Monday, May 10, 2010

Menginsafkan dan Bersyukur...

Lawatan kali ini agak berlainan sedikit. Pada mulanya ramai teman kejirananku yang berminat untuk turut serta dalam rombongan tetapi terpaksa menarik diri disaat akhir atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Aku menjadi resah gelisah. Dengan pihak yang menunggu telah aku nyatakan seramai 30 orang ahli rombongan yang akan hadir tetapi kini tinggal kurang dari separuh yang ada. Atas keperihatinan seorang teman, dengan ada networking yang bagus, maka dapatlah mengenapkan jumlah ahli riombongan yang pergi, malah lebih lagi. Alhamdulillah.

Pagi Sabtu 8hb Mei 2010, tepat jam 8.45 pagi, semua ahli rombongan berkumpul di rumahku. Kami berangkat 15 minit kemudian dengan menaiki 2 buah bas kecil. Arah tujuan ialah ke Penjara Kajang. Mendengar perkataan itu semua orang hairan..termasuklah ahli rombonganku. Tepat jam 10.30 pagi, kami sampai diperkarangan destinasi. Ramai sudah yang menunggu untuk menyambut kedatangan kami. Tak sangka betul! Begitu berhemahnya mereka dan begitu bertuahnya kami!

Kami diberi penerangan oleh Pegawai penjara dan kemudian di bawa melawat ke dalam! Bayanggggkan! Sebelum masuk, pelbagai bayangan bermain di fikiran kami sebagaimana yang kami tonton dalam peti televisyen. Kami bayangkan penyeksaan dan hukuman sahaja tetapi ternyata salah semuanya! Sesampainya di dalam, yang kami lihat adalah aktiviti harian yang dijalankan oleh penghuni tempat tersebut. Ada yang bertugas di bahagian dapur yang mana dinyatakn bahawa dalam sehari, mereka diberi makan sebanyak 6 kali dan menu bertukar ganti setiap hari. Lauk ayam sebayak 3 kali seminggu!! ada ukuran tertentu untuk ikan serta beratnya dan kesegarannya. Jika didapati ikan yang dihatar tidak segar, pihak pengurusan penjara akan meminta ikan lain sebagai gantinya. Ini adalah untuk menjaga kesihatan penghuni supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Ada yang di beri kemahiran mengandam, mencuci dan memotong rambut , mengurut, mencanting batek , memotong dan menjahit pakaian, membuat selimut, alas kaki , pasu serta membuat frozen food yang terdiri dari pelbagai kuih muih!
Kini barulah kami sedar bahawa penjara ialah sebuah institusi pemulihan dan bukan pusat hukuman semata-mata. Tahniah kami ucapkan kepada Jabatan Penjara Malaysia atas kebijaksanaan mengendalikan sekumpulan manusia yang tersalah langkah dalam awal kehidupan mereka. Hasil kerjatangan para penghuni dijual kepada umum malah frozen foodnya telahpun berada dipasaran atas jenama My Pride....pergilah beli dan rasa sendiri....SEDAP.
Tapi yang nyata, penghuni penjara, walaupun hidup di dalam kawasan bertembok setinggi bangunan 3 tingkat dan berdawai duri, namun mereka masih lagi mendapat semuanya kecuali satu sahaja iaitu BEBAS.........Lawatan ini sedikit sebanyak telah membuka mata kami tentang erti kebebasan sepenuhnya dari segi fikiran dan tindakan . Timbul rasa keinsafan dalam diri kami dan bersyukur atas pemberian Allah kepada kita.....

2 comments:

  1. terima kasih banyak2 Lee kerna sudi berkongsi pengalaman yang berharga ini...insaf sungguh...Semoga bila mereka keluar nanti,tidak akan masuk lagi...benar2 mereka insaf dan sedar...kita jugak sepatutnya melayan mereka dengan baik bila mereka dah keluar nanti,bukannya menyisihkan mereka seperti yang selalu berlaku akhir2 ini... Thanx again,dearest friend and supermom! Luv u.

    ReplyDelete
  2. amazingly,whatever knowledge they got from tghe prison, they were given a certificate....Meaning they can go on with their live as normal people once free. Cari kat Mydin for frozen foodwith the brand name (My Pride),,,sedap, Tapi kat KB tak tahu dah sampai ke belum.Love you too cute mama...

    ReplyDelete