Friday, January 8, 2010

Selesai sudah tugasmu menceriakan hari-hariku......

Kali pertama bertemu ialah pada tahun 2004. Ketika itu kau bersama teman-temanmu sedang berhimpit-himpit dalam kawasan yang sempit.. Aku jadi kasihan. Keadaanmu ketika itu memilukn aku. Sungguh aku kasihan. Tak sampai hati, lalu aku panggil seseorang untuk menyelamatkanmu serta sembilan temanmu yang lain . Aku bawa kau pulang. Aku punya ruang yang luas di rumahku untuk kau dan temanmu hidup senang lenang.

Ternyata kau begitu gembira. Ke sana ke mari kau sentiasa bersama dengan teman-temanmu yang seangkatan. Semua yang melihatmu, kagum dengan kehebatanmu dan ketangkasanmu. Hebat sungguh hebat. Sepanjang kau bersamaku, suasana rumah menjadi riang. Setiap kali ada tetamu, pasti kau jadi tontonan. Terpegun mereka dengan tumbesaranmu....Pergerakanmu yang mundar-mandir dari satu sudut ke satu sudut yang lain menunjukkan bertapa gembiranya kau. Begitu juga dengan teman-temanmu.

Malang tidak berbau. Suatu hari yang aku tidak ingat tarikhnya tapi pasti akan tahunnya iatu 2007, lapan teman-temanmu meninggalkn kita. Entah apa sebabnya, aku sendiri tidak pasti sehingga kini. Runtun semangatku dibuatnya . Sedih usah ditanya lagi. Rasa bersalah di dalam hati tidak terperi. Kasihannya aku melihat keadaan yang menyedihkan dan menyayat hati. Aku tahu kau pun turut sedih. Kau tidak seriang dulu, pergerakanmu perlahan dan tidak lagi laju. Aku terus memujukmu dan kau tidak kesunyian kerana punya teman-teman lain iaitu si Patin, si Sebarau, si Kelah, si Kaloi , si Jelawat dan si Keli Afrika. Mereka semua sangat ramah dan baik hati. Kau kembali berseri.

Tapi kini, aku terpaksa menerima hakikat pemergianmu pula. Wahai si Keli kusayang...kau pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal untuk kami. Sedar-sedar kau sudah tidak bernyawa lagi. Melihat kau terapung dan tidak bergerak lagi membuat hatiku menangis. Bertapa pilunya hatiku wahai si Keliku bila mengenangkan saat kita mula bertemu sehingga saat matimu. Terima kasih kerana membuat aku seisi kelurga gembira semasa hidupmu. Kau membuatkan kami merasa sangat bangga. Aku bersyukur kerana membawa kau pulang dari Pasaraya Makro dalam keadaan berhimpit-himpit di dalam balang kaca menanti saat kematian yang menyeksakan. Aku gembira melihat pembesaranmu yang menakjubkan. Seingatku, semasa mula aku bawa kau pulang, panjangmu kurang dari satu kaki tetapi pada hari kami menanammu, ukuran panjangmu melebihi tiga kaki!!! Kau adalah yang terbesar di dalam kolam itu.

Kini kau kami semadikan di kebun sayur-sayuranku di hadapan rumah. Pokoknya kau masih dekat denganku dan dalam masa yang sama kau membantuku membaja pokok sayur-sayuranku. Insyaallah. Berehatlah kau wahai si Keli. Kau tidak akan kulupakan. Namamu akan menjadi sebutan. Aku pasti ikan-ikan yang lain termasuk si Keli yang seekor lagi akan merinduimu khasnuya bila tiba wktu makan kerana kaulah yang akan makan paling banyak!!

Selamat tinggal si Keliku.......terima kasih!!

4 comments:

  1. mula mula curious...ada org termakan cili ke? pastu mula sedih pulak...at the end tak leh terima tang makan banyak tu..har har

    ReplyDelete
  2. bila buat cerita mestilah ada peringkat-peringkatnya...bagi suspens sikit...hahahhah. Keli tu memang makan kuat..macam orang yang baru dpt checque book tuh...hahahhaaa.

    ReplyDelete
  3. Tak sanggup den nak menolannya!!

    ReplyDelete