Saturday, March 2, 2019

Bingkisan buat Asmah

       Allahyarhammah Asmah binti Daud adalah seorang insan yang istimewa. Hadirnya di dunia hanya buat seketika tetapi cukup untuk memberi kebahagiaan kepada semua. 

     Allahyarhammah adalah seorang anak, isteri, ibu dan penddik yang dedikasi. Dikenali sebagai seorang insan yang amat lemah- lembut dan baik budi pekerti serta seorang yang bijak pandai. Namun, sedalam mana kasih kita pada manusia, satu hari dia pasti akan meninggalkan kita. Sebab itu, usahlah terlalu berharap kepada manusia tetapi berharap terus kepada Allah. Allah PASTI tidak akan meninggalkan kita.

     Allahyarmmah Asmah dijemput pulang ke Rahmatullah pada hari Sabtu 23 Febuari 2019 di Kota Bahru.Memang pahit untuk menerima pemergiannya tetapi amat sedih melihat penderitaannya.

    Sajak ini kutuliskan buat keluarganya khasnya suaminya Wan Mohd Asyraf. Bersabarlah dan redholah dengan Qadha dan Qadar Allah. 


______________________________________________________


Asmah kusayang....
Kelmarin, kau begitu girang sekali
Kelmarin, kau ketawa riang
Lebar senyumanmu
Di majlis itu, terserlah watak keibuanmu,
Bangganya kau dengan Sumayyah
Lahirnya tidak cukup bulan
Tetapi kini comel dan mongel
Lagaknya mencuit hati
Tidak kusangka....
Itulah hari akhir  kau menyusuinya


Asmah kusayang......
Sekian lama kau tidak bersuara

Kau mendiamkan diri sahaja
Aku merindui suaramu sayang
Berkedip mata pun tidak
Aku rindu kerlinganmu
Aku tahu...kau amat merinduiku
Merindui Sumayyah
Aku bangga memperisterikanmu
Hadirmu menambah gahku
Setiap langkahku bermakna bersamamu
Kehadiran siKecil pengikat kasih kita
Terima kasih, sayangku

Asmah kusayang.....
Sejauh mana kasihku padamu
Sedalam mana cintaku kepadamu
Kau milikNya
Kita semua milikNya
Kau dijemput kembali
Meninggalkan aku menyepi
Dahan mana nak aku berpegang
Batang mana nak aku bersandar
Buat seketika aku keliru
Kini langkahku longlai
Segalanya  haru-biru
Aku jadi tdak menentu
Bisakah aku tanpamu....
Bisakah aku tanpamu....
Namun....aku redho

Asmah kusayang...
Tak sanggup aku melihat kau kesakitan
Aku terkedu dan terkelu
Tak mampu aku melihatmu begitu
Aku jadi kaku...
Aku jadi buntu...
Kini terjawab segalanya
Tamat sudah penderitaanmu
Pergilah sayang
Aku akan merinduimu
Aku akan mengenangimu
Saat-saat indah bersamamu.....
Wahai hati....sabarlah kamu


Asmah kusayang....
Allah lebih menyayangimu

Qadha dan QadarNya
Segalanya sudah termaktub
Aku terima...
Aku akur...
Akan kujaga Sumayyah dengan baik
Sebagaimana janjiku kepadamu
Dialah penghubung cinta kita
Tidurlah sayang...
Istirehatlah...
Sesungguhnya kau isteri yang baik
Kau anak yang baik
Kau ibu yang baik
Kutitipkan sepotong doa buatmu
Semoga kau berbahagia di sana
InSyaAllah...ketemu kita di pintu Syurga
Nantikan kami di sana...


Asmah kusayang
Aku cinta kepadamu......

Allahyarham Asmah bersama Wan Sumayyah dan Wan Mohd Asyraf.

No comments:

Post a Comment