini ialah umur bonus. Aku bermohon kepada kalian, bila mendoakanku, mohonkan kepada Allah agar melembutkan lidahku untuk membaca Al Quran, menerangkan penglihatan untuk membaca Al Quran dan menerangkan hatiku untuk memahami Al Quran. Umur yang sebegini, dunia bukan lagi keutamaan. jika kau seusiaku, ayuh kita berubah ke arah kebaikan untuk diri kita, keluarga kita, sahabat-handai kita dan ibubapa kita kerana Allah.


Friday, May 1, 2020

Inilah masanya!

                   Bermula dari 18 Mac. Tarikh keramat! Itulah tarikh suamiku dilahirkan 67 tahun yang lalu. Kebiasaannya kami sekeluarga akan keluar makan bersama di luar tetapi tidak kali ini. Itulah juga tarikh bermulanya  PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan bagi seluruh rakyat Malaysia.  Semuanya bahana COVID19......ujian dari Allah. Mungkin ada baiknya!

                 Maka bermulalah satu cara hidup baru  bagi semua orang. Jika selama ini tidak pernah ke dapur, maka kini kaum ibu menghabiskan masanya di dapur...masak, masak, masak dan masak sebab banyak anak burung yang nak makan! Segala buku resepi lama kini terbuka kembali. Tak cukup dengan buku resepi, tonton youtube pulak. Tapi kejayaan itu pasti bagi yang tidak berputus asa.

Anak-anak pula tidak dibiarkan tanpa tujuan. Sesetengah sekolah, khasnya di kawasan bandar yang mana boleh dikatakan setiap rumah punya talian internet, maka bertungkus lumuslah para guru menyediakan pelbagai jenis kertas kerja, kuiz dan sebagainya untuk mengisi masa anak-anak murid di rumah. Yang ini aku perlu tabik hurmat kepada para guru. Ingat ya, mereka juga ibubapa yang perlu menjaga keluarga mereka seperti  kita juga tetapi tanggungjawab sebagai pendidi tetap mereka jalankan. Terima kasih para pendidik. Hanya Allah saja yang dapat membalas budimu.

Kalau memberi tugasan di dalam bilik darjah, guru boleh melihat dengan mata sendiri dan memberi tunjuk ajar yang lebih bagi yang kurang faham, malas atau lalai tetapi bila tugasan dijalankan di rumah secara ONLINE guru digantikan oleh ibu bapa. Yang ini aku kena tabik berkali-kali. Barulah ibubapa faham bertapa susahnya guru menjaga anak mereka di sekolah. Kalau mereka 3 orang anak, mengajar anak sampai terkeluar anak tekak, cuba bayangkan guru yang mengajar 30-40 orang murud sekelas yang datang dari pelbagai latar belakang, pelbagai perangai , tahap kepandaian dan kebijaksanaan yang berbeza dan berlainan minat serta kehendak....bayangkannnnnn. Oleh itu, janganlah kita marah guru kalau anak kita nakal dan didenda. Janganlah pandang rendah pada guru hanya kerana pangkat dan kedudukan serta pendapatan kita jauh lebih dari mereka. Janganlah sekali-kali menghina guru jika anak kita gagal tetapi cubalah menilai mereka dengan cara lebih dewasa lagi dan bukan ikut seronok hati kita saja. Tak semestinya kita orang yang berjaya, maka kita ada kuasa menghina guru. JANGAN! Ingatlah siapa dirimu  kalau tanpa guru! Semasa PKP ini, adalah masa terbaik untuk menilai diri  sendiri. 

                   Bagusnya guru-guru ini, walaupun Kementerian Pendidikan Negara sudah mengisyhtiharkan bawa tiada UPSR and tiada PT3, mereka tetap menjalankan tanggung jawab menghantar tuagasan untuk murid-murid. Maka, aku sarankan, buatlah jadual belajar untuk anak cucu di rumah dan bukan melanguk saja di depan peti televisyen seluruh keluarga menonton filem-filem  NETFLIX, drama-drama Korea di handphone dan sebagainya. Pergi ajar dan bantu anak cucu buat kerja sekolah! masa inilah nak uji kesabaran kita. Bila selesai baru dihadiahkan masa menonton  cerita kesukaan mereka dan bukan 18 tahun ke atas pula! Biru muka nanti.

