Saturday, November 10, 2012

Sambutan......

Sampai saja di KLIA, hati sudah merindui anak cucu dan sahabat handai.  Keluar sahaja dari pintu pesawat, dua sahabat sudah menanti. Norlee dan Nori sanggup menungguku untuk memeluk dan mendapat bau Mekah kata mereka....aku yang dah berapa jam dalam pakaian yang sama pun ada bau Mekah lagi...Masyallah! Itulah jenis sahabat yang aku ada. Sanggup berkorban apa sahaja. Terglamour sekejap sebab ada yang menunggu dalam balai ketibaan dan bukan diluar ruang legar !

Norlee dan Nori dan pompuan yang baru balik Haji...
Sampai di rumah, sudah agak lewat. Lepas menjamu selera dengan Mee Hoon Goreng Mak Uwo, badan mula terasa letih dan batuk mula menyerang. Lepas membersihkan badan dan makan ubat terus tidur. Rehat.

Esoknya, Kak Norliah dah mula hantar makan tengahari. Alhamdulillah. Masakan Kak Nor memang sangat kami rindui. Kak Nor datang selepas Zohor dan diikuti oleh Datin Farethah, Dato Azman, Nora, Norazmi, Yan, Abe dan Haida....gamat dibuatnya! Masing-masing menyatakan rasa lega dengan kepulangan kami. Kami sangat akrab...sangat rapat! Syukra Ya Allah kerana mengurniakan kami sahabat-sahabat ini.
Datin Farethah , Haida dan Hana
Hidangan tengahari kami!

Kak Norliah dan Nora

Malam semalam, Khamis malam Jumaat, kelas Talaki bersama Ustaz digantikan dengan Majlis Kesyukuran. Alhamdulillah ramai yang hadir. Hampir 60 orang termasuklah  teman-teman Usrah suamiku beserta isteri dan diketuai oleh Ustaz Samsuddin. Suamiku, Ustaz  Hj Farhan dan Ustaz Hj Samsuddin yang mana ketiga-tiga baru pulang dari mengerjakan Haji menceritakan serba sedikit tentang perasaan dan pengalaman Haji masing-masing. Semua yang hadir terlopong mendengarnya . Kami berdoa semoga ada yang akan mengerjakan Haji di musim-musim terdekat. Insyaallah. Yang penting kena daftar dulu. Terharu kami dengan kehadiran tetamu yang sangat ramai dan Alhamdulillah makanan yang disediakan oleh One AdNor Catering mencukupi!

Bersama anakku Hj Ahmad Azman.

Semua ingin ke SANA lagi....

Mendengar dengan  penuh khusyuk.

Menceritakan perasaan dan pengalaman mengerjakan Haji.

Dua kelas bersatu.

Pelukan demi pelukan.

Ustaz Hj Samsuddin Sidek dan Ustaz Hj Muhammad Farhan Wijaya

Menjamu selera bersama.

2 comments:

  1. Assalamualaikum...tahniah Datin semoga dapat Haji yg mabror dah bahagia bersama Dato Haji serta anak yg soleh...Insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummusalam Tn Haji. Yang baik itu dari Allah jua. Terima kasih atas segalanya.

      Delete