Sejak seminggu lepas, selang semalam aku dah suami mengulang-alik ke rumah birasku di Kuala Kubu Baru. Bukannya untuk apa tapi sekadar ingin menghulurkan sedikit bantuan meringankan kerja-kerja yang remeh temeh yang masih berbaki sebelum tibanya hari yang penting .
Kusyuk pengantin perempuan mendengar kutbah nikah.
Tiap kali kami ke sana, pasti kan terus ke Tanjung Malim untuk membawa ibu mertuaku dan kakak iparku bersama.Orang tua sentiasa akan merasa risau selagi majlis belum selesai. Oleh kerana keluarga KKB tidak berayah lagi, ibu mertuaku sentiasa risaukan mereka. Bukannya tak percayakan menantunya tetapi lebih pada kesihankannya. Aku sangat memahami jiwa dan perasaan ibu mertuaku. Arwah Shahruddin adalah anak yang sangat baik, sopan dan sentiasa mengiyakan kata-kata ibunya. Tidak pernah aku mendengar dia membantah. Ketika Allah memanggilnya pulang, semangat ibunya hancur berkecai. Not that she doesn't love the others but she love him more!! Biasalah dalam keluarga, pasti ada perasaan sayang lebih sikit pada seorang dari anak-anaknya....very normal especially when you have many children. Nasib baik aku ada dua saja. Seorang sulong dan seorang bongsu!!Semalam, sebagaimana yang dijanjikan kami beramai-ramai berkumpul di KKB. Cuaca sangat panas. Bahangnya terasa sampai ke dalam rumah tapi para tetamu sangat sabar menanti sehingga selesai majlis pernikahan. Nasib baik bilik pengantin ada penghawa dingin. Dari awal lagi aku dah cop tempat di situ...hahahaha tak malu betul! Bila aku lihat wajahnya, aku terpaku dan terpegun. Cantiknya Faezah. The makeup makes her look so beautiful. I'm so happy for her. Salute to the makeup artist Yus. She did very well.
Segala perjanjian kini termaktub. Faezah sah menjadi isteri Amir dengan sekali lafaz selepas Asar 06/06/09 . Terasa kesyahduannya walaupun terpaksa berperang dengan bahang panas. Azlan, anak lelaki sulong menjalankan tanggungjawabnya sebagai wali. Ibu mertuaku Hajjah Indun menangis walaupun dia cuba menyembunyikan perasaannya tapi aku tahu. Pasti terkenangkan yang tiada. Selepas itu, pada sebelah malamnya, Majlis Marhaban dan Majlis berinai dijalankan. Pengantin mengenakan pakaian songket berwarna coklat. Ayunya pengantin perempuan dan segaknya pengantin lelaki!
Hari ini 07/06/09 , Majlis persandingannya diadakan di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Baru dengan persepakatan kedua belah keluarga. Meriah majlis ini. Seperti biasa, dalam majlis seperti inilah dapat kita bertemu dengan teman lama dan saudara-mara yang lama terpisah. Dalam kesibukan melayan tetamu, mataku dapat melihat wajah ibu mertuaku dengan linangan airmata yang tidak henti-hentinya. Tak ada hal lainlah tu...mesti teringatkan yang telah tiada. Sedih pulak aku.
Tapi yang paling penting ialah dewan ini ada penghawa dingin dan sitem pembesar suaranya pun sangat jelas. Kami sekeluarga bersyukur kerana majlis berjalan sebagaimana yang telah dirancangkan.Tahniah kepada keluarga KKB. Kami tumpang glamour!!
No comments:
Post a Comment