Saturday, October 20, 2012

Yang tinggal hanya kenangan


       Kalaulah dulu ada digital camera, sudah pasti gambar-gambar boleh kita simpankan ke dalam hard disk. Masihku simpan gambar-gambarku bersama keluarga semasa kami mengerjakan Umrah saban tahun demi tahun.

       Jelas sekali kami dapat merasakan keseronokan berjalan keliling kota Mekah yang penuh dengan kedai-kedai kecil menjual pelbagai barangan yang hampir serupa tetapi berbeda harganya! Hahahaha. Disinilah kepakaran tawar menawar digunakan.

       Masih teringat lagi keadaan  hingar-bingar   di Bazaar Moda'a atau lebih dikenali sebagai Pasar Zing. Disitulah ada hotel-hotel kecil, Pasaraya Bin Dawood, Kedai pakaian, kedai emas, kedai kain, kedai kurma dan namakan sahaja, disitulah segalanya. Tutup mata sekalipun,  boleh kami ceritakan deretan kedai-kedai yang ada di situ.  Di kaki limanya pula iaitu di tengah-tegah jalan antar deretan kedai, ada pula yang menjual inai, sugi dan tidak lupa peminta-peminta sedekah! Tidak lupa , disitulah juga tempat laluan jenazah yang di bawa masuk keluar masjid!

       Kali pertama ke tanah suci, kami menginap di  Hotel Aziz Khogeer.  Kami pergi bersama kumpulan Ismail Tours di Johor Bahru. TAmbangnya ketika itu RM1999.00 untuk 5 hari Istanbul dan 10 hari Umrah! Ketika itu, Aziz Kogeerlah antara yang terdekat dengan Al Haram. Sempat juga beberapa kali kami menginap disitu. Kemudian kami tinggal di Hotel Mekah dan Grand Mekah. Kalau musim Haji, mereka yang punya budget lebih saja yang mampu menginap di situ. Naik ke atas sikit, ada Hotel New Safa dan Safa Hotel. Ketika itu kami dibawah KSB Travel selama beberapa tahun berturut-turut. Tidak lupa kami pernah tinggal di  Firdhaus Hotel . Di sebelahnya ada sebuah kedai menjual permaidani oleh dua beradik dari Afghanistan!

       Pokoknya, tahun demi tahun kami menyaksikan perubahan rupa kota suci ini. Terlalu banyak perubahan rupabentuk dan struktur kota ini sehinggakan kami lupa beberapa kawasan lama kerana semuanya sudah dirobohkan dan diratakan dan Insyaallah akan dibina bangunan yang baru pula.

      Al Haram yang kami ingat dahulu masih jelas diingatan. Kini ia semakin besar dan semoga bertambah makmurlah kota Mekah ini. Semua ini adalah berkat doa Nabi Ibrahim . Bayangkan dari sebuah tenpat yang tidak punya apa-apa. Yang ada hanyalah batu-batu keras. Tetapi kini Mekah adalah sebuah kota yang sangat maju. Setiap hari jutaan manusia dari seluruh pelusuk dunia datang ke sini samada untuk mengerjakan Haji ataupun Umrah. Subhanallah!

       Berikut adalah gambar-gamabar yang kami ambil dari internet. Koleksi gambar gami masih tersimpan sebagi kepingan foto dan belum disimpan dalam bentuk didigital. KAmi ingin mengucapakan terima kasih kepada yang punya gambar-gambar ini dan mohon dikongsi.

Kubu Ajyad 1777 hingga 2002


Dulunya Pasar Zing di sini.

kawasan Saie yang dahulunya 3 tingkat, kini sudah bertambah setingkat lagi.

Hotel Al Reem

Sheraton Makkah

Dulu  Hotel Firdhaus Makkah di sini.


Bahagian belakang Sofitel .

Kawasan Bukit Marwah.

Dulu jambatan ini menyambungkan Sofitel dengan tingkat as masjid.



Kawasan Assyamiah yang telah ditolak dan ratakan.

Dulu, disinilah Hotel  Grand Makkah.


Hotel Qasrun Najd.

Laluan popular...bazaar Pasar Zing.




Sofitel.


