Tuesday, May 28, 2019

Ramadhan Kareem.....

            Ramadhan datang lagi. Ramadhan Kareem......
Inilah bulan yang amat dinanti-nantikan kerana kerberkahannya dan ganjaran yang dijanji oleh Allah Taala. Didalamnya terdapat satu malam yang ganjaran pahalanya ibarat lebih dari 80 tahun beribadah! Kita hidup pun tak tentu selama itukan. Allah amat menyayangi kita, cuma kita saja yang alpa. Ya Allah ampunilah kami!!!

             Seazalinya setiap kali berpuasa, wanita di kejirananku menganjurkan Majlis Tadarus. Bagi yang lancar dan tahu akan hukum- hakamnya akan menjadi jurutunjuk atau guru bagi yang lain.

            Alhmdulillah Allah menempatkan aku berada di sini. Bagiku ini adalah satu rezeki yang amat besar dari Illahi. Semasa mula pindah disini, ramai yang tidak pandai atau tidak lancar mengaji. Sehinggalah dianjurkan majlis Tadarus yang bukan hanya diadakan pada bulan Ramadhan sahaja tetapi sepanjang tahun!  Syukur Alhamdulillah. Memang hebat kejirananku ini.

            Tahun ini, ada sedikit kelainan. Biasanya wanitalah yang paling sibuk, paling senaitif dan paling rajin dalam menghidupkan kejiranan dengan pelbagai jenis ibadah.  Mana pergi yang lelakinya! Malas nak jawab. Oleh kerana sayangkan suami, aku serta enam orang sahabat berpakat mengadakan Majlis Tadarus setiap pagi jam 7.00 dan melibatkan suami masing-masing sekali. Kami lantik seorang sahabat menjadi jurutunjuk atau guru. Alhamdulillah.

            Usaha kami rupanya mendapat sambutan dari para suami. Alhamdulillah, mahu juga mereka mengikuti Majlis Tadarus dengan cara bacaan masing-masing. Mula-mula agak malu tetapi akhirnya apabila dibaca hari-hari maka terdapat kelancaran. Ada kemajuan.  Sebenarnya kumpulan ini bukan bermula bertadarus dari awal Ramadhan tetapi seawal 2 bulan sebelum Ramadhan. Asalnya kami hanya ingin mengisi masa yg terluang kerana kelas pengajian pada malam tersebut dibatalkan. Oleh kerana takut dan sayang untuk membuang masa tanpa mengaji, kami mula membaca secara santai-santai. Acaranya ialah bertukar-tukar rumah. Tuan rumah menyediakan  tempat dan sedikit makanaan. Apa lagi, semakin bersemangat masing masing mengaji.

            Bila Ramadhan tiba, kami berpakat utk bertadarus hari-hari. Setiap pagi jam 7.15 pagi, gurulah orang pertama sampai ke rumah hos. Sepanjang Ramadhan tempat bertadarus adalah di rumah Hj Azmi. Ini adalah kerana beliau masih lagi berjawatan dan bekerja dan ini akan memudahkan untuk beliau bersedia  untuk ke pejabat.

            Seorang lagi yang masih bertugas adalah DSSuhaimi. Kelebihannya ialah, beliau bekerja sendiri. Berniaga. Oleh itu masanya bebas. Yang lain adalah jantan-jantan pencen yang mempunyai paling banyak masa terluang. Berpuasa tidak membenarkan mereka bermain golf. Oleh itu kami gantikan dan isikan masa itu dengan bertadarus.

            Pagi tadi, pada hari ke 20 Puasa, kami sampai ke Surah Ad Dhuha.  Sebagaimana lazimnya, selepas selesai bertadarus, kita akan mengadakan Majlis Khatam Al Quran.  Alhamdulillah kami dapat mengadakan Majlis Khatam Quran pada hari Ahad 26 hb Mei 2019. Sedikit kejutan untuk semua, aku dan Nora berpakat untuk menjemput Guru Talaki kami iaitu UFW untuk hadir bersama ke majlis khatam Quran kami serta membaca doa khatam Quran dan mendoakan kami. Beliau amat bangga dengan usaha kami dan menasihatkan agar ia diteruskan selamanya. Beliau menasihatkan bahawa Al Quran ini adalah harta pusaka untuk kita orang Islam. Kita mesti belajar, membaca, mendengar dan mengajar AL Quran. InsyaAllah akan kami ingat pesanannya. Terima kasih Ustaz.

            Kami bersyukur kerana tujuan asal kami mengajak suami mengaji bersama berhasil juga.  Kami bersyukur kerana dengan adanya bertadarus, kami dapat mempertingkatkan mutu bacaan kami. Semoga usaha kami ini berlanjutan selamanya dan mengharap agar lebih ramai lagi pasangan-pasangan dikejiranan kami akan mengadakan usaha yang sama. Semoga kejiranan kami sentiasa diberkati Allah.



Pasangan suami isteri bertadarus bersama dan khatam bersama. Satu kebanggaan.
DSHazimah, DSSuhaimi,Hj Norazmi, Hjh Nora, DIbrahim , DLailee, Hj  Ghazali, Hjh Shamshihar, Hj Rusli, Hjh Fatmah, Abe Aziz, Khadijah Leong serta guru kami DFarethah.

Khadijah Leong bersama Yan.


Al Quran itu adalah harta pusaka kita.


Kaum isteri bersama UFW.


UFW mentyampaikan ucapan dan nasihat serta menyatakan harapan kepada semua.


Ucapan terima kasih kepada UFW dan tahniah kepada semua.


Pasangan Haji Rosli dan Hjh Fatmah.


Masing-masing mendengar nasihat UFW.


Para suami bergambar bersama UFW.


Peserta wanita bersama guru kami, DF.




DFarethah adalah orang yang bertanggungjawab mendengar
dan memperbaiki bacaan kami. Terima kasih cikgu.

No comments:

Post a Comment