Musim Haji 2012
Words will control us once used. Always be aware and careful with what you said.
Thursday, November 1, 2012
Bagai bayi baru lahir.....
............Sambil memegang rambut, kita membaca.....
Ya Allah Yang Maha Agung,
inilah ubun-ubunku di dalam genggamanMu,
maka jadikanlah tiap-tiap helai rambut itu cahaya bagiku
di Hari Kiamat
dan
ampunkanlah dosaku,
wahai Tuhan yang amat luas Pengampunan
....Amiiin.
| My botak boy! |
| Botak itu menawan. |
| HArga ikut musim....biasa SR15 TAPI dalam musim Haji boleh mencecah SR50! Good business! |
| Hahahhahahhha |
| Ustaz pun sama licin! |
Wednesday, October 31, 2012
Penilaian ......
Semasa mula mendapat maklumat yang kami terpilih untuk mengerjakan Haji, kami bercadang untuk memohon antara tarikh-tarikh yang akhir. Kononnya kalau pergi lewat, maka banyaklah ruang kosong di Al Haram untuk kami menikmati suasana lega. Tetapi atas nasihat ZAHAFIZ Travel, kami bertolak awal dan kami adalah kumpulan pertama dari agensi tersebut untuk bertolak bersama-sama Ustaz Samsuddin Sidek dan Ustazah Masirah. Itu saja sudah satu petanda yang baik kerana kedua mereka arif tentang pekerjaan Umrah/Haji dan permasalahannya. Syukur Alhamdulillah.
Pekerjaan Haji sebenarnya memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Termasuk musim ini, ini sudah beberapa kali aku dan suami mengerjakan Haji. Dalam beberapa kali itu, Haji inilah kami dapat benar-benar merasakan nikmatnya sepenuh hati. Sepanjang kami di sini, imformasi tentang hal-hal terkini dan kisah-kisah sejarah di beri begitu rupa sehingga kita dapat menghayati setiap perbuatan kita samada dalam ziarah atau beribadah. Untuk menyampaikan maklumat atau bercerita, kita memerlukan sesorang yang arif untuk melakukannya. Oleh kerana berlatarbelakangkan seorang pendidik, perkara ini sangat mudah bagi Ustaz Samsuddin melakukkannya. Pemyampaiannya begitu mudah, kelakar tetapi dihujung jalan, kita belajar. Itulah kehebatan pendidik. Tabik hormat pada semua pendidik!
Semasa di Madinah, selepas makan malam, semua jemaah dikumpulkan di dewan makan utnuk taklimat tentang program esok hari. ini sangat penting supaya kita dapat menghayati tentang kisah sejarah tenmpat-tampat yang dilawati. Antaranya ialah MAsjid Quba'.....setiap Sabtu Rasulallah akan ke Masjid tersebut, Masjid Qiblaitin....wahyu diturunkan pada rakaat kedua solat Zohor untuk menghadap ke kota Mekah, Masjid Jumaat....solat Jumaat pertama didirikan disini, Jabal Uhud...Tapak Peperangan Uhud yang mana terletaknya makam para Syuhada. Oleh kerana sejarahnya sudah kita ketahui, dapat kita bayangkan bagaimana susahnya Rasuallah dan sahabat-sahabatnya berjuang bermati-matian untuk menegakkan syiar agama Islam.
Begitu juga semasa di Makatul Mukarramah. Di sini perjumpaan lebih kerap lagi iaitu waktu pagi dan waktu malam. Dua dalam satu....ceramah dan taklimat. Lebih kerap kerana kursus Haji yang lebih teliti disampaikan oleh Ustaz dibantu oleh Ustaz Sallehuddin Nasir. DAlam kepnatan kami berjalan ulang alik ke AlHaram yang sejauh 15 minit perjalanan langsung tidak terasa kerana semangat yang di tiupkan oleh kedua Ustaz tersebut. Setiap sudut kota ini penuh dengan sejarah. Di sinilah Rasulallah saw dilahirkan, mengembala kambing, dipertemukan jodoh dan menjadikan tempat ini sebagai pusat pengembangan agama Islam. Setiap kali kita menapak dibumi bertuah ini, kita mengharapkan agar dapat memijak ditempat sama baginda Nabi berada. Masyaallah.
