Thursday, November 15, 2012

Missing ME!



I wish I am the same me ...
I hope to be the same me ... 
I miss the young me 
The strong me 
The energetic me 
The never give up me 

I miss my active life 
I miss the long hours driving 
I miss the late night movies 
I miss most of all my Scuba Diving...a whole lot!!! 

What I meant to say is .. nothing last forever. 
Age will catch up... 
Movements will be slower.. 
Learn to accept..

Changes in life style is needed... 
Try growing old gracefully. 
Attend more religious classes... 
Maybe do more reading.. 
I should write more...blogging! 
Get serious with my painting...Why Not? 
Visit and get together with friends....

I am glad to be me ... 
I am greatful to my Creator...for 
My good health My families, neighbours and friends! 



Saturday, November 10, 2012

Syukran...

Bila ditanya tentang soal perasaan mengerjakan Haji langsung aku teringat kali pertama bila mendapat berita pemergian....gembira tak terkira! Itulah perasaanku ketika itu beserta linangan airmata kegembiraan penuh kesyukuran. Kami bertiga beranak saling berpelukan....kita jadi tetamu Allah. Alhamdulillah!
Hashim yang sentiasa menceriakan.
Sesi Jalan-jalan tambah iman.
Setelah selesai pekerjaan Haji, jemaah wanita, dikumpulkan di lobi hotel untuk bertadarus dan langsung menghatamkan Al Quran. Bagiku, ini satu usaha yang sangat murni. Selesai khatam, kami diberi peluang berucap bagi pihak semua muslimat. Beberapa orang tampil memberikan ucapan dan antaranya ialah mengucapkan terima kasih kepada pihak petugas ZAHAFIZ Travel. Mahu saja aku merampas mikrofon sebab bagiku banyak perkara yang boleh kita sampaikan dan berkongsi bersama. Namun setelah berfikir panjang, aku tarik balik niatku kerana takut ada yang terasa dengan perkara-perkara yang aku nak sebut. Kuabaikan saja....

Dalam merasa gembira terpilih, kami tiga berana berbincang dan memujuk diri kami untuk pergi dengan persediaan mental, emosi dan fizikal. Motto kami ialah.....Mengharapkan yang TERBAIK dan Bersedia untuk yang TERBURUK (Hope for the BEST and prepare for the WORST). Kita ke tanah suci atas jemputan Allah. Dalam doa, kami meminta agar Allah memberikan kami layanan yang baik sebagai tetamuNya. Itulah yang kami dapat....yang terbaik!Alhamdulillah.



Aiman sentiasa sedia membantu.

Adnan melambai jemaah ke Mekah.


Bagi kami, wang, pangkat dan kedudukan bukan segalanya kerana semasa di Tanah Suci, kita di dalam wilayah kekuasaan Allah. Zahafiz hanya alt untuk membantu sahaja. Kami redho dengan segala apa yang disediakan. Sebilik bertiga beranak dengan penghawa dinginnya kekadang di bawah 0 darjah....lebih sejuk dari peti sejuk bilik! Ini benar!

Makanan yang pelbagai pilihan dan sesuai dengan tekak kami...walaupun kekadang terlebih masin atau pedasnya, kekadang bila lewat turun ke dewan makan, lauknya habis....kami tetap makan dengan sedapnya. Ini benar!

Susunan beg di Madinatul Hujaj

Pengerusi ZAHAFIZ dan isteri sentiasa bersama jemaah.
Hj Halim, Hj Rodhi dan sahabat kami Tn Hj Arshad.

Ikut pemegang bendera untuk ke Mekah dari Jamraat.
Berkibar bendera ZAHAFIZ.
Taklimat demi taklimat.
Berehat menghilangkan lelah dan beramah mesra.

Jarak hotel ke Al Haram lebih kurang 15 minit berjalan kaki. Bagi mereka yang uzur ia satu jarak yang jauh.Mula-mula penat tetapi lama kelamaan kita rasa seronok sebab boleh melihat pelbagai gelagat manusia.  Penginapan kami di belakang Marwah. Jauh tapi banyak pintu masuk keluar masjid.....tak dapat tepi kita ke belakang atau ke sebelah kanan  ke Babul Fatah....tak dapat bawah, kita ke atas. Lain dengan mereka di Menara Jam. Lewat ke masjid ertinya solat di dataran atau di dalam kompleks perniagaan atau pun di atas jalanraya! Ada hikmahnya. Ini benar!

