Wednesday, October 31, 2012

Penilaian ......

                                           

        Semasa mula mendapat maklumat yang kami terpilih untuk mengerjakan Haji, kami bercadang untuk memohon antara tarikh-tarikh yang  akhir. Kononnya kalau pergi lewat, maka banyaklah ruang kosong di Al Haram untuk kami menikmati suasana lega. Tetapi atas nasihat ZAHAFIZ Travel, kami bertolak awal dan kami adalah kumpulan pertama dari agensi tersebut untuk bertolak bersama-sama Ustaz Samsuddin Sidek dan Ustazah Masirah. Itu saja sudah satu petanda yang baik kerana kedua mereka arif tentang pekerjaan Umrah/Haji dan permasalahannya. Syukur Alhamdulillah.

       Pekerjaan Haji sebenarnya memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Termasuk musim ini, ini sudah beberapa kali aku dan suami mengerjakan Haji. Dalam beberapa kali itu, Haji inilah kami dapat benar-benar merasakan nikmatnya sepenuh hati. Sepanjang kami di sini, imformasi tentang hal-hal terkini dan kisah-kisah sejarah di beri begitu rupa sehingga kita dapat menghayati setiap perbuatan kita samada dalam ziarah atau beribadah. Untuk menyampaikan maklumat atau bercerita, kita memerlukan sesorang yang arif untuk melakukannya. Oleh kerana berlatarbelakangkan seorang pendidik, perkara ini sangat mudah bagi Ustaz Samsuddin melakukkannya. Pemyampaiannya begitu mudah, kelakar tetapi dihujung jalan, kita belajar. Itulah kehebatan pendidik. Tabik hormat pada semua pendidik!

       Semasa di Madinah, selepas makan malam, semua jemaah dikumpulkan di dewan makan utnuk taklimat tentang program esok hari. ini sangat penting supaya kita dapat menghayati tentang kisah sejarah tenmpat-tampat yang dilawati. Antaranya ialah MAsjid Quba'.....setiap Sabtu Rasulallah akan ke Masjid tersebut, Masjid Qiblaitin....wahyu diturunkan pada rakaat kedua solat Zohor untuk menghadap ke kota Mekah, Masjid Jumaat....solat Jumaat pertama didirikan disini, Jabal Uhud...Tapak Peperangan Uhud yang mana terletaknya makam para Syuhada. Oleh kerana sejarahnya sudah kita ketahui, dapat kita bayangkan bagaimana susahnya Rasuallah dan sahabat-sahabatnya berjuang bermati-matian untuk menegakkan syiar agama Islam.

        Begitu juga semasa di Makatul Mukarramah. Di sini perjumpaan lebih kerap lagi iaitu waktu pagi dan waktu malam. Dua dalam satu....ceramah dan taklimat. Lebih kerap kerana kursus Haji yang lebih teliti disampaikan oleh Ustaz dibantu oleh Ustaz Sallehuddin Nasir. DAlam kepnatan kami berjalan ulang alik ke AlHaram yang sejauh 15 minit perjalanan langsung tidak terasa kerana semangat yang di tiupkan oleh kedua Ustaz tersebut. Setiap sudut kota ini penuh dengan sejarah. Di sinilah Rasulallah saw dilahirkan, mengembala kambing, dipertemukan jodoh dan menjadikan tempat ini sebagai pusat pengembangan agama Islam. Setiap kali kita menapak dibumi bertuah ini, kita mengharapkan agar dapat memijak ditempat sama baginda Nabi berada. Masyaallah.