                   Masa PKP ini jugalah masa terbaik melihat diri  kita. Perbaiki dan tambahkan pengetahuan ilmu agama kita. Jika selama  ini sibuk dengan kerja, kerja dan kerja hingga tiada ilmu tersemat di dada, ada macam-macam ilmu terdapat di Youtube. Asah semula bacaan ALQuran. Bayak kelas ONLINE yang di adakan untuk membantu kita mendalami ilmu akhirat. Janganlah memilih menjadi orang yang rugi. Isikan masa dengan mengaji, berzikir dan berdoa bersama keluarga. PKP memberi peluang untuk kita melihat kelebihan dan kekurangan ahli keluarga kita. Ajari anak lelaki menjadi imam. Jangan salah sangka ya, anak semuda 12 tahun membaca surah yang panjang untuk solat berjemaah. Terbeliak mata si ibu dan sibapak! hahahhahahhaha. 

                   Pokok pangkalnya, COVID 19 ini mengubah cara hidup kita kepada yang sepatutnya. Seluruh keluarga berada di rumah dan ini menjadikan kita mampu memperbaiki hubungan silaturrahaim sesama kita dan mengenali mereka secara lebih mendalam lagi. Jika selama ini kita sibuk dengan kerja di pejabat, ke luar negara dan sebagainya, hingga membiarkan anak ke sekolah tanpa bersarapan dan tanpa menyiapkan kerja sekolah, kini kita diberi peluang untuk mengubah segalanya. Banyak hikmah disebalik musibah inikan. Semua dengan kehendak Allah.

                  Selamat beristirihat, selamat membaiki hubungan keluarga, selamat mencuba pelbagai resepi baru dan selamat mengenali  dan pertingkatkan ilmu untuk diri sendiri dan seluruh keluarga. Inilah masanya.


                   

Friday, March 6, 2020

A pinch from Allah ....

            When your spouse is not well, you have to work 150% more than usual. It is not a complaint but a fact. 

When we came back from Umrah, he was well. Two days after that he started coughing. We spent sleepless nights dealing with his coughs. He had to take medicines and was on antibiotics. 

He got better, Alhamdulillah.  We went out to a mall. Out of his curiosity about what is sold in a shop, he banged his head against the glass.  A deep cut on his right eye lid. He was bleeding. Luckily it did not swell. Put some ointment and he was OK.

Then,  we went to fetch our grandson at his school.  Atok was so anxious to see his grandson that he missed a step and ended his left ankle twisted! He was in pain. 

Now, we are in the hospital, waiting for his number to be called. He needed and x ray and hopefully nothing serious.

Moving around in crutches  even to a short distance, is not as easy as we thought! It needed courage, energy and help to hang on and to give confidence! 

It broke my heart looking at his condition and wheeled into the doctor’s room. Dr Ismail Maulut attended him.They were schoolmates in Sekolah Menengah Alam Shah.  To me, he is a brother. Thank you very much Dr. MIM!! May Allah bless you .

I make dua that my love will get better soonest possible. May Allah bless him with lots of  patience, positive thinking and the best of health.








Monday, January 27, 2020

Teman sejati....

Dia, teman sejati
Tidak bernyawa dan tidak berjiwa
Namun .....
Ke mana jua pun mereka tetap bersama
Tuannya ke hulu
Hululah dia
Tuannya ke hilir
Hilirlah dia
Baik sejuk 
Atau panas
Hujan atau ribut
Mereka tetap bersama
Tugasnya lebih banyak di dapur
Tetapi kini dinaikkan taraf pula
Menemani tuannya 
Beribadah 
Di Tanah Suci 
Madinatul Munawarah
Dan
Makatul Mukarramah
Percaya atau tidak
Mereka tetap bersama
Bertapa beruntungnya dia...



Saturday, January 25, 2020

I feel you


I was away
not long only for a day.
When you called,
I was driving my so-called 'Ferrari'.
your tone was different...
not the kind I used to listen.
you didn't tell me
just asking my whereabouts
then I knew....
She's gone!
I feel you...

You hung up,
I tried to call you
to comfort you
to tell you that you are not alone
but was in vain
Then came another call
from a different caller
it was confirmed
She's gone!
I feel you...


Sunday, December 29, 2019

As I was passing



As I was passing
Down the memory lanes
Everything came back to my mind
all I could see was.... yesterday.

Yesterday will never come back
Yesterday has already left us
Yesterday moulded us
Yesterday prepared us
To be the person we are today.

As I was passing
The place called home
I saw them standing
Hand in hand
Smiling broadly
Their eyes gazing 
A captured moment....

That love birds
Gave birth and raised me
Gave endless love and care
Unconditionally
Free of charge...

