Monday, June 7, 2010

Semalam bersama anak-anak Tahfiz

Kefahamanku tentang jihad dahulu sangatlah cetek. Bagiku berjihad hanya bagi mereka yangberperang menegakkan agama Islam. Luas dari itu maksudnya. Segala apa usaha yang kita lakukan untuk agama kita samada dalam bentuk fizikal atau mental sekali pun, itu adalah jihad.

Pada 5 dan 6 Jun baru-baru ini, setelah berbulan-bulan merancang, Nur Sahabat akhirnya dapat juga membawa 111 anak-anak dari Maahad Tahfiz Wal Qiraat , Jeram mengikuti satu program Motivasi di Pantai Remis, Selangor. 57 anak perempuan dan 54 lelaki. 8 orang guru turut serta dalam kem motovasi ini yang kami namakan "I want to be a successful Hafiz and Hafiza". Tarikh itu sengaja dipilih kerana ia adalah permulaan cuti persekolahan.

Tan Sri Abdul Aziz bin Yusof, Pengerusi SPRM telah bermurah hati meluangkan masa merasmikan program ini. Antara isi ucapan beliau ialah untuk melihat potensi diri masing-masing dan sentiasa bersikap positif serta bekerja keras untuk mencapai cita-cita. Anak-anak juga diberi peringatan bahawa setakat menjadi Hafi z sahaja tidak akan mencukupi untuk mengharungi hidup di masa depan kerana dunia kini kian mencabar. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tan Sri.
Permainan dalaman dan luaran di jalankan sepenuhnya oleh Hikers Climbers. Permainan-permainan yang disediakan sagat mencabar minda dan anak-anak diminta bekerja dalam kumpulan. Setiap kumpulan punya ketua masing-masing. Anak-anak lelaki dan perempuan diasingkan dalam semua aktiviti suoaya tidak melanggar tatasusila mereka sebagai pelajar Tahfiz. Namun, sebagai remaja normal, mereka sangat teruja dengan permainan-permainan tersebut. Tahniah Hikers Climbers yang diketuai oleh Abang Apit dan terima kasih atas sumbangan tenaga kalian menjayakan program ini.

Anak lelaki di tempatkan di dorm dan anak perempuan di unit apartment. Sepanjang dua hari satu malam di sana, anak-anak diberi 7 kali makan. Wow...dan lauk pauk yang disediakan sangat sedap khasnya Sambal Belacannya yang meletup tuuu. Terima kasih kepada Datin Shima dan Datuk Hanif sebagai tuanpunya pusat latihan Warisan Sembilang dan Efa pekerja mereka kerana berjaya membuat kami semua rasa selesa dan kenyang!

Anak-anak angkatku Syed Naquib dan Haidar Ihsan turut menyumbang tenaga mereka dengan menceritakan pengalaman mereka sebagai pelajar tahfiz di South Africa sejak berumur 13 tahun dan ketika itu sudah pun berjaya menghafaz 22 Juzuk! MasyaAllah! Kini Naquib bekerja dengan abangnya dan baru saja berumahtangga dan Haidar meneruskan pelajarannya di UIA. Oleh kerana mereka kurang fasih dalam Bahasa Melayu maka suamiku menterjemahkan isi penyampaian mereka malam itu. Antara yang dinasihatkan mereka ialah untuk terus menghafaz dan tanam dalam diri mereka untuk menjadi Hafiz dan Hafiza yang berjaya. Untuk itu, anak-anak tahfiz diingatkan supaya fasih dalam bahasa Inggeris juga.

