Kalaulah dulu ada digital camera, sudah pasti gambar-gambar boleh kita simpankan ke dalam hard disk. Masihku simpan gambar-gambarku bersama keluarga semasa kami mengerjakan Umrah saban tahun demi tahun.
Jelas sekali kami dapat merasakan keseronokan berjalan keliling kota Mekah yang penuh dengan kedai-kedai kecil menjual pelbagai barangan yang hampir serupa tetapi berbeda harganya! Hahahaha. Disinilah kepakaran tawar menawar digunakan.
Masih teringat lagi keadaan hingar-bingar di Bazaar Moda'a atau lebih dikenali sebagai Pasar Zing. Disitulah ada hotel-hotel kecil, Pasaraya Bin Dawood, Kedai pakaian, kedai emas, kedai kain, kedai kurma dan namakan sahaja, disitulah segalanya. Tutup mata sekalipun, boleh kami ceritakan deretan kedai-kedai yang ada di situ. Di kaki limanya pula iaitu di tengah-tegah jalan antar deretan kedai, ada pula yang menjual inai, sugi dan tidak lupa peminta-peminta sedekah! Tidak lupa , disitulah juga tempat laluan jenazah yang di bawa masuk keluar masjid!
Kali pertama ke tanah suci, kami menginap di Hotel Aziz Khogeer. Kami pergi bersama kumpulan Ismail Tours di Johor Bahru. TAmbangnya ketika itu RM1999.00 untuk 5 hari Istanbul dan 10 hari Umrah! Ketika itu, Aziz Kogeerlah antara yang terdekat dengan Al Haram. Sempat juga beberapa kali kami menginap disitu. Kemudian kami tinggal di Hotel Mekah dan Grand Mekah. Kalau musim Haji, mereka yang punya budget lebih saja yang mampu menginap di situ. Naik ke atas sikit, ada Hotel New Safa dan Safa Hotel. Ketika itu kami dibawah KSB Travel selama beberapa tahun berturut-turut. Tidak lupa kami pernah tinggal di Firdhaus Hotel . Di sebelahnya ada sebuah kedai menjual permaidani oleh dua beradik dari Afghanistan!
Pokoknya, tahun demi tahun kami menyaksikan perubahan rupa kota suci ini. Terlalu banyak perubahan rupabentuk dan struktur kota ini sehinggakan kami lupa beberapa kawasan lama kerana semuanya sudah dirobohkan dan diratakan dan Insyaallah akan dibina bangunan yang baru pula.
Al Haram yang kami ingat dahulu masih jelas diingatan. Kini ia semakin besar dan semoga bertambah makmurlah kota Mekah ini. Semua ini adalah berkat doa Nabi Ibrahim . Bayangkan dari sebuah tenpat yang tidak punya apa-apa. Yang ada hanyalah batu-batu keras. Tetapi kini Mekah adalah sebuah kota yang sangat maju. Setiap hari jutaan manusia dari seluruh pelusuk dunia datang ke sini samada untuk mengerjakan Haji ataupun Umrah. Subhanallah!
No comments:
Post a Comment