Friday, May 15, 2009

Semakin susut......

Petang tadi anakku Azman meminta kami menghantar sedikit wang belanja to last him until his holiday back home on the 26/6/09. Bila anak sebut saja minta duit belanja, ibubapa tak pernah nak berfikir panjang. Terus kami berdua bergegas ke bank untuk tujuan pengeluaran dan penghantaran wang. Dalam benak fikiran kami memikirkan yang what will happen if he is out of cash, alone and so far away....itulah ibubapa, never think twice to send the money! As I've written before...anak itu adalah amanah Allah pada kita. Selagi ada kita belanjakanlah untuk anak-anak kita. Insyaallah, semoga rezeki yang ada ini akan keberkahan dari Allah.

Semasa dalam bank, kami melihat orang yang sebelum kami menyimpan wang dengan satu jumlah yang banyak. Terfikir oleh kami...kita ni asal ke bank bukan masukkan tapi asyik mengeluarkan wang saja. Manakan nak tambahnya sebab kedua-dua kami tidak lagi bekerja. Makan duit simpanan ajelah. No complaints. Kami tetap bersyukur kerana masih punya sedikit simpanan untuk masa tua kami. Benar-benmar kami bersyukur.

Suamiku kata setiap kali ke bank keluarkan duit , bukan duit saja yang susut tetapi umur kami pun susut sehari juga. Jadi, mengapa harus takut kalau kita keluarkan duit kerana bila kita tiada lagi di dunia ini, duit tu bukan boleh kita bawak bersama ke dalam kubur........semuanya tinggal kecuali amal ibadah kita, sedekah jariah kita dan mengharapkan doa dari anak-anak kita yang soleh. Oleh itu, selain dari pendidikan duniawi yang kita sediakan untuk anak-anak kita, jangan sekali-kali kita abaikan pendidikan akhirat untuk mereka. Aku sekadar mengingatkan diriku sendiri dan ingin berkongsi bersama semua. Semoga Allah menunjukkan kita jalan yang lurus...Insyaallah.

2 comments:

  1. ape lagi, SPEND LA DUIT TU UNTUK ANAK CUCU PI JALAN JALAN...JOMMMMMMMMMMMM...

    mak ayah sentiasa dalam doa kami...insyAllah Allah tu sayang kat kite semua...masih banyak perlu kami belajar dari mak ayah and masih BANYAK DUIT MAK AYAH YANG KAMI KENE HABIS KAN...

    hhahahahaha!!!!!!!!!!

    i love you Mak...

    TAK YAH NAK EMO EMO...ZESSS KANG..HAHAHA

    ReplyDelete
  2. budak niii, aku serious tau!!!! Ni kenyataan bukan ikut perasaan....nakal betul anak aku ni.

    ReplyDelete