Harapan Nur Sahabat agar program ini dapat menyedarkan anak-anak tahfiz bahawa dunia sebagai seorang Hafiz dan Hafiza tidak sesempit yang kita fikirkan. Tidak semestinya apabila habis belajar nanti, mereka hanya boleh jadi Iman, Kadhi, Pensyarah, Guru dan sebagainya sahaja malah menjadi seorang Akauntan, Peguam, Ahli Perniagaan, Ahli Sains, Ahli Ekonomi dan sebagainya. Kita hanya berusaha untuk membantu anak-anak ini memajukan diri. Daripada memberi mereka wang dan pakaian yang lazim diberikan kepada mereka, kami berikan mereka permainan untuk menjana minda mereka menjadi orang yang lebih posiitif. Ibarat kata Confucious...Kalau kita berikan Ikan, dia akan kenyang sahaja tetapi jika kita memberi dia joran, makan dia akan menangkap ikan selamanya....

Tuesday, June 1, 2010

No....no...no....Don't die...don't die!

No...no...no...Don't die...don't die......you will never forget this film because of this line......so short but so meaningful.

It's a film about a man with Autistic Disorder. This film is directed by Karan Johar and produced by Gauri Khan. Shahrukh Khan and Kajol were reunited in this beautiful film after nine years. Their last film together was Kabhi Khushi Kabhie Gham which was a heat in 2001!! ( Check this out in Wikipedia)

I was in a bus ride towards Pangkor Island when this film was played on screen. I'm not a Hindustani film die hard fan but I was so engrossed watching this particular one. As usual, they used beautiful dialogues and every word touched your heart. Hindustani films are well known of their good looking actor and actress who kept on changing clothings, picturesque scenary, lots and lots of songs and dancing and not to forget...the train!!! But not in this film....absolutely different. It focused on the dialogues and the character building especially by the leading actor, Sharukh Khan. It's all about hope, happiness and humanity. This story told us about the world and how people look into a religion in a very narrow minded way . How sad.....We should always believe that no religion in this world teach us to be a bad person....NONE!!

My name is Khan lasted for 161 minutes. Now I know another way of killing time is by watching a Hindustani film! Those who haven't watch this film, do it soonest. It's worth watching. I should thank Lia from MERS for buying the original ( with the inverted comma "....") VCD....hahhahahha.

Saturday, May 29, 2010

...A tribute to MERS...

GEMURUH
Nyanyian: Faizal Tahir

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

Thursday, May 27, 2010

Never say No.....


Being a full time housewife doesn't stop me from enjoying my life and having a time for myself and doing things that I like. For as long as you know who you are, behave accordingly, be nice to everybody, nothing can ever stop you from doing things that you like. I was working before for so many years and attended many courses and trainings indoors and outdoors....but that was 24 years ago! I even conducted trainings for my fellow teachers and felt good when everyone enjoyed themselves. Well, what more can you ask. Money can never buy satisfaction!


I just came back from Pulau Pangkor for a 3 days 2 nights away from my regimented life. A time for myself solely! Yeehah!! I was invited by a dear friend, happen to be my next door neighbour, happen to be heading 230 staffs in MERS to her Team Building program. It scared me the first time she told me last month at one of our G15 gathering. My roomate aka my husband encouraged me to go but something in me made me delayed.


Just a week before the date, Rozi reminded me again. This time, I was very sure of going. Sooff we go to Pulau Pangkor. We started our journey with 77 others by two buses. It was wonderful trip because along the way we watched Hindustani film..My Name is Khan! My last visit to this island was in 2003 with my family and on a Chinese New Year break. Everything was not in order and we sort of did not really enjoy ourselves. Very frustrating! But now, with the new jetty and new system, I felt great!


The ferry dropped us at the Pangkor Jetty, also very new and vans were already there waiting to take us to Teluk Nipah. I fell in love with the beach and the scenery...BEAUTIFUL!!! Lots and lots of activities and skills taught in this program. I did most of it and the two I liked most was the Kayaking and the Absailing. It was my first time. Both challenged my mental and physical and when I got through it, I knew that nothing can come in between me. I overcame my fear and I'm much a stronger and more confident person.
I would like to thank Rozi and her staffs for welcoming me and accepting me as their guest. I made a whole bunch of new friends and hope our friendship will stay forever. I would like to congratulate each and everyone of them for their courage and good team work in reaching their goals. At the end of the program I can see that MERS are one. They think and work as one. May MERS grow and prosper. Thank you all....

Monday, May 24, 2010

For All We Know (By Rod Stewart)

A beautiful song written long ago , as early as 1930's and sung by the late Nat King Cole. Many singers sang this number but the one I like most is by my forever favourite singer, the husky voice, Rod Stewart! The lyric is so simple but very meaningful. Just listen to the song and close your eyes. Very touching!

FOR ALL WE KNOW....by Rod Stewart

For all we know, we may never meet again
Before you go, make this moment sweet again
We won't say 'good night' until the last minute
I'll hold out my hand and my heart will be in it


For all we know, this may only be a dream
We come and go, like a ripple on a stream
So love me tonight, tomorrow was made for some
Tomorrow may never come, for all we know

So love me tonight, tomorrow was made for some
Tomorrow may never come, for all we know....

Saturday, May 22, 2010

Selamat hari jadi "LeeMa"


Dua sahabat menyambut hari jadi mereka hari ini bersama 18 orang sahabat mereka di Red Box Sunway Pyramid dari jam 11 pagi hingga ke 3 petang! Kalau diikutkan memanglah lama tetapi masa sangat mencemburui kami apabila kami bersama. Empat jam tu terasa sangat singkat....sangat singkat.

Bila bersama sahabat, hati yang gusar, jiwa yang tertekan, minda yang sakit, duit yang kurang dan sebagainya langsung boleh luput entah ke mana dan dengan kadar segera! Vanish in thin air!! Itulah yang berlaku kapada kami! Seringkali bila kami mendapat berita sahabat yang dalam kegusaran, maka satu mesyuarat tingkap akan diadakan dan berakhir dengan pergi minum-minum bersama. Kami ada kedai kopi tertentu dan ada sudut favourite kami. Tiada seorang pun yang akan menyentuh akan problem sahabat itu kecuali dimulakan sendiri. Kemudian barulah kami memberi pendapat dan buah fikiran but never expect her to follow. Itu penting kerana mungkin pendapat kita tidak sepadan dengan sifat masalahnya ketika itu. Tetapi yang penting, apabila sudah terluah keluar masalah yang dipikul , leganya tidak terkira. Tetapi, jika tiada luahan perasaan sekalipun, bila melihat gelagat dan kelucuan para sahabat, pasti jiwa akan terubat juga! Pendekata ketawa dan menangis bersama...That is the power of friendship!

Well, not eveyone think alike and act alike. To have a group of people to agree with you, love you, be your ears, fight for you, defend you and so on is not easy. Why did I say so? Lots of sacrifices needed from each and every one of us. Understanding one another's feeling is the most important. We have to know one's character before judging of certain behaviour, may it be in action or words. Once you understand your friend, then you'll find a different feeling in that friendship...trust me!!

Aku bersyukur kerana di anugerah dengan sekumpulan wanita yang terdiri dari anak dara, ibu dan juga nenek yang aku dengan bangga dan tabik dada memanggil mereka sebagai sahabat. Rain or shine they will always make themselves available when help is needed. Bertapa nikmat hidup ini apabila kita dianugerahkan sahabat sedemikian. Alhamdulillah.

Thursday, May 20, 2010

Pujian.......nikmat rupanya!

Setiap pagi selepas solat Subuh, tugas pertama suamiku ialah membaca akhbar online. Kemudian dia akan buka laman blog aku. Setiap kali dia selesai membaca, pasti ada komen secara verbal samada hasil nukilanku itu baik, berkesan atau perlu diperbaiki. Editolah kononnya. Tetapi sebenarnya, untuk menulis dalam blog adalah satu perkara yang sangat sensitif. Kita sangka kita boleh menulis sewenang-wenangnya mengikut citarasa kita tanpa memperdulikan orang yang membaca....tetapi ternyata salah. Kita perlu menulis dengan penuh berhati-hati supaya isu yang digemburkan itu tidak menyebabkan orang marah....untuk itu, aku elakkan dari menulis nama kecuali nama ahli keluarga sendiri atau teman rapat yang memahami dan mengenali diriku.

