
Selepas solat bergegaslah jemaah Haji balik ke hote
l masing-masing walaupun ada yang lebih gemar menghabiskan waktu terluang sebelum masuk waktu solat yang seterusnya di Masjidil Haram.
Dalam perjalanan ke Al Haram , berjuta orang jemaah dari setiap pelusuk kota Mekah bergegas berjalan kaki untuk memastikan mereka mendapat tempat atau ruang yang selesa untuk solat. Satu setengah jam sebelum waktu, Al Haram sudah padat dengan umat dari pelbagai bangsa seluruh dunia. Kalau kita berada di kawasan tinggi, pergerakannya seolah-olah ribuan ekor semut dari satu koloni berbaris-baris memasuki sarangnya......
No comments:
Post a Comment