Senja di Makatul Mukarammah


























Lautan manusia di Al Haram

     Selepas solat bergegaslah jemaah Haji balik ke hotel masing-masing walaupun ada yang lebih gemar menghabiskan waktu terluang sebelum masuk waktu solat yang seterusnya di Masjidil Haram. Dalam perjalanan ke Al Haram , berjuta orang jemaah dari setiap pelusuk kota Mekah bergegas berjalan kaki untuk memastikan mereka mendapat tempat atau ruang yang selesa untuk solat. Satu setengah  jam sebelum waktu, Al Haram sudah padat dengan umat dari pelbagai bangsa seluruh dunia. Kalau kita berada di kawasan tinggi, pergerakannya seolah-olah ribuan ekor semut dari satu koloni berbaris-baris memasuki sarangnya......






                            

           



Sunday, October 14, 2012

Peperangan Hunain dan pengajarannya.



Jaaranah



Firman Allah dalam ayat 25  dan 26 surah al-Taubah yang bermaksud : 


Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (wahai orang mukmin) di medan peperangan yang banyak. Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu di waktu kamu merasa bangga kerana ramainya jumlahmu. Maka jumlah yang ramai itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. Dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada rasulNya dan kepada orang-orang yang beriman. Dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir. Dan demikianlah pembalasan kepada orang-orang kafir. 



  Peperangan Hunain berlaku selepas kejayaan Rasulullah s.a.w dalam Pembukaan Kota Mekah di mana baginda terdengar adanya perancangan bani Hawazin dan Thaqif  pimpinan Malik bin Auf yang tinggal di Taif untuk menyerang umat Islam. Bagi mengetahui secara lanjut tentang persiapan mereka lalu Rasulullah s.a.w menghantar Abdullah bin Abi Hadrad al-Aslamiy ke Taif. Dia diminta agar tinggal di tengah-tengah kaum tersebut bagi mengumpul maklumat. Setelah itu dia pulang ke Mekah dan memberitahu tentang persiapan bani Hawazin dan Thaqif dari segi kelengkapan senjata dan juga dengan bilangan tentera antara 20 hingga 30 ribu orang bagi menyerang umat Islam. Pasukan kuffar ini turut membawa bersama harta benda dan anak isteri mereka bagi menetapkan mereka dalam peperangan dan tidak lari dari medan perang. Namun ada perancangan sampingan iaitu menyerang hendap tentera Islam yang tidak diketahui baginda Rasulallah.  

      Rasulullah s.a.w  bersama 12 ribu orang tentera muslimin telah keluar menuju ke lembah Hunain. Keesokan harinya ketika mereka bangun dan bersiap untuk berperang di mana ketika pasukan muslimin di barisan hadapan pimpinan Khalid bin Walid sedang bergerak mara, mereka diserbu dari arah kiri dan kanan disamping anak panah yang menghujani mereka dari arah depan dan belakang. Ramai tentera Islam yang gugur syahid terutama mereka yang baru masuk Islam sebagai peringatan di  atas niat mereka yang turut sama berperang kerana ingin mendapatkan harta rampasan perang disamping perasaan angkuh dan sombong kerana merasakan kekuatan bilangan tentera Islam kali ini lebih kuat dan ramai berbanding sebelum ini. Serangan ini mengucar-kacirkan tentera Islam dan ada yang telah berundur ke belakang. 


     Namun akhirnya, tentera Islam dapat memecahkan tentera musuh kepada dua bahagian.  Kumpulan musuh yang kecil yang telah  terpisah telah dihambat dan akhirnya dapat di tawan. Ketika itu mereka sudah sampai di Jaaranah. Rasulallah mengumpulkan tawanan perang dan diberi layanan yang baik. Salah seorang dari panglima tentera musuh ingin menguji Rasulallah yang dikatakan seorang RAsul dan pastinya baginda tidak akan menghampakan sesiapa yang meminta. Lalu dia bertemu Rasulallah dan meminta sebahagian dari kambing yang dirampas sebagai Ghaiba. Rasulallah menyatakan kepadanya, "kamu lihat lembah di sana, kamu ambillah apa yang kamu mahu. Selepas itu, seluruh tawanan perang mengucap  syahadah.


     Rasulallah mebahagi-bahagikan tawanan dalam kumpulan yang berasingan. Tiba-tiba, seorang perempuan tua bangun lalu bertanya Rasulallah samada baginda mengenalinya. Setelah baginda bertanya, perempuan itu menunjuka kesan hitam gigitan dibahunya n mengingatkan Rasulallah bahawa itu adalah kesan gigitan Rasulallah semasa di susukan. Perempuan itu adalah Halimahtun Saadiah, ibu susuan baginda!. Mendengar itu, kedua mereka menangis saling

berpelukan. Baginda mendudukkan Halimahton Saadiah dan di beri layanan yang istimewa. Dikatakan bahawa apabila Halimahtun Saadiah meninggal dunia, Rasulallah sendiri yang menurunkannya ke liang lahat dan menangislah baginda . Airmata Rasulallah yang jatuh itu telah menyentuh kulit muka Halimahtun Saadiah . Sentuhan airmata  itu menjamin yang jasadnya tidak akan dimakan api neraka. Itulah sebenarnya ganjaran buat ibu susuan baginda, Halimahtun Saadiah. Allahu Akbar!!!