Dalam hal ini, akulah manusia paling bertuah kerana mempunyai editor sendiri yang akan menegur aku jika terdapat kesilapan ...contohnya ejaan yang tak betul, lenggok bahasa yang tidak sesuai dan sebagainya. Suamiku begitu cerewet sehinggalan setelah aku poskan blog dan di dapati ada kesilapan, terus disuruhnya aku edit. Tetapi, kecerewetannya itulah yang banyak mengajar aku menjadi lebih dewasa dan lebih matang dalam penulisan mahupun dalam kehidupan harianku. Selalu dianjurkan kata-kata hikmat seperti ... Biasakan yang BETUL dan Betulkan yang BIASA....Bila aku dalami maksudnya, barulah kutahu bahawa kita sentiasa membuat perkara yang biasa kita lihat dan jadi ikutan walaupun perbuatan itu salah. Oleh itu kita perlu membetulkan perkara salah yang biasa kita lakukan itu dan setelah itu kita biasakanlah diri kita dengan perkara yang betul.

Tapi bukan teguran sahaja yang suamiku beri malah jika hasil tulisan itu baik, beliau akan memuji dengan seikhlas hati. Sebenarnya, pujian sedikit dari suami sangat-sangat diharapkan oleh mana-mana isteri. Pagi hari dipuji suami akan menyebabkan sepanjang hari isteri itu tersenyum. Bak kata dalam Bahasa Inggeris...You make my day!! Hahahahhaha......aku bahagia!

Untuk menimba ilmu kita mesti ikhlas dalam memberi dan menerima. Kita mesti memberi yang terbaik dari hati dan jiwa kita semasa menulis dan bersedia menerima teguran dari sesiapa pun. Dalam hal ini, terim kasih ku ucapkan kepada editorku iatu suamiku atas segala panduan yang diberi tanpa bosan.......

Wednesday, May 19, 2010

Menonton Wayang.....


Tepat jam 6 petang tadi, suamiku menelefonku. Katanya malam ni ada jemputan untuk menonton wayang bersama 2 pasangan lagi. Bila ditanya, ceritanya iala Robin Hood....filem baru tu.

Setelah selesai solat Maghrib berjemaah bersama suamiku, kami pun ke panggung wayang di bangunan Tropicana City di Damansara. Nasib baik Wak Jamal masih belum pulang dan menghantar kami ke destinasi yang dimaksudkan. Cuma 2 pasangan yang dapat hadir kerana Nora punya anak kecil untuk dihantar pergi tuisyen.

Tepat jam 8.20 malam kami dibawa masuk ke panggung wayang. bertih jagung, Coke dan air kosong menjadi bekalan kami. Wayang pun dimulakan. Panggung itu tidak ramai penontonnya, sekitar 30 orang sahaja. Kenapa? Mungkin cerita jenis ini tak ramai yang meminatinya atau mungkin sudah seminggu ditayangkan... tapi aku suka. Pelakon utamanya ialah Russel Crowe....(mmmm gantangnya) dan Kate Blanchett. Berbeza dari lakonan Kevin Costner(mmmmmm kacaknya) dan Mary Elizabeth Mastrantonio pada tahun 1991. Jalan ceritanya juga berbeza. Kevin Costner membawa watak Robin Hood sesudah menjadi wira orang miskin dengan merompak dan membahagi harta benda Raja England dan orang Bangsawan Inggeris dengan sama rata. Tetapi lakonan Russel Crowe pula mengisahkan Robin Longstride seorang askar Inggeris yang berperang mati-matian untuk Rajanya. Beliau berjuang sejak dari Perang Salib dan menentang orang Peranchis tetapi diberi ganjaran yang tidak setimpal, hanya mengikut arahan malah dihukum dengaan cara yang tidak adil kerana berkata benar. Robin dan beberapa orang sahabat karibnya dilabel sebagi "outlaw" dan sesiapa yang berhubung dengan mereka akan dihukum. Itulah permulaannya Robin berkampung di dalam hutan.

