Tuesday, October 9, 2012

Menjadi tetamu Allah ...siri 4

         

Masidil Haram akan datang.

             Bila kulihat disekelilingku, tiada apa yang menarik di sini. Yang ada hanyalah padang pasir, batu, gunung, unta, kambing dan manusia....Itu sahaja. Tetapi ternyata  bumi bertuah ini yang menjadi pilihan Yang Maha Esa, sebagai pusat bermulanya agama kita dan berkembang keseluruh dunia. Hebat sungguh. 

            Sejak dari Nabi Ibrahim meninggalkan anaknya Nabi Ismail dan isterinya Siti Hajar sehinggalah kini, kota Mekah kini semakin makmur. Jelas, janji Allah itu benar. Jelas doa di sini makbul. Makbulnya doa Nabi Ibrahim sehingga kini kita dapat merasa nikmatnya. Alhamdulillah,


Masjid Nabawi
            Untuk mengenali sesuatu tempat yang baru kita jejaki, sebaik-baiknya kita ambil tahu akan sejarahnya dahulu. Mungkin semasa zaman persekolahan dulu ada sedikit pengetahuan tentang tempat ini tetapi adalah lebih baik kita tambah ilmu kita dengan melayari internet dan mencari maklumat terkini. Di kesempatan ini, semasa berada di bumi bertuah ini, kami para jemaah telah di bawa melawat ke luar kota. Selepas memasang niat Umrah di Hudaibiyah, bas terus membawa kami ke Muzium Mekah yang khusus untuk Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.


Bawah telaga zam-zam

Pancur emas


Gambar Hajar Aswad
Bekas tapak kaki Nabi Ibrahim
Mimbar yang berusia 200 tahun.
            Di antara barang-barang yang ada di dalam muzium tersebut ialah gambar-gambar lama Mekah dan Madinah. Masih kuingat lagi , kita boleh turun ke bawah telaga zam-zam yang diasingkan antara lelaki dan wanita. Di bawah sana terdapat deretan demi deretan sinki air zam-zam. Disitulah tempat kita mengambil wudhuk dan minum air sepuas-puasnya. Ada ketika, oleh kerana terlalu panas selepas bertwaf, ada yang mengambil kesempatan menyiram air zam-zam ke seluruh kepala dan badan. Tapi, itu semua tinggal kenangan sahaja. Aku bersyukur kerana dapat merasainya. Alhamdulillah.


Kiswah
Salah satu tiang Kaaba
Pintu Kaabah


             Selain dari itu terdapat bingkai Hajar Aswad, Kelambu Kaabah atau Kiswah, daun pintu Kaabah dan pelbagai lagi. Bak kata orang putih, a picture tells a thousand words. Oleh itu, lihatlah antara artifak-artifak yang terdapat di muzium tersebut.


Bergambar kenangan bersama muslimat jemaah Zahafiz 2012.



            



            

Sunday, October 7, 2012

Menjadi tetamu Allah siri 3



Hari ni kami dibawa melawat luar kota Mekah iaitu ke Hudaibiyah. Sekali pandang seolah olah tidak ada apa-apa tetapi sejarahnya yang membuat tempat ini tidak putus-putus dilawati .

Hudaibiyah is in tanah halal. Kita bermiqat di situ for niat Umrah or Haji. Hudaibiyah mempunyai sejarah sendiri. Bila Rasulallah diperintah Allah mengerjakan Umrah, baginda bergerak bersama orang-orang Islam dari MAdinah dah bermiqat di Hudaibiyah. Oleh kerana Saidina Othman adalah orang kelahiran Mekah dan mempunyai saudara mara yang ramai di sana, beliau dihantar Rasulallah untuk meminta jasa baik kaum Quraisyh dalam Mekah membenarkan rombongan Rasulallah melakukan Tawaf. Kaum Quraisyh hanya membenarkanSaidina Othman sahaja tapi tidak membenarkan Rasulallah.Saidina Othman mengatakan yang jika jemaah tidak bersama, maka dia juga tidak akan melakukan tawaf tersebut. Kemudian mereka menahan Saidina Othman di kota Mekah dan membuat propaganda mengatakan yang orang Quraisyh sudah membunuh Othman dengan harapan rombongan Rasulallah mengamuk dan menyerang Mekah. Tetapi itu tidak berlaku. Orang Islam tetap tenang sehingga Saidina Othman pulang ke Hudaibiyah. Beliau memberitahu RAsulallah bahawa mereka tidak dibenarkan Umrah pada tahun tersebut,
Bagaimana? Sedangkan rombongan sudah pun berniat ihram! Maka Allah menurunkan wahyu yang mengatakan bahawa, untuk membatalkan ihram itu dan supaya bebas dari 13 larangannya ialah dengan menyembelih seekor kambing, bertahalul dan bersalin pakaian.