Tiba waktu mengerjakan Haji, dengan imformasi yang diberi dan petugas-petugas yang cekap, segala urusan berjalan lancar. Sebagai manusia, dimana jua, walaubagaimana cekap, walaupun sudah merancang dengan baik, TETAPI ini adalah wilayah kekuasaan Allah. Sebab itu, kita selalu diingatkan, apa juga yang kita terima itulah sebenarnya rezeki kita. Jangan dengki kalau orang lain dapat lebih dan jangan bangga kalau kita dapat lebih. Mestilah sentiasa bersyukur. Dibibir jangan sekali lekang sebutan Subhanallah! Alhamdulillah! Astagfirullah! Inalillah! dan sebagainya mengikut keadaan. Itu lebih baik dari mengata-ngata dibelakang! Ingatlah yang kita sentiasa diperhatikan. Ujian Allah untuk dapat Mabrur atau Mardud bukan semasa pekerjaan Haji sahaja, malah selepas pekerjaan Haji kita diuji juga. Tak perlu teruk sangat...setakat tunggu bas yang lewat sampai cukup untuk menilai Haji kita. Fikir-fikirlah dan nilailah sendiri.
Yang paling hebat iailah, selepas selesai Nafar Awal atau Nafar Thani, Tahalul Awal atau Tahlul Thani kami dikumpulkan skali lagi untuk menilai pekerjaan Haji kami sendiri. Dengan panduan Ustaz, kami sendiri dapat menilai samada pekerjaan kami lengkap atau tidak dan sebarang pemasaalahan ada diberi jalan penyelesaiannya samada dengan mengulangi pekerjaan tawaf atau saie yang rosak, membayar fidyah , dam dan sebagainya. Jemaah tidak dibiarkan dengan tanggapan yang pekerjaan Haji kami sempurna. Muhasabah Haji ini sangat penting. Ucapan terima kasih kepada PIHTAS (Pembimbing Ihwal Haji Tanah Suci) iaitu Ustaz-Ustaz kami yang bekerja keras untuk memastikan kesempurnaan.
Bagi kami tiga beranak, kesempatan bersama sebilik dan kemana-mana jua, kami gunakan sepenuhnya untuk menilai erti kasih sayang kami anak beranak. Tidak terkecuali, kami turut diuji dengan beberapa perkara tapi Allah Maha Kaya, memberi kami yang terbaik. Semoga Allah menggantikan yang hilang dari kami dengan yang terbaik dariNya. Insyaallah. mula kami dipertemukan dengan orang yang baik-baik belaka. Syukur Alhamdulillah. Sepanjang kami di sini, Allah kurniakan kami dengan kesihatan yang sangat baik, para jemaah yang sangat baik, makanan yang sedap, layanan yang baik dan rezeki yang murah. Masyaallah. Tiada lain selain dari bersyukur ke hadrat Illahi.
Monday, October 29, 2012
Sekitar Pekerjaan Haji
Semasa di bumi Arafah...WUKUF.
| Bersama cinta. |
| Panglima-panglimaku.... |
| Bersama Datin Hjh Maznah, Hjh Zaiton, Ustazah Hjh Masirah, Hjh Siti Hawa dan Hjh Siti Hajar. |
| Amiin.... |
Bermalam di Mudzalifah....memungut anak-anak batu.
| Berlantaikan tanah dan beratapkan langit. |
| Memungut anak anak batu. |
| Nun jauh dihadapan kami ialah kota Mekah.... petunjuknya ialah Clock Tower. |
| Tukang pungut anak-anak batu. |
| Sempat menulis blog. Mabit di Mina......Melontar Jamraat
|
| Tahniah anakku...Haji Ahmad Azman. |
Wednesday, October 24, 2012
Umat di mana-mana....
Aku dan keluarga menjadi tetamu Allah pada musim Haji musim ini. Kami amat bersyukur dengan peluang yang Allah berikan ini. Bukan kami sahaja, malah ada orang lain yang kami kenali seperti jiran lama kami Dr Zaid dn isterinya Noni, teman lama Mansur dan Kasmawati, jiran RSSB Dato Seri Ahmad Kabit dan Datin Seri Halimah, Nagyb dan isterinya Illa dan tidak dilupakan guru talaqi kami Ustaz Muhammad Farhan Wijaya turut diundang Allah. Alhamdulillah. Namun, terkenang juga sahabat-sahabat yang tidak dapat bersama seperti Kak Zaleha, Aktar Zaiti dan suaminya Ikram, Chegu Kamal dan juga Ali Mohamed. Bersabarlah. Telah kulambai nama kalian di tanah suci. Semoga Allah menjemput kalian di musiam depan. Insyaallah.
Bertapa bersyukurnya kami apabila kami dapat tempat penginapan yang selesa, petugas-petugas ZAHAFIZ Travel yang perihatin dan peka. Tidak dilupakan makanannya yang sedap dan mewah. Kalau tak bersyukur juga dan masih mahu bising , membebel dan tidak puas hati, bagiku itu adalah satu kerugian yang amat besar. Seharusnya kita kena ingat, apa juga yg disajikan di tanah suci adalah kerana kehendak Illahi.