Ceritanya memperkenalkan kepada kita akan watak-watak penting dalan cerita Robin Hood yang kita tahu iaitu seperti Friar Tuck seorang paderi yang berfikiran terbuka lagi lucu, Little John sahabat karib Robin, Sir Walter Locksley sibuta yang kematian anaknya yang bernama Robert dan Lady Marion cinta hati Robin. Pendek kata, cerita wayang ini ialah seperti pembikinan cerita Robin Hood yang kita pernah tahu tetapi memaparkan bahagian yang kita tidak tahu.

Namun, apa juga cerita wayang yang kita tonton hasil dari Hollywood seolah-olah nampak sangat realistik. Letupan, pembakaran, gegaran, peperangan, seram, tembakan dan sebagainya seperti benar-benar berlaku. Kadang-kadang, kita sama-sama menjerit seolah-olah ia benar-benar berlaku.....tetapi sebenarnya teknik pergambaran mereka itu yang membezakan segalanya.

Tidak adil sama sekali jika kita membandingkan filem kita dengan mereka...tak akan mampu kita menandingi mereka. Satu perkara yang harus kita ingat dalam kepala kita ialah apabila barat sudah mula menggunakan keretapi bawah tanah(underground train) pada tahun 1863 dan kita masih lagi menggunakan keris untuk mempertahankan diri! Bayangkanlah bertapa kedepannya mereka dari segi teknologi berbanding kita. Syukurlah dengan unsur kemodenan yang kita alami sekarang.

Terima kasih kepada kerajaan kita yang memberi kita peluang mencari ilmu di merata dunia dan membuka mata dan minda kita semua untuk melihat kemajuan orang dan kita bawa balik ke negara kita. Malaysia adalah sebuah negara yang jauh maju berbanding dengan negara jiran yang sewaktu dengannya. Percayalah!

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru....

Selamat Hari Guru aku ucapkan kepada semua guru yang aku kenal dan tidak kenal....janji cikgu!

Tarikh 16hb Mei adalah satu hari yang amat dinantikan oleh semua orang tidak mengira bangsa mahupun usia. Tarikh keramat itu adalah tarikh sambutan Hari Guru! Tidak kira siapa kita, dimana kita berada, berapa bayak harta kita, miskin atau kaya, susah atau senang, baik atau jahat...kita semua pernah berguru! Kita mula kenal manusia lain yang menyayangi kita dan merupkan tempat kita mengadu seperti ibu bapa kita setelah kita masuk hari pertama ke sekolah samada tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej dan universiti...orang itu ialah guru kita.

Guru adalah satu profesyen yang sangat unik. Perlu banyak ilmu pengetahuan am yang tinggi, perlu pengorbanan dari segi masa dan tenaga, perlu banyak bersabar, rajin dan tidak berkira,tegas dalam berbicara, bijak dalam mengendalikan suasana dan petah berkata-kata. Jika sesorang guru itu berperibadi sebegitu, itulah guru yang paling berjaya. Dalam profesyen ini, tidak ada menjanjikan pulangan wang yang banyak. Bagiku, sebanyak mana
pun gaji yang diberi kepada guru, tidak dapat membalas jasa mereka. Yang ada pada seseorang guru di hujung hari ialah kepuasan hati iaitu apabila pengajarannya dapat difahami oleh anak didiknya.