As I was passing
Their place of rest
My heart sank
I wished I could have done more
I wished I could have given more
But....
Yesterday was long gone
Along with the love birds
Only the memories live on
In my mind
In my heart
Al Fatihah.....


@HT56 Jalan Duku
Muar, Johor.
28.12.2019
1.30pm

Monday, December 16, 2019

Nilai airmataku.........



Hanya yang teristimewa
 dapat merasakannya.
Hanya disaat-saat tertentu sahaja
 kau bisa melihatnya.
Jiwaku kecil
Aku insan kerdil.
Sedikit kekasaran aku mudah terkucil.
Namun....bukan air mataku.
Aku bukan kememeh, ngembeng atau cengeng
tidak seperti orang lain 
air mataku ini sangat mahal
amat bernilai.
Berbanggalah jika aku menangis 
kernamu....
dan untukmu 
tetapi......ingatlah...
airmata yang menitis itu jatuh.....
dengan rasa sedih dan kesal
seiring dengan doa buatmu.
Namun, 
takutilah kamu.
Kerana derainya airmataku berserta
sumpahanku....
Aku tidak menangis buta
Aku tdak menangis tuli.
Bila perasaan terusik,
hati nulari merintih sedih...
dirobek
dihinjak
bak di siat-siat dan di carik-carik...
Jantung berdegup laju...
dab dub dab dub dab dub
fikiran melayang
 nun jauh melayang
mengenangkan masa silam
memikirkan masa hadapan
disulami dengan fikiran yang kusut
maka ketika tulah 
aku kan menangis
Namun
Aku bukan pendendam....
Setiap malam kau kumaafkan.
Itulah nilai airmataku......

Friday, December 13, 2019

Secangkir pilu menusuk kalbu



Namanya,
 melambangkan bangsaku.
Lahirnya lebih awal dari kemerdekaan,
29 haribulan Mei 1939.
Melaluinya, 
kita dikhabarkan berita dan cerita semasa
di dalam dan luar negara.
Melaluinya,
kita diberi pendidikan Bahasa Jawi.
Melaluinya,
 ramai yang boleh berkarya
dengan menulis cerpen, sajak, puisi 
pantun dan seloka.
Melaluinya,
kita mendapat berita hiburan,
berita sukan
ekonomi dan politik.
Bertapa dia menjadi kuda tunggangan politik
selamat bertahun lamanya.
Melaluinya,
ramai yang dapat menyara keluarga 
dengan bekerja keras, ikhlas, bangga 
dan dengan penuh rasa tanggungjawab
terhadap
 Agama, Bangsa dan Negara 
Bertapa banyaknya jasa kepada kita.
Namun, 
tiada yang kekal selamanya.
Rabu, 9 haribulan Oktober 2019,
Utusan Melayu terpaksa melabuhkan sauhnya.
Maka berakhirlah satu episod yang panjang 
setia ia berkhidmat kepada 
negara tercinta.
Akhirnya kau pergi jua.......
Semalam,
bilaku melawat kilangnya di Taman Shamelin,
menyaksikan hari-hari akhirnya,
hatiku menjadi sayu dan pilu.
Sedih melihat proses pemergiannya,
Sedih mengenang nasibnya,
Sedih memikirkan pengorbanannya,
Sedih memikirkan warganya.
Maka terkuburlah sebuah institusi
yang sinonim dengan bangsaku Melayu
Wahai Utusan Melayu,
kau
 sentiasa dalam ingatanku...








 Selamat Tinggal rakan sepejabatku......
.beginilah nasib 800 orang warga Utusan Melayu.





Tuesday, December 3, 2019

Insan istiewaku....



Dia...insan istimewa
Dia bukan saudara
Bukan sekadar sahabat
Tetapi dia......ibarat Adik!
Kami berlainan keturunan
Berlainan susur galur
Tiada kena mengena
TETAPI
Bagiku
Dia.....insan istimewa

Sentiasa memberi masa untukku
Sentiasa sedia membantuku
Sentiasa ceria bersamaku
Menyayangi anak cucuku
Dia...insan istimewa

Dialah segalanya
Dalam susah senangku
Dalam tangis tawaku
Ketika nun aku di atas
Dan ketika aku jatuh terjelepok
Hampir berputus asa
Dia sentiasa disisiku
Melindungiku
Pembakar semangatku
Dia...insan istimewaku
Selamanya
Dia istimewa di hatiku

Tak termampu aku membalas budimu
Namun, kau sentiasa dalam doaku
Semoga kau kekal istimewa di hatiku......