     Berbalik kepada cerita di Jaaranah, oleh kerana kesemua tawanan memeluk agama Islam, Rasulallah menghadiahkan kesemua harta ghaibah(harta rampasan perang) kepada mereka. Ini menimbulkan rasa kurang senang kaum Ansar kerana selalunya Rasulallah akan membahagi-bahagikan ghaibah kepada tenteranya. Maka timbullah rasa kurang senang dan kurang puas hati di kalanagan mereka.  Allah mengutuskan Jibrail untuk memberitahu Rasulallah akan keadaan itu. Lalu baginda memanggil kaum Ansar dan menerangkan bahawa tawanan perang itu baru sahaja memeluk agama Islam. Maka kita kena beri satu ganjaran buat mereka supaya mereka gembira. Mereka semua akan pulang ke kampung halaman mereaka dengan harta yang kita beri tetapi kaum Ansar akan pulang membawa pulang Rasulallah! Maka  apakah harta yang lebih bernilai lagi berbanding dengan Rasulallah. Baginda menyatakan perasaan  amat mengasihi baginda terhadap mereka sebagaimana baginda mengasihi dirinya sendiri! Mendengar ucapan Rasulallah, maka terduduk malulah kaum Ansar , menangis dan  bertaubat dengan kesilapan mereka.


     Jadi, Perang Hunain menyedarkan kaum Muslimin supaya sentiasa membetulkan niat dan lakukan sesuatu atas perintah Allah dan menurut arahan  Rasulallah. Di peperangan ini juga, sikap lupa diri  kaum Ansar diperbaiki dan tawanan perang diIslamkan.   Yang paling mengembirakan ialah apabila baginda bertemu kembali dengan ibu susuan baginda , Halimahton Saadiah.

Thursday, October 11, 2012

Pembersihan hati.

Setiap waktu kita membaca Doa Iftitah. Setiap waktu kita menyerah diri kepada Allah. Kita menghadapkan wajah kita kepada Maha Pencipta dan kita berikrar bahawa solat kita, ibadat kita, hidup kita dan mati kita hanyalah untuk Allah.

Wajah yang dimaksudkan bukan wajah lahiriah yang kita nampak cantik atau hodoh, cerah atau gelap. Tetapi wajah yang dimaksudkan ialah HATI kita. Allah tidak pandang kecantikan wajah, paras rupa, pangkat atau pakaian tetapi Allah pandang Hati kita.

Tiga perkara yang mencacatkan hati kita.....

1...RIAK...seseorang yang solat sendirian tanpa dilihat oleh sesiapa. Berpakaian ala kadar dan tanpa iringan solat-solat sunat. Tetapi apabila orang yang sama pergi solat berjemaah di masjid, banyak mata yang memandang. Solatnya dengan berpakaian paling cantik lengkap dengan solat solat sunat dan berwirid panjang...kerana apa? untuk siapa? Tidak lain dan tidak bukan untuk menunjuk-nunjuk. Elakkan gangguan syaitan ini dengan membaca Surah An Nas .

2...UJUB....seseorang yang syok sendiri. Melihat wajah dicermin dan perasan akan kehebatannya, kecantikannya sendiri. Sikap ini tidak diketahui oleh orang lain tetapi Allah tahu. Ujub akan makan dan binasa amal ibadah kita seperti api memakan kayu.   Ini juga merosakkan hati.

3...SUMAAH....seseorang yang suka menerima pujian dari orang keliling akan kelebihannya. Selagi tidak dipuji, selagi itu jiwanya tidak tenang. Dan apabila dia membuat kesilapan, dan ditgur, dia akan menjadi sangat marah dan tidak boleh mnerima kekalahan......sangat merosakkan hati.

Orang yang ikhlas ialah orang yang berlagak sama walau dimana jua dia berada samada bersendirian atau berjemaah.  