                                    
Anak-anak berbangsa Pattani yang dilahirkan di Mekah.
Selepas Wukuf, kami antara yang memilih untuk Nafar Awal dan berulang alik dengan berjalan kaki dari Mina ke Mekah! Untuk itu, kasut kena baik dan kaki mesti kuat. Selesai melontar Qubro, kami terus berjalan kaki sejauh 4.5km ke Mekah. Tiada banyak bezanya dengan yang tinggal di khemah di Moasim yang jaraknya lebih kurang 3.5km dari jamraat. Cuma tambah lagi 1 km kita dapat tidur dalam bilik sendiri dan yang lebih penting ada tandas sendiri......tapi, ZAHAFIZ Travel sangat peka tentang kesihatan dan keselamatan jemaahnya. Bas disediakan untuk kami berulang alik dari  Mekah ke Jamraat pergi dan balik. Kami tidak dikenakan bayaran...PERCUMA!  Kami merasa amat bersyukur. Ini benar!
                                             
Petugas-petugas wanita .
      

Bermula dari 9 Zulhijjah hingga ke 13 Zulhijjah makanan tidak disediakan kerana ketika itu makanan disediakan oleh pihak Muasasah. Dalam kes kami Muasasah Maktab 99. Tukang masaknya dan penghidangnya orang Bangla. Pasti makanan bukan citarasa kita. Tapi kalau kita bersyukur, apa pun akan jadi sedap. Atas dasar sayang dan menghurmati  jemaahnya, ZAHAFIZ menyediakan makanan untuk kami. Tiada bayaran diminta langsung!  Alhamdulillah. Ini benar!
                                                   
Sebenarnya, apabila berada di sana, sepanjang masa berdoa memohon yang terbaik dari Allah, percayalah, setiap permintaan kita dimakbulkan. Kami benar-benar rasa yang ALlah sangat hampir dengan kita. Apa tidaknya! Bagi yng berulang alik, kami kena rehat di mana-mana kawasan yang berlantaikan batu dan beratapkan langit! Qadha HAjat terpaksalah di tandas awam. Bahagian ini yang kami risau. Sebelum bertolak, kami memhon kepada Allah untuk menghindarkan dari mengunjungi tandas awam. Doa bermula seawal 4.30 petang dan sampai semula ke hotel jam 7.30 pagi esok, berglen air dan bertan makanan kami makan....sedikit pun tidak ada rasa untuk membuang. Kami amat bersyukur...Ini benar.
Ustaz Samsuddi Sidek.
Sebahgian petugas lelaki.


Ustaz Rashid.

Ustazah Masirah.
Ustaz Sallehuddin.
Vest warna terang dipakai supaya senang nampak.

Sepanjang kami di sana, Allah mengurniakan pelbagai kesenangan dan memakbulkan segala doa.  Terima kasih Ya Allah. Terima kasih diucapkan kepada semua PIHTAS dan petugas-petugas ZAHAFIZ Travel  atas segala usaha dan bantuan serta panduan selama kami di sana. Hanya Allah yang akan membalas jasa baik kalian.

Peringatan buat kalian yang belum ke sana, berdaftarlah segera bersama keluarga kerana  giliran hanya sampai 20 tahun lagi....itu pun kalau panjang umur! Kerjakanlah Haji segera kerana nikmat dan rahmat Allah melimpah ruah.....Masyaallah!                                                                                                                                                    

 

Sambutan......

Sampai saja di KLIA, hati sudah merindui anak cucu dan sahabat handai.  Keluar sahaja dari pintu pesawat, dua sahabat sudah menanti. Norlee dan Nori sanggup menungguku untuk memeluk dan mendapat bau Mekah kata mereka....aku yang dah berapa jam dalam pakaian yang sama pun ada bau Mekah lagi...Masyallah! Itulah jenis sahabat yang aku ada. Sanggup berkorban apa sahaja. Terglamour sekejap sebab ada yang menunggu dalam balai ketibaan dan bukan diluar ruang legar !

Norlee dan Nori dan pompuan yang baru balik Haji...
Sampai di rumah, sudah agak lewat. Lepas menjamu selera dengan Mee Hoon Goreng Mak Uwo, badan mula terasa letih dan batuk mula menyerang. Lepas membersihkan badan dan makan ubat terus tidur. Rehat.

Esoknya, Kak Norliah dah mula hantar makan tengahari. Alhamdulillah. Masakan Kak Nor memang sangat kami rindui. Kak Nor datang selepas Zohor dan diikuti oleh Datin Farethah, Dato Azman, Nora, Norazmi, Yan, Abe dan Haida....gamat dibuatnya! Masing-masing menyatakan rasa lega dengan kepulangan kami. Kami sangat akrab...sangat rapat! Syukra Ya Allah kerana mengurniakan kami sahabat-sahabat ini.
Datin Farethah , Haida dan Hana
Hidangan tengahari kami!