Setelah dibaca ayat tersebut, tidak seperti biasa, sahabat2 Rasulallah tidak membuat apa-apa. Baginda merasa sangat sedih lalu pergi berjumpa salah seorang isterinya Ummu Salamah. Ummu Salamah bertanya mengapa Rasulallah kelihatan sangat murung dan baginda mengatakan yang tidak ada seorang pun yang patuh dengan perintah Allah setelah mendengar ayat itu dibaca.

Ummu Salamah kata, bukannya sahabat tidak patuh tetapi mereka tidak faham. Oleh itu Ummu Salamah mencadangkan agar Rasulallah memulakan dahulu. Jelas sekali, apabila melihat perlakuan Rasulallah, dengan secara otomatik semua sahabat dan ahli rombongan membuat perkara yang sama. Umrah tahun itu batal dan mereka datang pada tahun berikutnya.

Lihatlah wahai teman sekelian, walaupun Rasulallah , seorang Nabi yang menerima wahyu dari Allah, masih menerima pendapat isterinya. Apa lagi kita. Bagitahu kat suami cerita ni ehhhhh!



                                   

Masjid Hudaibiyah tidaklah besar sangat. NAk kata kecil pun tidak jugak. Ada masalah sikit untuk muslimat apabila   ruang solat muslimat sant keci. sekali masuk boleh menampung tidak lebih dari 30 orang sahaja tetapi yang datangnya sehingga 10 buah bas. Cuba bayangkan bertapa sesaknya kami. Keadaan tandasnya agak menyedihkan dan tempat berwudhuk pun sangat sempit. Pintu untuk masuk ke semua ruang tersebut hanyalah satu  sahaja utk muslimat. Bayangkanlah bertapa gamatnya. Kesihan melihatkan orang kita apabila dihimpit dan di tolak oleh jemaah berbangsa lain yang bertubuh jauh lebih sasa. Tapi apa pun, kami sudah selamat.

Aku pasti di masa akan datang, pihak berkuasa Mekah akan menaiktaraf Masjid Hudaibiyah sebagaimana mereka menaik taraf Masjid Jaaranah. Insyaallah.

Thursday, October 4, 2012

Cara pengenalan diri berkumpulan.....

HambaMu datang Ya Allah
Memenuhi PanggilanMu
HambaMu datang Ya Allah 
Tiada sekutu untukMu
Segala pujian hanya untukMu









Dari pakaian mereka yang sama, menunjukkan budaya negara masing-masing. Ada yang menampal gambar peta negara mereka atas pakaian mereka. Ada yang menggunakan selendang dan di atasnya tertulis asal usul mereka. ADa pula yang memakai batik dan songkok yang sama warna. Namun, apa juga pakaian yang dikenakan, yang utama ialah kita semua saudara seagama dan semua datang dengan mengharapakan keredhoaan dan rahmat Allah. 









