Setelah berkampung seramai lebih kurang 500 orang jemaah dari seluruh pelusuk Malaysia, akhirnya tibalah masa untuk kami berpisah. Masa mula berjumpa, masing-masing agak canggung kerana latar belakang dan cara hidup yang berbeza...tetapi lama kelamaan kami saling memahami. Hubungan menjadi mesra seperti adik beradik. Biasalah adik beradik, ada ketika tergurau lebih, ada masa terkasar dan sebagainya tetapi tidaklah serius. Alhamdulillah.
Sangat unik ZAHAFIZ Travel. Setelah selesai Haji, pelbagai aktiviti disediakan untuk kami. Antaranya ialah jemaah di bawa melawat ke rumah beberapa orang anak angkat Ustaz di Uthaibiyyah yang sudah menjadi pemaustautin kota ini sejak 1984! Lawatan tidaklah serentak tapi berkumpulan kecil. kami melawat ke rumah Haji Mustawi dan isterinya Ufuah. Berasal dari Surabaya, Indonesia. .Dulu pernah berkhidmat dengan Tabung Haji. Distulah titik perkenalannya dengan Ustaz Samsuddin Sidek. Kami mengadakan bacaan doa selamat dan bertahalil dan diikuti dengan jamuan pelbagai masakan daging korban oleh tuan rumah. Sambil makan kami bersilaturrahim bersama tuan rumah. Sebagai tanda penghargaan, kebanyakan dari kami memberi sedikit sumbangan kepada mereka.
Tidak cukup dengan lawatan ke Uthubiyyah, Selepas Asar, semua jemaah di bawa ke luar kota Mekah di Hudaibiyyah ke suatu tempat perkelahan. Agak tergamam juga apabila kami melihat sebuah kawasan yang ditanam dengan pokok kacang tanah, pokok jagung dan rumputnya sangat hijau dan tumbuhannya sangat subur! Kawasan itu di sewakan mengikut kepala dan tempatnya sangat selesa. Dalam keseronokan meraikan semua jemaah, ZT turut meraikan satu kumpulan anak-anak yatim piatu dengan jamuan Nasi Mandy Ayam dan Laham(Kambing). Masyaallah sedapnya!
Semua jemaah berpuashati. Sebelum solat Isyaq, aktiviti menjawab soalan tentang pekerjaan Haji dan menjawab soalan teka teki. Gamat dan melucukan! HAdiah diberi bagi yang menjawab dengan tepat. Selain dari itu, hadiah disediakan kepada individu atau kumpulan dikalangan jemaah mengikut pemerhatian para petugas. Sangat sronok, melucukan dan relaks. Semua jemaah benar-benar santai.
Terima kasih ZAHAFIZ Travel. Kami berdoa semoga Allah membuka pintu rezekimu seluas-luasnya. Semoga Allah meredhoi dan merahmati segala usaha kalian. Insyaallah.
Setia bersama. |
Anak-anak yatim piatu yang diraikan. |
Kebun jagung. |
Bersama muslimat. |
Beratapkan langit....nyaman. |
No comments:
Post a Comment