Kak Norliah dan Nora

Malam semalam, Khamis malam Jumaat, kelas Talaki bersama Ustaz digantikan dengan Majlis Kesyukuran. Alhamdulillah ramai yang hadir. Hampir 60 orang termasuklah  teman-teman Usrah suamiku beserta isteri dan diketuai oleh Ustaz Samsuddin. Suamiku, Ustaz  Hj Farhan dan Ustaz Hj Samsuddin yang mana ketiga-tiga baru pulang dari mengerjakan Haji menceritakan serba sedikit tentang perasaan dan pengalaman Haji masing-masing. Semua yang hadir terlopong mendengarnya . Kami berdoa semoga ada yang akan mengerjakan Haji di musim-musim terdekat. Insyaallah. Yang penting kena daftar dulu. Terharu kami dengan kehadiran tetamu yang sangat ramai dan Alhamdulillah makanan yang disediakan oleh One AdNor Catering mencukupi!

Bersama anakku Hj Ahmad Azman.

Semua ingin ke SANA lagi....

Mendengar dengan  penuh khusyuk.

Menceritakan perasaan dan pengalaman mengerjakan Haji.

Dua kelas bersatu.

Pelukan demi pelukan.

Ustaz Hj Samsuddin Sidek dan Ustaz Hj Muhammad Farhan Wijaya

Menjamu selera bersama.

Sunday, November 4, 2012

Selepas Haji.....

Musim Haji sudah selesai. Jemaah yang datang dengan penerbangan awal sudah mula beransur pulang. Sedikit demi sedikit, mula lengang kota Mekah. Sedih dan sayu setiap kali kedengaran Azan dari Al Haram yang pasti akan dirindui nanti. Bergenangan airmata....menitis  tanpa disedari.

Setelah berkampung seramai lebih kurang 500 orang jemaah dari seluruh pelusuk Malaysia, akhirnya tibalah masa untuk kami berpisah. Masa mula berjumpa, masing-masing agak canggung kerana latar belakang dan cara hidup yang berbeza...tetapi lama kelamaan kami saling memahami. Hubungan menjadi mesra seperti adik beradik. Biasalah adik beradik, ada ketika tergurau lebih, ada masa terkasar dan sebagainya tetapi tidaklah serius. Alhamdulillah.           


Sangat unik ZAHAFIZ Travel. Setelah selesai Haji, pelbagai aktiviti disediakan untuk kami. Antaranya ialah jemaah di bawa melawat ke rumah  beberapa orang anak angkat Ustaz di Uthaibiyyah yang sudah menjadi pemaustautin kota ini sejak 1984! Lawatan tidaklah serentak tapi berkumpulan kecil.   kami melawat ke rumah Haji Mustawi dan isterinya Ufuah. Berasal dari Surabaya, Indonesia. .Dulu pernah berkhidmat dengan Tabung Haji. Distulah titik perkenalannya dengan Ustaz Samsuddin Sidek. Kami mengadakan bacaan doa selamat dan bertahalil dan diikuti dengan jamuan pelbagai masakan daging korban oleh tuan rumah. Sambil makan kami bersilaturrahim  bersama tuan rumah. Sebagai tanda penghargaan, kebanyakan dari kami memberi sedikit sumbangan kepada mereka.

                     

Kenangan bersama Ufuah.
                               
  
Sabar menunggu ketibaan Coaster.



Tidak cukup dengan lawatan ke Uthubiyyah, Selepas Asar, semua jemaah di bawa ke luar kota Mekah di Hudaibiyyah ke suatu tempat perkelahan. Agak tergamam juga apabila kami melihat sebuah kawasan   yang ditanam dengan pokok kacang tanah, pokok jagung dan rumputnya sangat hijau dan tumbuhannya sangat subur! Kawasan itu di sewakan mengikut kepala dan tempatnya sangat selesa. Dalam keseronokan meraikan semua jemaah, ZT turut meraikan satu kumpulan anak-anak yatim piatu dengan jamuan Nasi Mandy Ayam dan  Laham(Kambing). Masyaallah sedapnya! 

Semua jemaah berpuashati. Sebelum solat Isyaq, aktiviti menjawab soalan tentang pekerjaan Haji dan menjawab soalan teka teki. Gamat dan melucukan! HAdiah diberi bagi yang menjawab dengan tepat. Selain dari itu, hadiah disediakan kepada individu atau kumpulan dikalangan jemaah mengikut pemerhatian para petugas. Sangat sronok, melucukan dan relaks. Semua jemaah benar-benar santai. 

Terima kasih ZAHAFIZ Travel. Kami berdoa semoga Allah membuka pintu rezekimu seluas-luasnya. Semoga Allah meredhoi dan merahmati segala usaha kalian. Insyaallah.

Setia bersama.

Anak-anak yatim piatu yang diraikan.

Kebun jagung.


Bersama muslimat.



Beratapkan langit....nyaman.