Namun, pekerjaan ini kini manjadi kian mencabar. Guru tidak boleh berpandu kepada buku teks sahaja dalam menyampaikan ilmu malah perlu lebih dari itu. Yang pasti guru mestilah banyak membaca dari akhbar, novel, majalah, internet dan sebagainya. Ini adalah kerana kanak-kanak zaman sekarang sangat bijak dan banyak membaca. Mereka mendapat sumber ilmu dari pelbagai cara termasuklah pergaulan mereka dengan dunia luar, melalui internet dan sebagainya.

Namun bagiku ilmu yang sebenarnya yang mereka dapat ialah dai guru mereka di bilik darjah. Dalam agama kita pun berkata, mencari ilmu mestilah berguru. Begitulah murninya nilai profesyen ini di mata Allah. Ilmu yang dimaksudkan bukan hanya ilmu agama malah segala jenis ilmu yang memberi faedah kepada semua walaupun hanya mengajar membuat sambal tumis! Pahala menanti dan diberi setiap kalai orang yang diajar itu menggunakan ilmu tersebut!

SELAMAT HARI GURU, CIKGU.....JASAMU AKAN DIKENANG SELAMANYA!!!!

Wednesday, May 12, 2010

Masih hebat dan tetap menggigit......

Keputusan untuk menonton Tafsiran Budiman adalah perkara yang terbaik aku dan suami lakukan semalam. Untuk mendapatkan tiketnya bukanlah satu perkara yang mudah. Semasa minum petang bersama jiranku Nora, suamiku bertanyakan tentang tiketnya....mana nak aku gagaunya? Mendengarkan bicaraku berkenaan tiket, Nora langsung membuat satu panggilan telefon. Kepada siapa ..aku tak tahu tetapi berkisarkan tiket!!!Wow! Saudara kepada Nora , Mumu, mendapatkan 2 tiket untukku dan berharga RM180.00 seorang. Mak ooooi......tapi oleh kerana minat punya pasal, aku kuatkan juga...

Kali pertama ke Dewan Philharmonic KLCC adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dan penuh dengan tandatanya. Ke mana arah tujuan, kami ikut saja haluan. Alhamdulillah sempat sampai jam 8.23 malam. Kami terus masuk ke dalam dewan dan menuju tempat duduk. Terima kasih kepada Mumu yang telah memberi kami tempat duduk yang sangat baik(N20 dan N21.....lain kali bagi kami yang sama juga ya!)....paling hujung dan tiada orang di hadapan kami.

Tepat jam 8.30, persembahan dimulakan. Keluarlah Ramli Sarip dan disambut dengan sorakan dan tepukan yang gmuruh dari semua penonton. Beliau memulakan persembahan dengan beberapa buah lagu hitsnya. Setiap kali lepas menyanyi, penonton bersorak lagi. Penonton yang mula duduk dengan penuh bergaya akhirnya tidak tertahan lagi . Bermula dengan gerakan tangan dan kemudian anggukan kepala dan akhirnya kaki pun bergoyang.
Aku boleh ketakan yang setiap kali menyanyi, Ramli Sarip menghayati sertiap bait dan patah perkataan dengan sepenuh jiwanya. Aku merasakan seolah-olah beliau sedang bercerita denganku, Walaupun lagu Rock tetapi ia berkisarkan jiwa dan ketuhanan. Sekali imbas, kita akan menyangka yang penyanyi itu seorang ganas tetapi sebenarnya dia adalah manusia yang berjiwa halus, lucu dan bersahaja. Ada beberapa kali beliau menceritakan tentang zaman silamnya dan ketahuilah bahawa ada kalanya tidak tidur sehingga awal pagi untuk menyiapkan sebuah lagu. Contohnya lagu
Ku Di halaman Rindu untuk Kumpulan Sweet Charity yang mana Ramli Sarip adalah merupakan ahli kumpulan tersebut.

