Hashim yang sentiasa menceriakan. |
Sesi Jalan-jalan tambah iman. |
Dalam merasa gembira terpilih, kami tiga berana berbincang dan memujuk diri kami untuk pergi dengan persediaan mental, emosi dan fizikal. Motto kami ialah.....Mengharapkan yang TERBAIK dan Bersedia untuk yang TERBURUK (Hope for the BEST and prepare for the WORST). Kita ke tanah suci atas jemputan Allah. Dalam doa, kami meminta agar Allah memberikan kami layanan yang baik sebagai tetamuNya. Itulah yang kami dapat....yang terbaik!Alhamdulillah.
Aiman sentiasa sedia membantu. |
Adnan melambai jemaah ke Mekah. |
Bagi kami, wang, pangkat dan kedudukan bukan segalanya kerana semasa di Tanah Suci, kita di dalam wilayah kekuasaan Allah. Zahafiz hanya alt untuk membantu sahaja. Kami redho dengan segala apa yang disediakan. Sebilik bertiga beranak dengan penghawa dinginnya kekadang di bawah 0 darjah....lebih sejuk dari peti sejuk bilik! Ini benar!
Makanan yang pelbagai pilihan dan sesuai dengan tekak kami...walaupun kekadang terlebih masin atau pedasnya, kekadang bila lewat turun ke dewan makan, lauknya habis....kami tetap makan dengan sedapnya. Ini benar!
Susunan beg di Madinatul Hujaj |
Pengerusi ZAHAFIZ dan isteri sentiasa bersama jemaah. |
Hj Halim, Hj Rodhi dan sahabat kami Tn Hj Arshad. |
Ikut pemegang bendera untuk ke Mekah dari Jamraat. |
Berkibar bendera ZAHAFIZ. |
Taklimat demi taklimat. |
Berehat menghilangkan lelah dan beramah mesra. |
Anak-anak berbangsa Pattani yang dilahirkan di Mekah. |
Petugas-petugas wanita . |
Bermula dari 9 Zulhijjah hingga ke 13 Zulhijjah makanan tidak disediakan kerana ketika itu makanan disediakan oleh pihak Muasasah. Dalam kes kami Muasasah Maktab 99. Tukang masaknya dan penghidangnya orang Bangla. Pasti makanan bukan citarasa kita. Tapi kalau kita bersyukur, apa pun akan jadi sedap. Atas dasar sayang dan menghurmati jemaahnya, ZAHAFIZ menyediakan makanan untuk kami. Tiada bayaran diminta langsung! Alhamdulillah. Ini benar!
Sebenarnya, apabila berada di sana, sepanjang masa berdoa memohon yang terbaik dari Allah, percayalah, setiap permintaan kita dimakbulkan. Kami benar-benar rasa yang ALlah sangat hampir dengan kita. Apa tidaknya! Bagi yng berulang alik, kami kena rehat di mana-mana kawasan yang berlantaikan batu dan beratapkan langit! Qadha HAjat terpaksalah di tandas awam. Bahagian ini yang kami risau. Sebelum bertolak, kami memhon kepada Allah untuk menghindarkan dari mengunjungi tandas awam. Doa bermula seawal 4.30 petang dan sampai semula ke hotel jam 7.30 pagi esok, berglen air dan bertan makanan kami makan....sedikit pun tidak ada rasa untuk membuang. Kami amat bersyukur...Ini benar.
Ustaz Samsuddi Sidek. |
Sebahgian petugas lelaki. |
Ustaz Rashid. |
Ustazah Masirah. |
Ustaz Sallehuddin. |
Vest warna terang dipakai supaya senang nampak. |
Peringatan buat kalian yang belum ke sana, berdaftarlah segera bersama keluarga kerana giliran hanya sampai 20 tahun lagi....itu pun kalau panjang umur! Kerjakanlah Haji segera kerana nikmat dan rahmat Allah melimpah ruah.....Masyaallah!
No comments:
Post a Comment