       Tiba waktu mengerjakan Haji, dengan imformasi yang diberi dan petugas-petugas yang cekap, segala urusan berjalan lancar. Sebagai manusia, dimana jua, walaubagaimana cekap, walaupun sudah merancang dengan baik, TETAPI ini adalah wilayah kekuasaan Allah. Sebab itu, kita selalu diingatkan, apa juga yang kita terima itulah sebenarnya rezeki kita. Jangan dengki kalau orang lain dapat lebih dan jangan bangga kalau kita dapat lebih. Mestilah sentiasa bersyukur. Dibibir jangan sekali lekang sebutan  Subhanallah! Alhamdulillah! Astagfirullah! Inalillah! dan sebagainya mengikut keadaan. Itu lebih baik dari mengata-ngata dibelakang! Ingatlah yang kita sentiasa diperhatikan. Ujian Allah untuk dapat Mabrur atau Mardud bukan semasa pekerjaan Haji sahaja, malah selepas pekerjaan Haji kita diuji juga. Tak perlu teruk sangat...setakat tunggu bas yang lewat sampai cukup untuk menilai Haji kita. Fikir-fikirlah dan nilailah sendiri.

      Yang paling hebat iailah, selepas selesai Nafar Awal atau Nafar Thani, Tahalul Awal atau Tahlul Thani kami dikumpulkan skali lagi untuk menilai pekerjaan Haji kami sendiri. Dengan panduan  Ustaz, kami sendiri dapat menilai samada pekerjaan kami lengkap atau tidak dan sebarang pemasaalahan ada diberi jalan penyelesaiannya samada dengan mengulangi pekerjaan tawaf atau saie yang rosak, membayar  fidyah , dam dan sebagainya. Jemaah tidak dibiarkan dengan tanggapan yang pekerjaan Haji kami sempurna. Muhasabah Haji ini sangat penting.  Ucapan terima kasih kepada PIHTAS (Pembimbing Ihwal Haji Tanah Suci) iaitu Ustaz-Ustaz kami yang bekerja keras untuk memastikan kesempurnaan.

      Bagi kami tiga beranak, kesempatan bersama sebilik dan kemana-mana jua, kami gunakan sepenuhnya untuk menilai erti kasih sayang kami anak beranak. Tidak terkecuali, kami turut diuji dengan beberapa perkara tapi Allah Maha Kaya, memberi kami yang terbaik. Semoga Allah menggantikan yang hilang dari kami dengan yang terbaik dariNya. Insyaallah. mula kami dipertemukan dengan orang yang baik-baik belaka. Syukur Alhamdulillah.  Sepanjang kami di sini, Allah kurniakan kami dengan kesihatan yang sangat baik, para jemaah yang sangat baik, makanan yang sedap, layanan yang baik dan rezeki yang murah. Masyaallah. Tiada lain selain dari bersyukur ke hadrat Illahi. 


                                    Syukran Ya Allah.....Alhamdulillah....Wa Syukrillah!

Monday, October 29, 2012

Sekitar Pekerjaan Haji



 Semasa di bumi Arafah...WUKUF.

Bersama cinta.
Bersama anakanda kami.
Panglima-panglimaku....

Bersama Datin Hjh Maznah, Hjh Zaiton, Ustazah Hjh Masirah, Hjh Siti Hawa dan Hjh Siti Hajar.

Amiin....

                                   Bermalam di Mudzalifah....memungut anak-anak batu.


                               
Berlantaikan tanah dan beratapkan langit.


Memungut anak anak batu.

Nun jauh dihadapan kami ialah kota Mekah....
petunjuknya ialah Clock Tower.
                                             
Tukang pungut anak-anak batu.
                                                                                            
Sempat menulis blog.


Mabit di Mina......Melontar Jamraat


Berehat sebelum waktu melontar.
Solat Subuh berjemaah di Mina.
Selesai melontar Jamratul Aqobah.
Tahniah anakku...Haji Ahmad Azman.
                                   

Wednesday, October 24, 2012

Umat di mana-mana....

          Aku dan keluarga menjadi tetamu Allah pada musim Haji musim ini. Kami amat bersyukur dengan peluang yang Allah berikan ini. Bukan kami sahaja, malah ada orang lain yang kami kenali seperti jiran lama kami Dr Zaid dn isterinya Noni, teman lama Mansur dan Kasmawati, jiran RSSB Dato Seri Ahmad Kabit dan Datin Seri Halimah, Nagyb dan isterinya Illa dan tidak dilupakan guru talaqi kami Ustaz Muhammad Farhan Wijaya turut diundang Allah. Alhamdulillah. Namun, terkenang juga sahabat-sahabat yang tidak dapat bersama seperti Kak Zaleha, Aktar Zaiti dan suaminya Ikram, Chegu Kamal dan juga Ali Mohamed. Bersabarlah. Telah kulambai nama kalian di tanah suci. Semoga Allah menjemput kalian di musiam depan. Insyaallah.