Menjadi tetamu Allah....siri 2

            Setiba kami di kota Madinah, beg baju kami tidak sampai ke bilik sedangkan orang lain sudah berpakaian bersih. Peringatan, jangan cepat naik angin. Istigfar. Bersabar dan berserah. Kami terus ke Masjid Nabawi dengan pakaian yang sudah lebih 24 jam di badan. Berkat kesabaran, akhirnya dapat juga beg kami. Alhamdulillah.
                                            

            Di Madinatul Munawarah, kami di bawa menziarahi tempat-tempat bersejarah. Antaranya ialah Masjid Qubaa iaitu masjid pertma yang di bina oleh Rasulallah dalam sejarah Islam dengan bertiangkan batang Kurma dan beratapkan pelepah-pelepah Kurma. Setiap hari Sabtu, Rasulallah akan berjalan atau menaiki untanya menuju ke masjid Qubaa untuk solat di sana. Berwudhuk dari hotel dan mengerjakan solat sunat dua rakaat di masjid ini dijanjikan satu pahala Umrah!  Kini, sebuah masjid yang tersergam indah dibina di tapak asalnya.

            Kemudian rombongan di bawa ke Jabal Uhud dimana terjadinya Perang Uhud. Hebatnya ialah Bukit Uhud yang sepanjang 7km, selebar 4km dan setinggi 1km adalah salah satu daripada yang berasal dari bumi yang akan berada di Syurga nanti. Subhanallah! Semua 70 orang Syuhada Uhud di kebumikan ditempat mereka tumbang. Tapi janji Allah itu benar. Terjadi satu banjir besar di situ dan kesemua jasad Syuhada yang kelihatan seolah-olah masih baru telah timbul dan kesemuanya di kebumikan dalam satu kawasan perkuburan khas di Uhud.

                         
            Selepas itu kami di bawa ke kawasan Masjid Tujuh iaitu tempat di mana terjadinya  Perang Handak(parit) . Ketika itu Panglima Perang Salman al Farisi mencadangkan pada Rasulallah agar di bina parit besar mengelilingi Madinah supaya tidak dapat dimasuki oleh tentera kafir Quraisyh. Besarnya parit itu tidak dapat melepasi lompatan seekor kuda dan dalamnya parit itu menyebabkan sesiapa yang jatuh tidak dapat memanjat keluar walaupun seekor kuda! Akhirnya Allah menurunkan ribut pasir yang menyebabkan tentera musuh berundur. Subhanallah.
Salah sebuah dari Masjid Tujuh yang tinggal di tapak Perang Handak.
Kami juga melintasi sebuah masjid yang dibina oleh Rasulallah untuk mendirikan Solat Jumaat pertama dalam sejarah Islam. Masjid Jomah.
Masjid Jomah.




Menjadi tetamu Allah...siri 1

            Kali pertama ke tanah suci iaitu pada tahun 1988...ketika itu masih muda belia. Anak-anak masih kecil tapi entah mengapa hati tergamit untuk mengerjakan Umrah sedangkan suami ingin membawa aku ke USA. KAli pertama melihat kaabah, hati bagai nak runtuh, kelu lidah ..hanya air mata yang bercucuran. Dalam rombongan itu ada beberapa pasangan veteran yang sudah beberapa kali ke sana membimbing kami dan bercerita tentang tempat- tempat yang dilawati. Alhamdulillah.

             Tahun 1989, kami menjual sebahagian harta kami dan dengan mengumnpul serba sedikit wang dari adik beradik, berjaya kami menghantar arwah bapaku dan arwah ibu mertuaku serta kakak iparku mengerjakan haji. Syukur Alhamdulillah.

            Tahun 1990, kami pula di jemput mengerjakan haji. Ramai yang tarik diri kerana kejadian Perang Teluk. Umur masih muda. Anak-anak masih kecil. Dilema! Tapi kami pergi juga. Berbekalkan pengalaman Umrah dua tahun sudah serta kursus haji yang disediakan Tahung Haji maka ke tanah sucilah kami dan pulang dengan gelaran. Alhamdulillah.

            Janji Allah memang benar, Sejak kepulangan kami dari mengerjakan haji, pelbagai  kemudahan dan rezeki yang melimpah ruah Allah berikan. Syukran Ya Allah. Tahun 1992 sehinggalah tahun 2011, hampir setiap tahun kami ke tanah suci menunaikan Umrah samada bersama keluarga maupun teman-teman. Masyaallah!