Bagaimana cara kita hendak membersih diri? Banyak caranya. Ustaz kata semasa berada di Tanah Suci ini, seribu satu benda kita boleh akukan untuk menyuci hati kita. Seringan-ringan perlakuan yang boleh kita lakukan ialah menghulur dan menyimpan Al Quran untuk jemaah di sekeliling kita, mengambil beberapa cawan air zam zam dan hulurkan kepada jemaah . MAlah memberi kertas tisuue juga sudah mencukupi. Rendahkanlah diri kita. Kita sebenarnya sangat kerdil di mata Allah. SIapalah kita hendak meninggi diri. 

Saya hanya menyampaikan pesanan Ustaz. Yang baik itu dari Allah yang yang buruk itu dari diri saya sendiri.


Wednesday, October 10, 2012

Haji oh Haji........

Awal tahun 80an....ketika itu aku masih bertugas sebagai seorang pendidik dan berkhidmat di Johor Bahru. Ketika itu, masih segar diingatanku, kedua anak aku Along Hana dan Azman masih lagi kecil. Ketika itu juga aku dan suami sudah mula menyimpan di Lembaga Tabung Haji dengan cara pemotongan gaji....bukannya banyak, hanya RM10 seorang! Hahahahha. Tapi apabila gaji kami mula naik, makan simpanan pun naik sekalilah!

Semasa itu, tidak ramai yang menyimpan di Tabung Haji hinggakan untuik menggalakkan orang ramai memmbuka akaun, Lembaga Tabung Haji menyediakan pelbagai jenis hadiah seperti payung, tabung dan sebagainya untuk penyimpan. Masih aku ingat lagi, satu hari kami menerima panggilan telefon dari pejabat Lembaga Tabung Haji menjemput kami menunaikan fardhu Haji! Ternganga kami! manakan tidaknya...aku baru berusia 28tahun...masih mentah dari segalanya!  Perasaan takut, bangga, gembira dan sedih bercampur baur......aku ni banyak buat dosa, duit pun tak ada sangat, ilmu masih terlalu cetek...mengaji pun merangkak rangkak......what should I do?......... pergi juga memenuhi jemputan Illahi and since then we never look back....semoga Allalh terus menjemput kami.


Labaikallah Humalabaik.......Labaikalla Syarikalakalbaik...


Tahun ini, Allah menjemput kami sekali lagi dan anak bujang kami  turut serta.......sebak kami semua. Tergamam.  Memikirkan orang lain sampai menangis dan merayu hendak pergi, tiba tiba nama kami tersenarai. Subhanallah. Kelu lidah untuk berkata.....Manakan tidak....ALlah menjemput kami lagi.Masyaallah. Syukran Allah.....


Ya Allah....kami datang ke sini atas jemputanmu. Sebagai tetamu, kami berhak dilayan dengan baik. Permudahkanlah segala urusan kami ..... Ya Allah!

Dua hari sebelum Hari Lebaran, kami menerima panggilan telefon dari Lembaga Tabung Haji. Aku, suami dan anak lelakiku dipilih antara 28 ribu jemaah Haji Malaysia yang terpilih. PAsti sudah! Seminggu selepas Raya,  segala proses harus dibereskan. Alhamdulillah, disepanjang proses persediaan pekerjaan haji, kami dipertemukan dengan orang yang baik baik belaka. Rezeki yang Allah beri memudahkan urusan kami. Alhamdulillah.


Selalunya, orang yang hendak mengerjakan Haji akan mengadakan Majlis Ksyukuran tetapi tidak kami. Salah seorang jiran kami yang kebetulan baru berpindah kembali ke rumahnya yang baru dibaiki. terima kasih wahai sahabat. Allah sahaja yang akan membalas budi baikmu dan juga jiran tetangga serta sahabat handa dan teman spengajian. Semoga kalian dipanggil menjadi tetamu Allah juga. Insyaallah.


Saat menjejakkan kaki di bumi bertuah Madinatul al Munawarah dan seterusnya ke Al Haram  di Mekah, terasa syahdu dalam hati dan terasa bertapa kerdil dan hinanya diri ini di hadapan Allah.. Tiba-tiba aku menjadi sebak, Subhanallah.......tak dapat aku menahan airmataku. Aku bersyukur kepadaNya.......benar-benar bersyukur.


bersama anak bujang kami.
bersama suamiku.
Bagi sahabat sahabat yang masih belum mendapat berita panggilan mengerjakan Haji, bersabarlah hendaknya. Mungkin ad hikmah disebaliknya. Allah Maha Mengetahui, Kami doakan agar kalian dijemput pada musim haji yang akan datang, Insyaallah.