Tuesday, October 26, 2021

Satu igauan hidup.....

           Aku rasa akulah yang paling berhati-hati. Kleuar hanya bila perlu dan ikut masa tertentu sahaja. Hanya aku, suami dan seluruh keluargaku. Tapi dalam pada kami berjaga, rupanya terdapat ruang yang longgar yang membenarkan virus Covid19 menyapa kami......entah dari mana datangnya.

          Hari itu cucu kedua kami demam. Panas suhu badannya. Suhu tak tinggi sangat tapi cepat kami bagi ubat demam. Esoknya Alhamdulillah sihat. Selepas Aaafi sihat demam menular ke Abang Ammar, Aiira dan anak sulongku Along. Tapi, lepas pekena ubat demam, terus baik. Alhamdulillah. Kami sangkkan ia adalah viral fever kerana masa itu hujan lebat dan banjir sana sini.

          Kemudian secara tak semena-mena suamiku dan menantu  demam pulak. Dua hari tak kebah. lepas tu baru perasan bada sendiri rasa acam tak kena. Bila demam tak kebah-kebah, turun naik, tak boleh nak telan makanan  dan  minuman. Segalanya pahit. Sampai ke peringkat muntah. Terus ambil keputusan buat swab test di sebuah klinik yang diiktiraf oleh KKM. RM146.00 seorang.  Pada keesokan pagi dapat tahu kami bertiga positif Covid. Ya Allah. Suami dan menantu tidak bergejala  tapi aku yang parah.

          Tak boleh buang masa lagi. Kaadaan aku makin teruk. Cakap pun dah tak boleh. Keluarga ambil keputusan terus rujuk pada Avisena Specialist Centre. Maka bermulalah episod baru dalam hidupku.....

          Sesampai saja di ruangan KECEMASAN, jantungku mula berdebar. Pelbagai persoalan melintasi minda....antaranya....adakah ini perjalanan akhirku di dunia ini. Bertapa banyak lagi yang belum sempat aku lakukan. bertapa banyak lagi kekuarangan dan masa amat terhad. Ketika itu, aku hanya berserah sebulatnya diriku ini kepada Allah. Ya Allah, Hanya Yang Terbaik dariMU untuk hambaMU yang hina ini.

          Dr Rasidi bin Saidin dan teamnya menjalankan pelbagai jenis ujian ke atas diriku. Aku hanya mampu terbaring menyerah diri. Dibibirku hanya ada Allah. Ya Allah bantulah kau...... Ujian darah, X Ray, tekanan darah dan pelbagai jenis ujian. Akhirnya, keputusannya....aku disahkan Positif Covid Kategori 4!!! YA Allah.....satu tamparam buatku. Terkaku dan terkedu....tiba-tiba senyappppp....... inikah pengakhiranku! Sat demi satu wajah keluargaku menjelma. ku tatap wajah suamiku yang tampak begitu sedih memikirkan untuk menelan berita ini. aku tahu bertapa dia amat bersedih hati. Aku tahu hatinya menangisi keadaanku. Aku amat mengenalinya.

          Oleh kerana dia bukan pesakit, hanya aku di bawa naik ke bilik sedirian. HDU9....itulah wadku selama di hospital tersebut. Saat itu aku mersa amat sunyi...kosong rasa dunia ini. sepuluh kali sekejap jururawat bertugas lelaki dan perempuan menyediakan ubat-ubatan untuk diriku. Tabung demi tabung darah diambil bagi memastikan tahap bahaya virus dlm parus-paruku. seluruh badanku merasa amat sakit, bisa dan aku tak tak tahu apa yang hendakku katakan . Tiada ayat yang boeh mencernakan perasaanku ini...Allah saja yang tahu..... Aku masih ingat Jururawat lelaki bernama Hidayat dan Erman yang bertugas ketika itu. Setiap kali proses memasukkan ubat, cucuk jarum dan sebagainya, mereka akan memberi penjelasanan ,  nama ubat, kegunaan ubat dan sebagainya....semuanya transparensi. Malam itu dapat aku tidur dengan nyenyak dengan bantuan oxygen dan dijaga sepanjang malam oleh para petugas.

          Esok petangnya, aku mendapat kejutan. Walaaupun aku masih dalam kesakitan tetapi kehadiran suami disisi memberi semangat untuk aku meneruskan kehidupan. Rupanya, oleh kerana umurnya 60 tahun ke atas, KKM mengarahkan beliau tidak boleh dikuarantin di rumah tetapi ke CAC yang ditetatapkan.  Namum, beliau memilih untuk bersamaku. Maka kami di letakkan di bilik yang berhadapan antara satu sama lain.....inilah semangatku. Allah mendengar rintihan hatiku dan menjawabnya. Alhamdulillah. Setiap malam, suamiku akan datang mengurutku dengan membaca beberapa surah dan terus menerus mendoakanku. setiap waktu solat beliau pastikan aku dikemaskan dan berjemaah bersamanya. Setiap waktu terluangkhasnya waktu Subuh, belaiu pasti membacakan surah Yasiiiin buatku. inilah yang apa yang Allah caturkan buat aku. aku amat-amat bersyukur Terima kasih Ya Allah. Kau menunjukkan segalanya kepadaku tanpa ku sedari......