Penyanyi undangan beliau ialah Misya Omar. Telingku sudah biasa dengan nyanyian duet Ramli Sarip dengan Datuk Khatijah Ibrahim. Jadi aku dapati suara Misya tidak ngam dengan suara serak Ramli . Namun apabila Misya membawa lagu Istilah Bercinta , jiwaku tersentuh. Aku lebih kurang tahu akan kisah tragis dalam pembikinan lagu tersebut. Memang aku sedih membayangkan cerita disebalik lagu tersebut. Tahniah aku ucapkan.

Ramli Sarip meneruskan persembahan demi persembahan dan setiap lagu nyanyiannya akan diiringi oleh peminatnya dengan penuh perasaan. Ada kalnya disuruh pemuzik memperlahankan muzik supaya suara penonton akan le bih jelas lagi. Aku kagum dengan persembahan Ramli malam itu kerana beliau hanya menyanyikan lagu Melayu sahaja. Jiwanya sangat sensitif kepada bahasa bangsanya sendiri. Sungguh mendalam kasihnya kepada bahasa Melayu. Aku mesti tabik spring pada Ramli bila aku jumpanya nanti. Sebenarnya, beliau adalah teman keluargaku. Sudah lama kami mengenali beliau dan kami bertambah rapat apabila beliau membuat persembahan semasa hari persandingan anak sulong kami Hana dan Asim. itu adalah kenangan yang tidak mungkin kami boleh lupakan. Kami sekeluarga menyanyi lagu Nyanyian Serambi bersama beliau ketika itu! Kini Hana sudah pun menjadi seorang ibu kepada A'mmar(18 bulan) dan penyanyi tersebut membahasakan dirinya sebagai Tok Mok kepada cucuku!

Sepatutnya jangkamasa persembahan ialah selama 2 jam tetapi sebagai seorang penghibur yang menghormati peminatnya,beliau lanjutkan sehingga 2jam setengah!
Bila aku lihat disekeliling, aku dapati penonton yang hadir terdiri dari pelbagai bangsa dan umur!
Di penghujung persembahan, antara lagu yang menjadi kegilaan ramai ialah Doa buat kekasih, Kamalia dan Teratai. Gamat dewan dengan ikutan nyanyian persembahan penyanyi tersebut.
Ramai rakan artis yang hadir pada malam itu dan semua kelihatan seronok. Yang aku perasan ialah Datuk Sharifah Aini, Adibah Nor dan ramai lagi. Komposer Ramli MS juga dikatakan ada. Sememangnya Ramli Sarip tidak pernah menghampakan dalam memberi persembahan yang baik. Kami berlagak sealah-olah tidak pernah cukup dengan persembahan beliau. Sungguh menghiburkan! Dalam usia 58tahun, aku kira Ramli Sarip memang seorang penghibur yang hebat dan bagiku tiada lain yang sepertinya. Beliau mempunyai stamina untuk membuat persembahan terus menerus sepanjang masa .Beliau adalah dalam kelas yang tersendiri. Beliau tidak perlu penari latar atau penyanyi jemputan yang ramai. Yang jelas ialah keikhlasan beliau meyampaikan mesej dakwah melalui lagu-lagu dendangannya dengan sepenuh hati menjiwainya dan bersuara serak-serak basahnya yang sungguh unik.

Tahniah yang tidak terhingga kepada Ramli Sarip atas kejayaannya. Bagiku kau Masih Hebat dan Tetap Menggigit!!

Istilah Bercinta

Kau kata kau cinta
Kau kata kau sayang
Kini entah di mana
Tiada lagi kemesraan

Kau kata setia
Hanya aku saja
Tapi hilang ke mana
Tiada lagi kenangan

Ku tabahkan hati
Ku genggam azimat
Untuk ku balut luka semakin mendalam
Biarku hadapi walaupun tergugat
Akan ku benamkan biar jadi debu

Kini ku mengerti
Istilah sebenar
Di dalam bercinta
Tiada kepastian
Tiada penentuan
Akan kebahagiaan
Semua percintaan
Haruslah berkorban
Tiada batasan