          Bertapa bersyukurnya kami apabila kami dapat tempat penginapan yang selesa, petugas-petugas ZAHAFIZ Travel yang perihatin dan peka. Tidak dilupakan makanannya yang sedap dan mewah. Kalau tak bersyukur juga dan masih mahu bising , membebel dan tidak puas hati, bagiku itu adalah satu kerugian yang amat besar. Seharusnya kita kena ingat, apa juga yg disajikan di tanah suci adalah kerana kehendak Illahi.

           Tanah haram adalah dalam wilayah kerajaan Allah! Itu kita mesti ingat. Di sini, walau bagaimana sekalipun perancangan kita, walau sebanyak manapun kos bayaran kita, walau setinggi manapun pangkat kita ...... kita di bawah kekuasaanNya. Allah menentukan segalanya. Allah berhak membuat apa sahaja yang dikehendakinya. Allah menjadikan jemaah Haji seperti budak-budak. Apa taknya, di suruh berpakaian yang sama, disuruh mengutip batu dan disuruh baling sambil mengira. tidur pula di khemah dan makanan disediakan. Siapapun kita di tanah air, kita adalah kanak-kanak di mata Allah. Allah berhak menurunkan pelbagai ujian untuk umatnya dan Allah Maha Mengetahui. Ingatlah, Allah amat mengasihi kita dan berjanji akan mengampunkan segala dosa-dosa kita. Yakinlah!












         Namun berlainan pula dengan jemaah-jemaah dari negara-negara lain. Oleh kerana tempat penginapan mereka jauh atau tidak ada langsung, maka sekitar kawasan AlHaram menjadi medan untuk mereka berkhemah . Lihatlah gambar gambar di bawah dan kongsilah rasa keyukuran kami sebagai jemaah Malayasia di sini.







Tuesday, October 23, 2012

Hujan Rahmat


          Seperti hari-hari biasa, tugas utamanya ialah mencuci dan menyidai pakaian di tingkat 11. Bagiku, sebagai anak lelaki yang bertanggungjawab,  dia wajib menjalankan tugasnya. Lagipun, sebagai bakal Haji, dia haruslah banyak bersabar. Syukur Alhamdulillah.

          Seperti biasa waktu petang sebelum ke Al Haram untuk Maghrib, Azman akan keluar mengutip pakaian di sidaian. Ketika itu terasa olehnya titik air yang jatuh dan barulah dia perasan yang hari  hujan.

          Hujan di Mekah! Masyaallah! Kami langsung bergegas ke masjid dan sambil berjalan, terkumat kamit mulut kami berzikir dan mengucapkan syukur pada Allah. Disepanjang jalan tidak henti-henti kami mengambil foto dan video. Bukannya jakun, tetapi langit di sini selalunya tidak berawan....lagit biru sahaja tetapi semalam, bukan hanya berawan gelap...... tapi hujan! Masyaallah.

          Berikut adalah sebahagian gambar yang sempat kami rakamkan. Sekadar ingin berkongsi bersama rasa kesyukuran ke hadrat Illahi......





Semua terpegun dengan keadaan langit ketika itu.







Langit gelap.


Berdebar jantung melihatkan keadaan langit.

sempat merakamkan foto diri sendiri dgn awan mendung di atas.



Bergegas ke masjid sebelum hujan turun.
Keadaan langit semasa hujan di waktu azan Maghrib.

Taqwa....walaupun lantai basah, solat tetap didirikan.

Azman berpayung di tingkat atas MAsjidil Haram.

Ramai yang rela ditimpa hujan.