            Tahun 1998, krisis ekonomi dunia melanda. Kerja kurang. Sana sini mengeluh tentang kejatuhan matawang dan ekonomi merosot. Kami mengadu pada Allah. Kami ke tanah suci mengerjakan haji buat kedua kalinya. Badan masih sihat dan kami kian matang, Pengalaman ke tanah suci yang lepas lepas menjadikan kami kuat semangat dan yang penting yakin. kali ini tidak dengan Tabuing Haji tapi emnggunakan Visa ziarah....panjang ceritanya! Alhamdulillah.

             Tahun 2011, kami mengerjakan Umrah bersama anak-anak, menantu, cucu, kakak ipar dan teman-teman. Saat paling bahagia buat kami.Kemewahan yang kami terima...Masyaallah tidak terkata! Syukran Ya Allah.

Kini, ketika ini, saat aku menulis ini, aku berada di kota Makataul Mukarammah bersama suami dan anak bujangku. Jika diizinkan Allah, maka kami akan mengerjakan Haji buat ketiga kalinya dan Haji Wajib buat anak kami Ahamd Azman dan sunat buat kami. Insyaallah. 

            Semoga Allah menerima segala ibadah kami dan dipermudahkan segala urusan kami.


Thursday, September 6, 2012

Bertaut kembali...




Pertelingkahan sesama adik beradik adalah satu perkara yang normal. Sedangkan lidah lagi tergigit. Bayangkan lidah dan gigi yang begitu rapat kedudukannya dan mempunyai fungsi masing-masing,tersilap lentok, tergigit juga....apalagi kita manusia. Kita tidak akan terlepas dari membuat kesilapan. Cara terbaik ialah memohon maaf dan lebih penting lagi ialah sedia memaafkan.

Manusia diberi akal, perasaan dan nafsu. Manusia dilahirkan didunia untuk menyembah Allah. Tetapi dek terlupa, manusia menjadi alpa. Kita meletakkan nafsu mengatasi segalanya. Gagal kita menggunakan akal untuk mengawal perasaan kita. Akhirnya, pelbagai kata nesta dan tomahan kita taburkan yang menyebabkan terguris perasaan dan terluka hati di dalam. Kita patut malu pada diri kita sendiri da kepada anak-anak kita. Kita sepatutnya malu kepada Allah!

Begitulah keadaan dalam sesebuah keluarga. Namun, bak kata orang Melayu... Air dicincang tak akan putus.  Sememangnya amat benar. hebat sungguh orang Melayu bermain dengan kata-kata yang terhasil dari pengalaman dan pengamatan mereka dalam kehidupan. Ambillah sebilah pisau, parang atau kapak lalu kita cuba mencincang air, pasti air tidak akan putus! Begitulah hakikatnya tali persaudaraan atau lebih tepat lagi..adik beradik. Pertalian yang kita sangka terputus sudah, namun ia  kembali bertaut.!

Aidilfitri 2012, telah membuka laluan kepada adik beradikku untuk kembali bersatu setelah beberapa ketidaksefahaman selama beberapa tahun. Namun, walau bagaimanapun, berkat doa dan kesabaran akhirnya kami kembali bersama. Bersyukurnya kami ke hadrat Illahi atas rezeki ini. Akan kami berusaha memelihara tali persaudaraan ini sebaik mungkin. Ampunilah segala dosa dan perbuatan kami Wahai Allah yang Maha Pengampun , Maha Mengasihi lagi  Mengasihani. Sesungguhnya kami sendiri yang menzalimi diri kami. Peliharakanlah tali persaudaraan kami ini dari berpecah belah. Setiap masalah ada jalan keluarnya. Setiap pertelingkahan ada penyelesaiannya. Kembalilah bersatu stealah selesai masalahnya. Bak kata orang Melayu ...... Bidok berlalu, kiambang bertaut..... Aku bangga aku anak  Melayu yang kaya dengan  bahasa. Semoga ia tidak pupus ditelan zaman....