          Setiap hari aku menjalani proses yang sama. Bekalan makanan dan minuman memenuhi ruangan bilik. Entah dari siapa gerangannya. Yang pasti dari sahabat dan jiranku. MasyaAllah. Kami berkongsi makanan dengan para petugas untuk elak pembaziran. Rupanya masih ada ruangan bersedekah. Alhamdulillah.

          Setiap petang, Dr Rashidi akan datang memeriksa keadaan kesihatanku. Kemudian beliau akan berikan penjelasan yang panjang lebar sehinggakan aku rasa aku akan jadi doktor perasaaannya. Itulah kehebatan Dr Rashidi. Beliau sentiasa ada alasan, ada ulasan yang lengkap tentang apa yang kita tanya. Setiap pertanyaan jawapannya lengkap. Aku amat bersyukur beliau doktor yang menjaga aku...amat-amat bersyukur. Kebetulan pula, beliau adalah jiranku dan juga teman sepengajianku membaca Al Quran mingguan setiap Isnin. Begitulah kehebatan percaturan Allah. Ya Allah.......hebatnya....

          Setiap orang yang pernah mengalami serangan virus ini sahaja yang mampu bercerita panjang lebar tentangnya. Mengikut penceritaan para petugas hospital, aku bernasib baik kerana elah menerima dua dos lengkap SINOVAC pada awal Mei. Sekiranya, dibandingkan orang yang belum mendapat vaksin lengkap keadaannya adalah jauh lebih teruk dari apa yang aku alami.....mungkin dari kategori 4 dan langsung naik hingga ke seterusnya. Itulah yang dikongsikan bersamaku. Alhamdulillah...aku melaluinya dengan kehendak Allah. Aku Bersyukur dan berdoa semoga janganlah ada yang mengalami pengalamanku ini. Sakitnya YA Allah.

          Pelbagai side effects yang dialami oleh setiap bekas penghidap virus ini. Seorang sepupu suamiku, keadaan beliau menjadi begitu takut untuk bertemu orang apa lagi untuk menyentuh orang dan sebagainya. Ada yang berpeluh keluar menitik-nitik dari hujung-hujung jari jemarinya. Ada yang suka berdiri atau duduk di satu sudut sepanjang malam. Ada yang kencingnya tidak tos dan sebagainya. Aku.....setiap malam aku akan berpeluh sakan di bahagian dadan dan kepala seolah-olah baru lepas bersukan. Aku terpaksa bangun dan memperkemaskan diri dengan menukar baju  dan menyalin alas tidur. mungkin itu yang dinamakan long covic. tapi tak apalah. yang terburuk telah berlalu. Yang tinggal hanyalah kenangan bahawa aku pernah berada disitu, memohon restu dari Allah agar memaafkan aku. Memohon agar keluarga dan zuriat keturunananku selamat dan sentiasa mendoakanku. Sebenarnya, bila kena, barulah kita tahu bertapa berharganya nyawa ini. Setiap nafas yang kita hela....itlah kehidupan dan pengharapan.

          Aku ingin berterima kasih kepada semua orang khasnya  keluarga, sahabat, teman, kenalan jauh dan dekat seluruh dunia yang telah berusaha mengadakan pelbagai Majlis Bacaan Doa Selamat memohon kepada Allah agar memberiku kekuatan dan bertahan menahan penyakit ini. Terima kasih atas penghantaran doa dan kata-kata semangat yang tak putus-putus. Ada yang menangis di telinga suamiku dan memikirkan keadaanku. Ya Allah, bertapa aku rasa amat dikasihi. Inilah nikmat yang Allah berikan kepadaku. 

          Pengorbanan ahli keluarga dan kekuatan mental serta fizikal amat diperlukan. mereka hanya mendapat berita tentang keadaanku terus dari Doktor Rashidi. Beliau akan menerangkan secara terperinci tentang keadaaku selama menerima rwaan samada bertindak balas yang positif atau negatif. Ini memerlukan kekuatan mental bagi mereka untuk terus berharap. Hanya Allah saja yang dapat membalas pengorbanan mereka khasnyanya suami, Along, Asim, Azman, Bea serta smua cucu-cucuku. Semoga Syurga buat mereka. BAnyak sungguh aku menyusahkan mereka tapi itulah bahagaian mereka untuk mendapat ganjaran pahala dari Allah. Amiiin.

          Akhirkata, Aku berdoa semoga nukilanku ini dapat membuat kalian semua memahami apa itu Covid 19. ia adalah benar. I bear-nar wujud tetapi ia tidak berupa. Ia akan menjenguk bila ditakdirkan kepada kita. Kalau denggi dibawa oleh Nyambuk Aedes tapi Covid19 ini halimunan. Jagalah SOP. Pakailah pelitup muka dua tiga lapis dan cuci angan sentiasa. Semoga kalian semua dilindungi..... tolonglah jangan bayangkan untuk bertemu dengannya.......ini adalah satu kenyataan dan ia akan menjadi igauan dalam kehidupanku buat selamanya. Pengalaman sebagai bekas pesakit penghidap Covid 19, yang menghabiskan 10 hari 9 malam di Avisena Specialist Centre melaporkan....Alhamdulillah.






No comments:

Post a Comment