Setiap cuti sekolah, memang tak ada harapan nak buat rancangan ke mana-mana kerana perlu memenuhi jemputan pertunangan, pernikahan dan majlis persandingan anak-anak sahabat. Biasalah. Dulu masa majlis kita, kita berdoa pagi, petang , siang dan malaam memohon pada Allah supaya terbukalah pintu hati para sahabat untuk menghadiri majlis kita. Hah..kini, tibalah giliran kita pulak. Sepatutnya bersyukur yang masih ada orang lagi yang mengingati kita.
Perkahwinan anak saudara sendiri memang tak dapat di elakkan lagi. Syukur, aku gembira dan lega yang anak saudaralku sebelah suamiku akan mendirikan rumahtangganya esok. Umurnya sebaya dengan anak sulongku Hana. Semasa kecil mandi bogel bersama...comelnya masa tu.....Bila terkenangkan zaman kanak-kanak mereka, tergenang airmataku. Bukan sedih tapi gembira kerana dapat melihat mereka berjaya dan punya kehidupan sendiri. Berbahagialah kamu semua hendaknya.
Birasku Noraini.
Aku memang kagum dengan kekuatan dan ketabahan hati birasku ini. Walaupun kurang bercakap tapi tanggungjawabnya pasti beres. Aku berharap agar-anak-anaknya akan dapat membalas budi ibu mereka yang telah banyak berkorban untuk mereka. Allah sahajalah yang tahu bagaimana susahnya dia mengendalikan keluarganya. Pelbagai rintangan dan ranjau berduri terpaksa diharunginya tetapi di berjaya. Alhamduliullah.
SiIbui seorang yang sangat kreatif...memang sejak dari dulu lagi. Bangga aku lihat hasil kerjatangannya menghias dulang hantaran, menghias bilik pengantin dan sebagainya. Memang dia punya tahap kesabaran yang sangat tinggi. Tahniah aku ucapkan kepadanya. Aku berdoa agar majlis pernikahan , majlis beerinai dan majlis persandingan yang dirancangkannya sekeluarga akan berjalan dengan licin.
No comments:
Post a Comment