Aku diberi kesempatan belajar tinggi. Alhamdulillah. Tapi, disepanjang kehidupanku dari kecil higga kini, banyak yang kupelajari dari penglihatan, pendengaran dan pembacaan. Tidak lupa dari pengalaman diri dan pengalaman orang lain. Akhirnya, ilmu yang kita pelajari dari zaman sekolah digabungkan dengan baik sekali dengan pengalaman hidup menghasilkan AKU! hahhahahha.
Akhir-akhir ini aku banyak mendengar tentang kisah kisah sahabat-sahabat Rasulallah SAW. Nak baca dari buku mata dah rabun dan tidak berapa awas dan penyakit mengantuk kuat mengganggu konsentrasi. Tetapi teknologi kini amat canggih. Buka saja Internet dan cari dalam Wiki, You tube dan yang sewaktu dengannya amat membantu. Bak kata, ilmu kini di hujung jari. Cari dan tekan saja maka berlubur ilmu dikeluarkan.
Aku banyak ikuti penceramah Dr Khalid Basalmah tentang sirah Nabi dan sahabat-sahabatnya. Subhanallah, sememangnya kepakarannya tentang sirah Nabi. Penyampaiannya jelas, terang dan beliau membuat rujukan dari pelbagai kitab dan setiap satu kejadian dinyatakan juga versi-versi yang berbeza mengikut pada -kibitab rujukannya.
Hari ini, aku mendengar kisah bagaimana Umar bin Khattab memeluk agama Islam. Umar bin Khattab adalah seorang yang bertubuh besar, tegap, berpendirian tetap, garang dan ditakuti musuh. Sebelum Islam, Umar amat suka minum arak, menyeksa orang Islam dari terbit matahari hinggalah ke petang. Katanya, jika bukanlah kerana hari sudah malam, pasti dia tidak akan berhenti menyeksa orang Islam. Bencinya dia pada agama Islam, pada Rasulallah SAW dan pada Muslimin tidak boleh dibendung lagi. Beliau bukan sahaja menyeksa hambanya yang beragama Islam malah turut sama menyeksa hamba-hamba sahabat-sahabatnya.
Ummar bin Khattab sangat ditakuti oleh musuh. Biar berdepan dengan 10 orang musuh dari berhadapan dengannya. Ini adalah kerana besarnya tubuh, kudratnya, kekuatannya , garangnya dan pandai bersenjata. Beliau adalah seorang duta. Beliau juga akan dihantar oleh kaum Musyhrikin apabila ingin berhadapan dengan musuh kerana beliau amat ditakuti dan disegani.
Satu hari, Ummar bin Khattab ditugaskan untuk mencari dan membunuh Rasulallah SAW. Beliau tidak tahu dimana tempat persembunyian baginda dan beliau terus berjalan. Sedang beliau mencari-cari Rasulallah SAW, beliau bertembung dengan seorang saudaranya bernama Abdullah an Nahham al Adawi. Melihat keadaan wajah Umar bin Khattab yang bengis dan dengan pedang yang terhunus di tangannya, Abdullah langsung bertanya kemana tujuannya. Langsung Umar memberitahu tujuannya ialah untuk mencari dan membunuh Rasulallah SAW yang telah menyebabkan perpecahan dikalangan penduduk Mekah. Ini amat merisaukan Abdullah kerana Umar terkenal dengan janjinya. Jika Umar diberi tugas untuk membunuh, misinya mesti diselesaikan sama berjaya atau tidak, salah seorang mesti mati.
Abdullah an Nahham al Adawi merasa amat risau. Sebenarnya dia juga seorang Islam dan tidak diketahui oleh Umar bin Khattab! Lalu Abdullah mengalihkan tumpuan Umar kepada hal yang lebih menyakitkan hatinya iaitu menyatkan bahawa adiknya Fatimah binti Khattab dan suaminya sudah Islam. Umar terus ke rumah adiknya. Oleh kerana tubuh badannya yang besar, langkah kakinya sudah kedengaran dari jauh. Ketika itu Fatimah dan suaminya sedang belajar mengaji dengan seorang bekas hamba yang juga sahabat Rasulallah SAW iaitu Khabbab bin Art. Mereka langsung menyorokkan guru mereka dan tulisan AlQuran yang tertulis di atas kulit dipegang oleh Fatimah.
Beberapa kali pintu rumah di ketuk tetapi tidak dibuka oleh Fatimah dan suaminya kerana takut. AKhirnya, Umar merobohkan pintu rumah lalu masuk dan bertanya apakah yang sedang mereka bacakan dan di nafikan oleh Fatimah. Umar menampar adiknya Fatimah dah iparnya berusaha membantu menghalang tetapi turut di pukul . Berdarah mulut Fatimah dan Umar merasa malu akan perbuatannya mencederakan adik kandungnya sendiri. Apabila Umar ingin menyentuh ayat Al Quran, Fatimah melarangnya dan menyuruhnya mandi dan membersihkan badannya terlebih dahulu. Setelah selesai, Umur duduk dengan membaca ayat yang tertulis di atas kulit kambing tersebut. Bacaan yang mula-mulanya dengan suara yang keras akhirnya menjadi lunak dan beliau terus membaca dan terpegun dengan susunan ayat-ayat tersebut. Mendengar suara Umar membaca seolah-olah menghayatinya, Khabbab keluar dari persembunyiannya dan Umar meminta agar di dipertemukan dengan Rasulallah SAW.
Khabbab terus memimpin Umar ke Darul Nadwah . Dari kejauhan, orang Islam menyangkakan yang Umar telah menangkap Khabbab dan membawanya ke Darul Nadwah. Saidina Hamzah bersedia untuk bersemuka dengan Umar sekiranya diserang. Untuk mengelakkan pergaduhan, Saidina Hamzah di sorokkan dan semua sahabat di minta bersembunyi kerana Rasulallah tahu akan kekuatan Umar.
Setibanya di dalam, Rasulallah langsung memegang Umar dan bertanya sebanyak tiga kali diulang soalan yang sama iaitu,'Adakah kau mahu menunggu hingga azab Allah turun kepadamu baru kau mahu meninggalkan agama asalmu?"
Umar terus bersyahaddah! Seluruh Darul Nadwah bertakbir dan lauangan takbir itu kedengaran hingga ke Kaabah!
Dr Khalid Basalmah menyatakan tiga sebab Umar masuk Islam:
1...Doa dari Rasulallah SAW. Setelah baginda melihat bagaimana kaum Muslimin di siksa dengan sangan hebat sekali oleh kaum Quraisyh, baginda memohon doa kepada Allah.
2...Terdengarnya bacaan Surah THOHA oleh adiknya Fatimah binti Khattab.
3...doa seorang saudaranya Abdullah yang keluarganya dalam perjalanan untuk berhijrah dan bertembung dengan Ummar . Ummar membiarkan keluarga itu berlalu dengan selamat sedangkan tugasnya ialah untuk membunuh saja orang Islam yang keluar dari Mekah.
Agama Islam telah menyebabkan seorang insan yang sangat jahil jadi berilmu, seorang yang bodoh menjadi pandai dan bijaksana, seorang yang sombong menjadi baik dan seorang yang keras hati menjadi pelembut. Dinyatakan juga bahawa antara sebab arak diharamkan adalah kerana doa Umar bin Khattab.
Banyak yang kita pelajari dari kisah sahabat yang hebat ini. Sampaikanlah pengkisahan sahabat-sahabat Rasulallah SAW kepada anak cucu dan sahabat handai kita agar kita dapat bertemu mereka di Syurga nanti..
No comments:
Post a Comment