Words will control us once used. Always be aware and careful with what you said.
Thursday, May 6, 2010
Petang semalam, aku terima berita yang menyedihkan. Kalau ikutkan hati, mahu terus aku ke sana. Tetapi oleh kerana aku sudah ada tugasan yang mesti aku bereskan ketika itu, maka terpaksalah aku tangguhkan. Aku biuat janji dengan teman yang menyampaikan berita bahawa esoklah harinya.
Pagi tadi sebagaimana yang telah berjanji, walaupun aku terlewat setengah jam, maka aku beserta empat orang teman ( dua orang yang kali pertama aku jumpa ) terus ke Kuala Lumpur. Oleh kerana waktu melawat bermula pada jam 12.30tengahari, dan ketika itu baru jam 11.30 pagi, maka kami piun melaram di gedung Isetan KLCC. Aku gores dan menang (tenyeh Kad Kredit maksudnya...hahahhahaha) untuk membayar beberapa pasang baju untuk diriku. Sempat lagi tu!
Kami terus ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Kuala Lumpur. Setiba di sana, suami sahabatku sedang bersembang dengan beberapa orang teman dan jiran tetangga yang berkunjung untuk menziarah. Beliau kelihatan tenang walaupun sesekali aku perasan dia termenung jauh mengenangkan siisteri. Sebak hatiku melihatnya.
Terkenang aku akan suamiku. Bagaimanakah keadaannya sekiranya yang terlantar itu adalah aku? Ya Allah, dapat aku bayangkan bertapa kelam-kabutnya dia kerana aku sangat mengenalinya....... kekuatan suamiku terletak atas kehadiranku. Manakan tidaknya, pernah tanpa kehadiranku disisinya, pernah dua kali dia tersesat jalan untuk balik ke kampung halamannya! Bunyi seperti lucu tetapi itulah kenyataan! Dulu aku ketawakannya tapi bila aku lihat keadaan kawanku terlantar dengan pelbagai hos dan wayar di sebahagian besar tubuh badannya, aku jadi sedih dan pilu. Aku berdoa ketika itu semoga janganlah diberi sakit sebegitu yang menyusahkan suami dan anak-anak. Aku tak mahu dan aku yakin semua orang pun tak mahu.
Sedihnya aku bila mengenangkan persiapan diriku yang masih terlalu kurang. Sedih memikirkan dosa-dosa yang aku lakukan samada yang aku sedar atau tidak sedar. Aku muhasabah diri. Ya Allah, selamatkan keluargaku ini. Kau panjangkanlah umur kami. Kau rahmatilah keluarga ini. Dekatkanlah kami kepada segala kebaikan dunia akhirat dan jauhkanlah kami dari segala keburukan dunia dan akhirat. Hanya kepadaMu kami berserah.Kau berikanlah yang terbaik buat temanku yang sakit itu.
Amin........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment