Bayi itu menangis kelaparan
Bayi itu menangis lagi.....
nak tidur
tak selesa
kembung
Tetapi...
Bayi tidak menangis kerana merindui
Kerana dia belum punya perasaan sebegitu
Cukup masa dia akan tidor
Tidor yang sangat nyenyak
Bertapa comelnya dia
Bertapa tenangnya dia
Bayi tidak tahu erti kesedihan
tidak juga kekayaan atau kemiskinan
Berinya sebuah mainan dan dia girang
Bayi itu anugerah dari Allah
Kita diamanahkan untuk menjaganya
Menyediakan keperluan hidup
Kasih sayang, perhatian
dan
memberinya ilmu dunia dan akhirat
Bayi ibarat kain putih dan kita yang mewarnakannya
Bukan warna kulit
tetapi kehidupannya
warna hati budinya
Oleh itu, jalankan tanggungjawabmu
Jaga amanahmu
Kerana kau akan ditanya nanti
Semoga bayi itu membesar menjadi insan yang hebat dalam
Agamanya,
Bangsanya dan Negaranya...
No comments:
Post a Comment