Tanah haram adalah dalam wilayah kerajaan Allah! Itu kita mesti ingat. Di sini, walau bagaimana sekalipun perancangan kita, walau sebanyak manapun kos bayaran kita, walau setinggi manapun pangkat kita ...... kita di bawah kekuasaanNya. Allah menentukan segalanya. Allah berhak membuat apa sahaja yang dikehendakinya. Allah menjadikan jemaah Haji seperti budak-budak. Apa taknya, di suruh berpakaian yang sama, disuruh mengutip batu dan disuruh baling sambil mengira. tidur pula di khemah dan makanan disediakan. Siapapun kita di tanah air, kita adalah kanak-kanak di mata Allah. Allah berhak menurunkan pelbagai ujian untuk umatnya dan Allah Maha Mengetahui. Ingatlah, Allah amat mengasihi kita dan berjanji akan mengampunkan segala dosa-dosa kita. Yakinlah!
Namun berlainan pula dengan jemaah-jemaah dari negara-negara lain. Oleh kerana tempat penginapan mereka jauh atau tidak ada langsung, maka sekitar kawasan AlHaram menjadi medan untuk mereka berkhemah . Lihatlah gambar gambar di bawah dan kongsilah rasa keyukuran kami sebagai jemaah Malayasia di sini.
Bertapa bersyukurnya kami apabila kami dapat tempat penginapan yang selesa, petugas-petugas ZAHAFIZ Travel yang perihatin dan peka. Tidak dilupakan makanannya yang sedap dan mewah. Kalau tak bersyukur juga dan masih mahu bising , membebel dan tidak puas hati, bagiku itu adalah satu kerugian yang amat besar. Seharusnya kita kena ingat, apa juga yg disajikan di tanah suci adalah kerana kehendak Illahi.
Tanah haram adalah dalam wilayah kerajaan Allah! Itu kita mesti ingat. Di sini, walau bagaimana sekalipun perancangan kita, walau sebanyak manapun kos bayaran kita, walau setinggi manapun pangkat kita ...... kita di bawah kekuasaanNya. Allah menentukan segalanya. Allah berhak membuat apa sahaja yang dikehendakinya. Allah menjadikan jemaah Haji seperti budak-budak. Apa taknya, di suruh berpakaian yang sama, disuruh mengutip batu dan disuruh baling sambil mengira. tidur pula di khemah dan makanan disediakan. Siapapun kita di tanah air, kita adalah kanak-kanak di mata Allah. Allah berhak menurunkan pelbagai ujian untuk umatnya dan Allah Maha Mengetahui. Ingatlah, Allah amat mengasihi kita dan berjanji akan mengampunkan segala dosa-dosa kita. Yakinlah!
Tuesday, October 23, 2012
Hujan Rahmat
Seperti hari-hari biasa, tugas utamanya ialah mencuci dan menyidai pakaian di tingkat 11. Bagiku, sebagai anak lelaki yang bertanggungjawab, dia wajib menjalankan tugasnya. Lagipun, sebagai bakal Haji, dia haruslah banyak bersabar. Syukur Alhamdulillah.
Seperti biasa waktu petang sebelum ke Al Haram untuk Maghrib, Azman akan keluar mengutip pakaian di sidaian. Ketika itu terasa olehnya titik air yang jatuh dan barulah dia perasan yang hari hujan.
Hujan di Mekah! Masyaallah! Kami langsung bergegas ke masjid dan sambil berjalan, terkumat kamit mulut kami berzikir dan mengucapkan syukur pada Allah. Disepanjang jalan tidak henti-henti kami mengambil foto dan video. Bukannya jakun, tetapi langit di sini selalunya tidak berawan....lagit biru sahaja tetapi semalam, bukan hanya berawan gelap...... tapi hujan! Masyaallah.
Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat kami rakamkan. Sekadar ingin berkongsi bersama rasa kesyukuran ke hadrat Illahi......
| Semua terpegun dengan keadaan langit ketika itu. |
| Langit gelap. |
| Berdebar jantung melihatkan keadaan langit. |
| sempat merakamkan foto diri sendiri dgn awan mendung di atas. |
| Bergegas ke masjid sebelum hujan turun. |
| Keadaan langit semasa hujan di waktu azan Maghrib. |
| Taqwa....walaupun lantai basah, solat tetap didirikan. |
| Azman berpayung di tingkat atas MAsjidil Haram. |
| Ramai yang rela ditimpa hujan. |
Subscribe to:
Posts (Atom)