Saturday, October 20, 2012

Yang tinggal hanya kenangan


       Kalaulah dulu ada digital camera, sudah pasti gambar-gambar boleh kita simpankan ke dalam hard disk. Masihku simpan gambar-gambarku bersama keluarga semasa kami mengerjakan Umrah saban tahun demi tahun.

       Jelas sekali kami dapat merasakan keseronokan berjalan keliling kota Mekah yang penuh dengan kedai-kedai kecil menjual pelbagai barangan yang hampir serupa tetapi berbeda harganya! Hahahaha. Disinilah kepakaran tawar menawar digunakan.

       Masih teringat lagi keadaan  hingar-bingar   di Bazaar Moda'a atau lebih dikenali sebagai Pasar Zing. Disitulah ada hotel-hotel kecil, Pasaraya Bin Dawood, Kedai pakaian, kedai emas, kedai kain, kedai kurma dan namakan sahaja, disitulah segalanya. Tutup mata sekalipun,  boleh kami ceritakan deretan kedai-kedai yang ada di situ.  Di kaki limanya pula iaitu di tengah-tegah jalan antar deretan kedai, ada pula yang menjual inai, sugi dan tidak lupa peminta-peminta sedekah! Tidak lupa , disitulah juga tempat laluan jenazah yang di bawa masuk keluar masjid!

       Kali pertama ke tanah suci, kami menginap di  Hotel Aziz Khogeer.  Kami pergi bersama kumpulan Ismail Tours di Johor Bahru. TAmbangnya ketika itu RM1999.00 untuk 5 hari Istanbul dan 10 hari Umrah! Ketika itu, Aziz Kogeerlah antara yang terdekat dengan Al Haram. Sempat juga beberapa kali kami menginap disitu. Kemudian kami tinggal di Hotel Mekah dan Grand Mekah. Kalau musim Haji, mereka yang punya budget lebih saja yang mampu menginap di situ. Naik ke atas sikit, ada Hotel New Safa dan Safa Hotel. Ketika itu kami dibawah KSB Travel selama beberapa tahun berturut-turut. Tidak lupa kami pernah tinggal di  Firdhaus Hotel . Di sebelahnya ada sebuah kedai menjual permaidani oleh dua beradik dari Afghanistan!

       Pokoknya, tahun demi tahun kami menyaksikan perubahan rupa kota suci ini. Terlalu banyak perubahan rupabentuk dan struktur kota ini sehinggakan kami lupa beberapa kawasan lama kerana semuanya sudah dirobohkan dan diratakan dan Insyaallah akan dibina bangunan yang baru pula.

      Al Haram yang kami ingat dahulu masih jelas diingatan. Kini ia semakin besar dan semoga bertambah makmurlah kota Mekah ini. Semua ini adalah berkat doa Nabi Ibrahim . Bayangkan dari sebuah tenpat yang tidak punya apa-apa. Yang ada hanyalah batu-batu keras. Tetapi kini Mekah adalah sebuah kota yang sangat maju. Setiap hari jutaan manusia dari seluruh pelusuk dunia datang ke sini samada untuk mengerjakan Haji ataupun Umrah. Subhanallah!

       Berikut adalah gambar-gamabar yang kami ambil dari internet. Koleksi gambar gami masih tersimpan sebagi kepingan foto dan belum disimpan dalam bentuk didigital. KAmi ingin mengucapakan terima kasih kepada yang punya gambar-gambar ini dan mohon dikongsi.

Kubu Ajyad 1777 hingga 2002


Dulunya Pasar Zing di sini.

kawasan Saie yang dahulunya 3 tingkat, kini sudah bertambah setingkat lagi.

Hotel Al Reem

Sheraton Makkah

Dulu  Hotel Firdhaus Makkah di sini.


Bahagian belakang Sofitel .

Kawasan Bukit Marwah.

Dulu jambatan ini menyambungkan Sofitel dengan tingkat as masjid.



Kawasan Assyamiah yang telah ditolak dan ratakan.

Dulu, disinilah Hotel  Grand Makkah.


Hotel Qasrun Najd.

Laluan popular...bazaar Pasar Zing.




Sofitel.