Hari kedua dimulakan dengan sarapan pagi yang sedap. Pelbagai mjenis makanan disajikan. Semua orang makan sekenyang-kenyangnhya. Tepat jam 9.50pagi semua ahli rombongan berkumpul di lobi untuk dibawa ke jeti.
Aturannya ialah, 3 buah bot akan memuatkan kami yang seramai 28 orang. Mula-mula kami di bawa ke Pulau Herba. Pelbagai jenis pokok herba di tanam dan setiap pokok dilabelkan dengan nama pokok tersebut, nama saintifiknya serta kegunaannya. Kami semua kagum kerana rupa-rupanya sebahagian besar adri pokok hiasan kita adalah herba untuk mengubat pelbagai penyakit. Contoh-contoh pokok hiasan yang dimaksudkana adalahseperti Misai Kucing, Tanduk Rusa,Jarum Tujuh, Senduduk,Kaduk,Sireh dan sebagainya.
Kami dihidangkan dengan air minuman Tongkat Ali untuk lelaki dan Kacip Fatimah dengan Mas Cotek bagi wanita. Yang paling mengagumkan semua ialah cara kedua-dua jenis air itu direbus. Mereka menggunakan cara tradisional ialah penggunaan dapur kayu. Anak-anak gembira apabila diberi peluang menghidupkan api dapur dengan cara meniup melalui corong yang dibuat dari buluh. Seorang demi seorang mencubanya dan ini pengalaman yang pasti tidak akan dapat mereka lupakan.
Selesai lawatan ke Pulau Herba, rombongan dibawa pula menuju ke Air Terjun Saok! Ini sangat mengembirakan semua khasnya anak-anak. Selepas berlabuh di jeti, kami terpaksa mendaki anak tangga yang banyak sekali jumlahnya, tak terkira tetapi yang pasti memendekkan pernafasan kami dan mengejangkan kaki...aduhai tingginya...tetapi semangat tak luntur bila bunyi air terjun seolah-olah memanggil kami.
Berkat usaha dan semangat yang kental, sampai juga kami di Air Terjun Saok...tapi lidah terasa panjang sikitlah..hahahahha. Cantik air terjun ni. Tak terlau besar kawasannya tapi bagi kami yang membawa anak-anak kecil, ini adalah lebih selamat dari Air Terjun Lassir yang pernah aku pergi beberapa bulan yang lepas. Kerana kawasannya yang agak terhad, memudahkan kami memberi tumpuan kepada semua ahli rombongan khasnya anak-anak. Mulanya ramai kaum ibu yang tak mahu berendam bersama, tapi tak tahan juga dengan suara keriangan mereka yang sedang mandi, maka hampir 90 peratus yang masuk ke dalam air akhirnya...godaan, godaan....
Kami habiskan masa selama 30 minit untuk mandi dan selepas itu terus ke bot masing-masing untuk pulang ke bilik untuk urusan makan tengahari dan check out. Semua berjalan dengan baik. Tepat jam 2 petang, kami sudah pun menaiki bas menuju ke Taman Tamaddun Islam sebagai destinasi lawatan kami seterusnya. KAmi dpandu oleh sahabat lamaku Wan Ali dan diiringi oleh anaknya Alia yang berusia 8 tahun.
Selain dari aku dan kakak iparku Shamsiah, ini merupakan kali pertama mereka ke sini. Semua teruja dengan sedikit penerangan yang diberikan. Kami membeli tiket yang murah harganya..RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak dan 55tahun keatas. Kemudian dari harga tiket itu, kita diberi kupon untuk makanan atau minuman sebanyak RM3 seorang. Bila dicongak-congak, berapalah keuntungan yang mereka dapat? Kalau di luar negara tu, pasti jauh lebih mahal! Bagiku, maintanence tempat ini pasti tinggi harganya, dan akau masih kurang faham hingga sekarang.
Perjalanan mengelilingi taman ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara iaitu berjalan kaki, menunggang basikal, menaiki buggy atau menaiki tram. Oleh kerana kami ramai, maka kami menaiki tram. Kami melawat ke 21 bangunan masjid seluruh dunia dari 20 negara yang berasingan. Terdapat tayang video dan pameran artifek di beberapa buah masjid seperti Taj Mahal, Al Hambra, Dome of the Rock dan Masjidil Haram. Penmerangan yang diberi adalah menyeluruh, pendek dan padat. PAra pengunjung dibekalkan sebnaskah passport yang apabila masuk di cop dan bila keluar akan dicop juga seolah-olah kami baru pulang dari luar negara. Sebenarnya passport itu mengandungi maklumat dan fakta tentang masjid yang terdapat di dalam taman tersebut.
Selesai lawqatan itu, kami dibawa olleh Wan Ali ke Seberang Takir pulak untuk melihat dengan mata kepala kami sendiri Stadium Sultan Mizan yang baru-baru ini sebahagian besar atapnya roboh. Menyeramkan pemandangan tersebut. Dimanakah silapnya? Jawaplah sendiri! Kemudia kami terus ke MArang untuk check in di Aruni Semarak Resort. Kami menyewa 3 buah rumah yang mengadungi 4 bilik asing setiap satu. Satu rumah untuk menenempatkan semua anak-anak lelaki dan yang dua buah lagi untuk kaum ibu dan anak-anak perempuan.
Makan malam kami adalah BBQ yang disediakan oleh Encik Faizal. Mewah makanannya termasuklah sotong, ikan, ayam, nasi goreng, mee goreng, sate, air sejuk dan panas. Lengkap hidup kami malam itu. Wan Ali membawa isteri and sebahagian anak-anaknya untuk makan malam bersama kami. Alhamdulillah. Makanan yang lebih kami berikan kepada keluarga Wan untuk dibawa pulang.
Malam sebelum tidur, selesai kami mandi, seperti biasa sessi mengurut badan dijalankan. Seorang demi seorang di urut oleh tukang urut profesional yang kami bawa bersama. Alamak leganyaaaaa........
No comments:
Post a Comment