Selesai sudah musim Haji untuk tahun ini. Alhamdulillah jemaah tahun ini dikurniakan Haji Akhbar kerana Wukuf jatuh pada hari Jumaat. Semoga pekerjaan Haji mereka diterima Allah dan dikurniakan Haji yang mabrur.
Aku dan suami telah menjadi tetamu Allah sebanyak dua kali. Yang pertama pada tahun 1990 iaitu semasa Perang Teluk yang pertama. Ramai jemaah diberitakan menarik diri dari pergi kerana khuatir akan keselamatan mereka. Kami juga dinasihatkan oleh beberapa kenalan supaya menangguhkan pemergian kami tetapi ketika itu jiwa muda kami tetap teguh dan keras. Kami teruskan juga niat kami tanpa rasa takut dan gusar hati.
Anak sulong kami ketika itu berumur 5 1/2 tahun dan masih bersekolah Tadika dan adiknya 2 1/2 tahun. Bayangkanlah bertapa susahnya kami untuk meninggalkan mereka.
Namun aku bersyukur kerana ibu mertuaku dan ipar duaiku khasnya kak ipar, sanggup menjaga anak-anak kami. Ini satu perkara yang harus aku kongsi bersama. semasa anak-anak kita masih kecil, kita mestilah melatih mereka mesra dengan ahli keluarga yang lain supaya apabila kita terpaksa meninggalkan mereka, sekurang-kurangnya mereka tidak merasa sangat akan kehilangan kita. Anak-anak kami selalu ditinggalkan apabila aku dan suami ke luar negara untuk apa tujuan sekali pun. Kakak iparku akan datang dari Tanjung Malim ke rumah kami di Johor Bahru dan menjaga anak-anak kami. Dari segi ini , aku memanglah sangat beruntung! Jadi masalah untuk meninggalkan anak-a nak memang tidak menjadi masalah buat kami. Nasihatku buat semua teman, rajin-rajinlah meninggalkan anak-anak ditangan orang yang rapat. Tidak semestinya ada pertalian saudara, malah dikalangan teman rapat ataupun jiran pun tidak mengapa. Pokoknya kita kena yakin dan percaya kepada mereka untuk menjaga anak-anak kita. Jangan risau kerana Allah akan menjaga mereka! Dengan ketenangan hati itu, InsyaAllah kita akan dapat menjalankan tugas kita dengan lebih khusyuk lagi.
Selama beberapa bulan aku menhadiri kursus Haji berseorangan kerana suamiku sentiasa sibuk dengan urursan kerjanya di pejabat. Apa saja ilmu yang aku perolehi, aku sampaikan kepadanya...maca Ustazahlah pulak! Oleh kerana itu, aku kena beri perhatian yang lebih semasa dalam bilik darjah supaya bila ditanya dapat aku menjawabnya! Ku lihat disekelilingku, majoriti yang datang adalah orang yang sudah berumur malah ada yang kelihatan agak uzur. Timbul kesedihan dalam hatiku memikirkan mereka apabila tiba masa untuk ke Tanah Suci nanti. Namun semua itu bakal terjawab..........
No comments:
Post a Comment